Masa aku bekerja dulu, aku selalu travel on business trip, paling kurang sekali sebulan. Pernah sekali aku travel 2 minggu berturut-turut - minggu pertama aku ke Semenanjung (masa tu aku masih di Bintulu), then balik sekejap ke Bintulu dan travel lagi ke Sabah minggu seterusnya. Masa travel, aku prefer cari hotel yang selesa sebab bila habis meeting dan balik hotel, boleh berehat dan recharge dengan tenang supaya esoknya bangun dengan segar. 

Kebetulan masa tu kebanyakan hotel yang ada corporate rate dengan company ni ialah hotel dari jenama Marriott Bonvoy jadi aku pun sign up jadi ahli (percuma) dan berpeluang kumpul Elite Night sampai cecah status Silver Elite selama 5 tahun berturut-turut. Bila aku dah berhenti kerja, aku masih lagi target nak kekalkan status Silver Elite sebab bila kumpul 250 Elite Nights, status Silver ni akan jadi sepanjang hayat dan takkan luput.

Jadi apa kelebihan sebagai ahli Silver Elite?


Kelebihan Menyertai Keahlian Marriott Bonvoy
Kelebihan jadi Ahli Silver Elite Marriott Bonvoy (sumber: marriott.com)

Ni la antara kelebihannya. Setiap kali tempah bilik di hotel Marriott Bonvoy, ahli Silver Elite akan dapat 10% lebih Elite Bonus Point dari ahli biasa, boleh mintak priority late check out tanpa bayaran tambahan dan enjoy rate ahli bila tempah di apps Marriott Bonvoy.

Selain dari tu, sebagai ahli Marriott Bonvoy, tempahan hotel akan dijamin (contohnya kalau berlaku overbooking, ahli akan dapat upgrade bilik percuma macam pengalaman aku sebelum ni tempah bilik biasa tiba-tiba dapat upgrade bilik suite!), boleh guna Elite Bonus Point untuk top up bayaran bilik (cash + point) dan tebus point dengan segera.



Kelebihan Menyertai Keahlian Marriott Bonvoy
Banyak lagi kelebihan ahli Silver Elite (sumber: marriott.com)

Setiap tahun Marriott Bonvoy akan buat promosi menarik contohnya baru-baru ni ada promosi ganjaran 1000 Bonus Elite Point dan 1 Bonus Elite Night untuk setiap malam penginapan yang berbayar. Promosi ni agak rare jadi ramai ahli Marriott Bonvoy memang tunggu peluang macam ni untuk kekalkan status Elite dengan penjimatan penginapan di hotel. Dengan adanya promosi macam ni, ahli Silver Elite macam aku boleh kekalkan status Elite dengan cuma bayar 5 malam je (sebab setiap malam tu akan dapat ganjaran 1 malam Bonus Elite Night). Kiranya 5 malam berbayar akan dapat 5 malam bonus. 

Sepanjang tempoh promosi tu, aku berjaya tempah 3 malam (dan berjaya kumpul 6 Elite Nights keseluruhannya) dalam 3 tempahan berbeza - sekali masa sambut birthday Suami Terchenta, sekali masa nak balik kampung dan sekali lagi masa di Bintulu sebab rumah mak dah penuh jadi kiteorang duduk hotel semalam.


Hotel Fairfield KL, Jalan Pahang


Fairfield KL Jalan Pahang
Sambut birthday Suami Terchenta di Hotel Fairfield KL, ambik pakej Serambi Selera (bilik + iftar + sahur)

Untuk birthday Suami Terchenta, macam tahun lepas jugak aku pilih hotel Fairfield KL sebab kat hotel ada buat solat terawih di surau hotel. Surau kat hotel ni luas, wangi dan sangat selesa. Tak macam kebanyakan hotel lama yang suraunya terletak di tingkat bawah / basement, surau hotel ni terletak di tingkat atas sekali. 

Untuk bilik anak-anak pulak, aku gunakan Elite Point yang aku kumpul sebelum ni untuk tebus bilik PERCUMA. Rasa seronok bila boleh dapat bilik percuma lepas kumpul Elite Point bertahun-tahun dari zaman bekerja 😍. Masa check-in, aku request bilik bersambung (connecting) jadi ada pintu kat tengah-tengah memudahkan kiteorang kejutkan anak-anak untuk bersahur.


Hotel Aloft KL Sentral


Hotel Aloft KL Sentral

Memandangkan flight kiteorang awal pagi, malam sebelumnya aku tempah bilik di hotel Aloft KL Sentral sebab pagi-pagi lagi kiteorang kena ambik ERL yang pertama untuk ke KLIA. Untuk hotel ni pulak, aku cuma ambik satu bilik je (2 katil Queen). Kali ni aku tempah guna cash + points. Kiteorang cuma perlu bayar RM150 (separuh harga bilik) dan selebihnya bayar guna points.


Hotel Aloft KL Sentral
Bilik air Aloft KL Sentral yang luas

Hotel Aloft KL Sentral
Geram je rasa nak bancuh kopi tapi aku tengah pantang kopi 😅

Hotel Aloft KL Sentral
Sahur di restoran Nook

Hotel Aloft KL Sentral
Ingatkan donut hiasan yang digantung rupa-rupanya donut betul

Hotel Aloft KL Sentral
Eh, ada laksa Sarawak! Merasa la bersahur laksa Sarawak

Fairfield Bintulu Paragon


Fairfield Bintulu Paragon
Bilik kiteorang

Disebabkan rumah mak dah penuh dengan adik-beradik lain yang pulang serentak, kiteorang ambik kesempatan untuk tempah bilik di Fairfield Bintulu pulak supaya dapat kumpul satu lagi Bonus Elite Night (bayar satu malam, dapat ganjaran 2 Elite Nights) 🤩.

Sama macam di Fairfield KL, kiteorang cuma bayar satu bilik je (RM250++) dan bilik satu lagi tebus Elite Point, kali ni guna PointSavers (tebus bilik tapi guna fewer points).


Fairfield Bintulu Paragon
Bilik anak-anak (bilik bersambung)

Fairfield Bintulu Paragon
Design bilik hotel ni memang standard dengan bilik hotel Fairfield di KL

Yang best nya, aku request check in awal pun hotel boleh accept request. Kiteorang sampai dari KL pukul 11 pagi (standard masa check-in ialah 3 petang). Bila aku contact hotel melalui apps Marriott Bonvoy dan nak mintak check-in awal, hotel terus inform bilik dah ready jadi sampai-sampai je dari airport boleh terus check in. Esoknya pulak, kiteorang request check out lambat sebab ada urusan sikit sebelum gerak balik ke kampung. Automatik hotel bagi sebab priority late check out ialah sebahagian dari kelebihan sebagai ahli Silver Elite.

Selain dari penginapan di hotel, ahli jugak boleh kumpul dan tebus point di restoran hotel:


Kelebihan Menyertai Keahlian Marriott Bonvoy
Makan dan kumpul Elite Bonus Points atau bayar guna Elite Bonus Points (sumber: marriott.com)

Kesimpulannya, sebagai peminat staycation dan kaki travel, memang berbaloi jadi ahli Marriott Bonvoy sebab banyak keistimewaan dan penjimatan bila menetap di hotel Marriott Bonvoy. So far hotel bawah jenama Marriott Bonvoy ni selamat (tak pernah dengar lagi ada kes privacy breach atau kes hidden spy-cam), sebab tu aku rasa selamat bila menginap di hotel Marriott Bonvoy.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Marriott.com atau muat turun aplikasi Marriott Bonvoy.


Kelebihan Menyertai Keahlian Marriott Bonvoy
Ada banyak pilihan hotel jenama Marriott Bonvoy di Malaysia ikut kategori - The Ritz Carlton, Marriott, St. Regis, W Hotels, JW Marriott, Sheraton, Le Meridien, Westin, Renaissance, Courtyard by Marriott, Four Points by Sheraton, Fairfield by Marriott, AC Hotels, Aloft dan Element

Nota kaki: Tak lama lagi birthday aku, macam biasa Suami Terchenta hadiahkan staycation di hotel Marriott Bonvoy 🤩. Ada 4 malam lagi untuk aku kekalkan status Silver Elite, harap-harap ada lagi promotion free Bonus Elite Night tahun ni.

16 comments:

  1. Menarik ni... Siapa tak suka dapat privilege camni kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, sebab tu sayang nak biarkan status Silver Elite tu expired sbb banyak privilege sepanjang jadi ahli Silver Elite. Tapi setiap tahun jenuh jugak nak kena make sure kumpul 10 Elite Nights hehe

      Delete
  2. Orang yang selalu suka duduk hotel, jalan-jalan bolehlah jadi ahli.
    Cuma kena rajin tidur hotel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, kaki staycation dan jalan2 berbaloi jadi ahli Marriott Bonvoy ni.

      Delete
  3. menarik...'priority late checkout' tu berguna bila flight lewat petang/malam...pilihan hotel pun best2..

    baru perasan Hotel Fairfield KL, Jalan Pahang..sebab parking kt area tu utk ke HKL..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul nohas, cuma late checkout tu paling lambat pun sampai pukul 2 petang je.

      Delete
  4. Wow..kalau SA pun SA suka ni...eh nak sign up la...boleh lagi x agaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je SA. Pegi je website Marriott Bonvoy, free sign up. Nanti boleh la staycation selalu lepas kawen 😄

      Delete
  5. Kalau rumah uncle gantung donat macam tu.... pesta semut la! hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, bukan semut je, lipas, tikus dan cicak pun keluar berpesta donut sekali 😅

      Delete
  6. yang selalu outstation mmg sesuai apply... privillage pun banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Kaki staycation pun boleh jugak apply.

      Delete
  7. Untungnya kalau ada kad member begini...sangat sesuai kepada mereka yang suka travel dan suka tidur hotel...termasuk saya memang suka tidur hotel kerana ia memberi pengalaman yang berbeza di rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... rasa rugi kalau tak diaktifkan setiap tahun sebab nanti status akan jatuh dan keistimewaan berkurangan. Sebab tu kena juga rancang percutian staycation di hotel untuk kekalkan status sekarang 😄

      Delete
  8. soalan cepu emas : boleh ke orang lain menginap pakai kad keahlian tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tapi booking kena under nama member melalui apps marriott bonvoy.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .