Hujung minggu lepas kawan-kawan aku ajak keluar brunch di Umameat sempena birthday BFF aku, Zura. Sebelum ni aku tak pernah join dieorang makan kat Umameat tapi selalu dengar dieorang puji melambung-lambung daging kat umameat ni sedap gilerrr... Haa, meh la aku judge sendiri sedap sangat ke makan daging kat sini.

First time jejak kaki ke Umameat di Bukit Damansara. Rupa-rupanya restoran ni sederet dengan Croisserie, kafe yang pernah kiteorang pergi tahun lepas. Restoran Umameat ni terletak di tingkat 1, jadi kena naik tangga nak ke restoran ni.


Suasana dalam kedai yang 'wow' sangat

Kiteorang je pelanggan yang makan di situ tengahari tu

Suka decor restoran ni yang menggunakan rich colour padanan biru dan merah

Oleh sebab ni first time aku ke sini, jadi aku serahkan kepada dieorang je untuk order makanan. Menu pertama yang dieorang semua kata nak pesan sorang satu tak nak share ialah beef wrap. Malangnya beef wrap tinggal 2 je, jadi terpaksa la share jugak 😆.


Beef wrap yang menjadi rebutan!

Lepas tu Zura order kan jugak set Big Eater bahagian tenderloin 800g dihidangkan dengan 3 hidangan sampingan. Dieorang pilih spinach ricotta, steak fries dengan sautéed mushroom. Daging tu dia request masak medium dan well done (sebab salah sorang kawan kiteorang tak makan daging yang masih berdarah).


Daging datang dengan 3 jenis sos - cheese, mushroom dan blackpepper

Menu tambahan - cheese cauliflower dihidangkan dengan sos marinara

Walaupun masing-masing dah kelaparan, tetap tak lupa ambik gambar sebelum makan!

Alhamdulillah semuanya sedap-sedap belaka. Memang valid pujian melambung-lambung dieorang selama ni. Daging tenderloin lembut dan juicy, bertambah-tambah sedap bila makan dengan sos (my favourite sauce tentunya blackpepper). Umameat Beef wraps pulak walaupun nampak beshe-beshe je, tapi bila masuk dalam mulut tu sampai sekarang terngiang-ngiang dagingnya yang cair dalam mulut.

Selain dari menu daging, aku suka spinach ricotta sebab rasanya lemak berkrim. Ikutkan nafsu, rasa nak habiskan semangkuk spinach tu sorang-sorang, biar jadi Popeye! 😂 Dappnyaaa....


Licin!

Dari pukul 12 tengahari sampai pukul 2 petang kiteorang makan-makan sambil membawang bersembang. Maklumlah dah sebulan tak jumpa, banyak la topik yang keluar kihkih. Dari kenyang, lapar balik. Sudahnya kiteorang sambung lepak di Gravy Baby pulak (selang 2-3 buah kedai je dari Umameat).


Ni pun first time jugak aku masuk ke Gravy Baby

Sementara tunggu pesanan sampai, posing lagi

Kat Gravy Baby, kiteorang pesan minuman je. Zura sorang je pesan makanan (grilled cheese sandwich) sebab dia lapar balik 😅 Aku pulak order peanut butter milkshake - sedap. Harga tak payah cakap - memang harga kayangan (RM19). Hehe, takpelah sesekali keluar dengan kawan-kawan.



Umameat ni tempat makan yang sesuai kalau keluar ramai-ramai dengan kawan-kawan sebab boleh tong-tong bayar sama-sama. Makanan sedap berbaloi dengan harganya.

Alamat Umameat:
22-G, Jalan Medan Setia 2, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: 12 tengahari - 10 malam (tutup hari Isnin)
Untuk tempahan: 013-880 6601
Facebook: Umameat

16 comments:

  1. wah seronok & meriah nya... port nya pun cuns..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok sekali-sekala keluar dengan kawan-kawan. Memang cantik restoran ni, makanan pun sedap2.

      Delete
  2. sedap tu dpt makan di tempat yg ekslusif dgn rakan2 sekepala. selamat menjamu selera..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, sedap2 makanan kat sini. Bila kongsi bayar, masing2 bayar RM90. Mula2 cuak jugak takut di luar bajet hihi

      Delete
  3. kami peminat steak rasa tak senang duduk tengok set big eater tu...rasa macam nak cepat2 terbang ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Highly recommended tempat ni Afzan. Kalau ke KL singgah makan kat sini, memang berbaloi2.

      Delete
  4. Berapalah jumlah harga semuanya. Takpelah asal sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selepas makan, seorang bayar RM90. Kualiti makanan setanding harga, jadi rasa puas hati.

      Delete
  5. sedapnya...mendaging, tender & juicy...harga kayangan tapi berbaloi-baloi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambut birthday kawan, jadi pilihan tempat dibuat oleh birthday girl hehe. Memang kayangan sikit tapi berbaloi.

      Delete
  6. Fuiyo... licin makan, sah, sedap. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sedap2 semuanya. Kebetulan memang semua tengah kebulur jugak sebab tak breakfast hihi

      Delete
  7. Bestnya sesekali dapat berkumpul dengan kawan-kawan macam nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Kak Sue, sejak tak bekerja ni sesekali jumpa dengan kawan2 memang best.

      Delete
  8. ni mesti harga pun sama maca me'nate kan? kalau sy dtg nnt nak try beef wrap tu je laa hahaha cukup laa sekadar nak rasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Leibh kurang jugak. Harga beef wrap tu RM22.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .