Berjarah Raya: #teamrayakch
Kemuncak aktiviti raya kiteorang ialah di Kuching. Aku dan BFF, Donna memang dah plan awal-awal nak berjarah raya di rumah geng-geng ofis kiteorang dulu. Gigih susun lokasi kat map senang plan pergi rumah mana dulu! 😂 (Berjarah = kunjung-mengunjungi sewaktu Hari Raya dalam bahasa Melayu Sarawak)
Since kiteorang sama-sama bertolak dari Samarahan, pit stop pertama ialah di rumah kiteorang.
|
Berjarah raya rumah pertama (rumah kampung Suami Terchenta) |
Lepas tu, kiteorang berkonvoi pulak ke rumah Sya sebab rumah Sya yang paling jauh (hampir sejam nak ke rumah Sya). Bila dah jumpa geng satu kepala, apa lagi mulalah perangai gila-gila! 😂
|
Berlakon watak model koleksi Le Creuset! |
|
Berjarah raya rumah kedua (rumah Sya) |
|
Kek dihidang di rumah Sya |
Sayangnya tak boleh lama-lama sebab hari Jumaat. Dalam pukul 11.45 pagi, kiteorang gerak pulak ke Masjid Jamek Negeri. Yang perempuan menunaikan solat Zohor dan yang lelaki pulak join solat Jumaat.
|
Masjid Jamek Negeri / Masjid Negeri Sarawak |
Bila masuk kereta, Suami Terchenta cerita yang dia solat sama saf dengan Premier Sarawak, Abang Jo. Aku sempat usik, 'La, kenapa tak ambik gambar dengan Abang Jo?' Rupa-rupanya, Abang Jo sambung solat sunat lepas solat Jumaat jadi Suami Terchenta segan nak tunggu untuk bergambar sama hehe.
Destinasi seterusnya ialah rumah ex-boss, Kak Anna. Kak Anna memang pesan siap-siap suruh datang lepas solat Jumaat sebab dia order catering untuk makan tengahari. Lauk kampung yang dihidangkan, auto semua berselera makan! Sedapnya gulai ikan masin tu, tapi segan nak tambah nasi 🤭
|
Gulai ikan masin, pajeri nanas, sambal timun, daging masak hitam, ulam-ulaman |
|
Berjarah raya rumah ketiga (rumah ex-boss) |
Rumah seterusnya sepatutnya rumah Sally tapi Sally tiba-tiba ada urusan kerja sikit jadinya dia mintak kiteorang datang pukul 4 petang. Tukar plan, kiteorang singgah ke rumah ketiga, iaitu rumah Alia. Sampai kat rumah Alia, ramai betul tetamu. Rupa-rupanya ayah Alia jemput budak-budak dari sekolah tahfiz datang beraya di rumah.
|
Berjarah raya rumah ketiga (Rumah Alia) |
Lepas rumah Alia, kiteorang menuju ke destinasi terakhir #teamrayakch, rumah Sally. Di rumah Sally makin kamboh (translation = heboh) sebab dia ni pun geng gila-gila jugak! 🤣 Dia resigned beberapa tahun awal dari aku sebab nak dekat dengan family di Kuching. Jadi dia banyak 'tertinggal kapal' perkembangan terbaru geng-geng yang lain.
|
Berjarah rumah keempat (Rumah Sally) |
|
Comelnya biskut raya di rumah Sally |
Esoknya pulak sambung lagi berjarah raya di rumah BFF pulak. Anak-anak awal-awal bagitau taknak ikut sebab tak hilang lagi penat beraya dari pagi sampai ke malam hari sebelumnya hihi. Jadi aku dan Suami Terchenta je pergi ke rumah mertua Donna. Kali ni kawan baik kiteorang Vee pun ada. Dieorang berdua ni kamceng rapat aku masa di Bintulu. Kalau takde dieorang kat ofis tu, mesti hambar je ofis tu.
|
Rumah kelima (rumah BFF) |
Sebenarnya sebelum Covid raya geng kiteorang lebih meriah, sebab ramai yang ikut konvoi dari rumah ke rumah. Sebab tu kiteorang gelar geng ni #teamrayakch. Rindu zaman berkonvoi ramai-ramai berjarah raya ni. Apapun, raya di Kuching memang happening la! Kalau kat daerah lain, lepas seminggu dah back to normal tapi kat Kuching ni selagi belum habis bulan Syawal, selagi tu la orang tak putus-putus berjarah raya terutama hujung minggu 😅. Betul tak Kakmim? (Nota: Tak sempat nak berjarah rumah Kakmim sebab jadual yang padat sampai la hari kiteorang balik ke KL)
meriahnya raya di Sarawak...Raya di sana meriah dengan kek lapis,nak makan pun rs sayang sebab cantik2 sangat kek nya
ReplyDeleteAah meriah sangat. Kat Sarawak biasanya tetamu dihidangkan dengan kek lapis, biskut raya atau kacang2 / sotong merah. Jarang tuan rumah masak menu berat mcm kat Semenanjung. Sebab tu kot boleh je datang raya anytime, tolong tuan rumah habiskan kek lapis hehe.
DeleteMeriahnya raya kat sana!
ReplyDeletei like the masjid!
Kat Kuching paling meriah, sebulan pakai baju raya hehe.
DeleteTu la cantik sangat masjid negeri. Gelaran lain masjid kubah sebab byk kubah hehe
meriah jalan2 raya dia ye...
ReplyDeleteacara tahunan wajib dgn geng ofis kat sana hehe
DeleteSelamat Hari Raya. 😀
ReplyDeleteSelamat Hari Raya jugak 🕌
DeleteWah meriah sungguh Raya di Sarawak...patutlah Hari Raya sampai sebulan ...saya seminggu dah tak larat hehehe ( faktor usia)
ReplyDeleteBila jumpa setahun sekali, laratkan je diri-sendiri pegi beraya hehe. Tapi memang meriah raya di Kuching.
DeleteSampai dua hari berjarah raya ye. Kena makan sikit² la di setiap rumah, takut ada rumah pergi dah kenyang, tak boleh merasa makanan. Hehe... Manis anak dara Carneyz. 😊
ReplyDeleteKat sana biasanya tuan rumah tak hidang yg berat2 jadi nak pergi 10 buah rumah pun takde masalah. Kurang2 jamah sekeping dua kek lapis dan biskut raya, lebih banyak bersembang dari makan hehe
Deletebest nyaaa dpt beraya mcm ni... dr 1 rumah ke 1 umah... mmg penat tp seronok tu tak terkata. sy teringin nk raya kat sn. nk pulun kek lapis 😁
ReplyDeleteBest kan raya macam nie, sama macam kat kampung suami Kak Sue. Seminggu Raya pun dok meriah lagi..
ReplyDeleteWeekend tok sambung beraya agik... hahaha... selagik lom abis syawal, kita layan jak
ReplyDeleteMeriahnya raya Carneyz...seronok la ziarah menziarah macam ni...
ReplyDelete