Hari ni kiteorang ada trip camping lagi, kali ni di Sojuk Riverside pulak. Taknak pergi jauh-jauh sangat, sebab camping pun sehari je.
Kali pertama nak try pengalaman camping di Sojuk Riverside (Kredit foto: malaysiacamping.com) |
Buat korang yang noob macam kiteorang dalam dunia camping ni, korang boleh tengok tapak perkhemahan yang menarik dengan info yang terperinci di laman web Malaysia Camping.
Boleh cari tapak khemah ikut kategori |
Kat sini boleh tengok sama ada kat tapak khemah tu ada disediakan plug point, rating toilet (penting!), ada coverage line ke tak, harga sewa tapak khemah dan lain-lain maklumat penting. Memang memudahkan peminat dan kaki camping la!
Antara maklumat yang aku jumpa tentang Sojuk Riverside ni |
Aktiviti utama hari ni mestilah nak mandi sungai. Malam nanti Insha Allah akan ber BBQ dan tengok movie (dah siap-siap download movie, bawak projektor dan malam nanti akan buat popcorn). Doakan cuaca malam ni OK dan semuanya selamat. Kalau line bagus kat sana, Insha Allah aku akan update blog esok.
Korang pulak apa plan cuti sekolah ni? Cer kongsi kat komen ye. Bye!
syok tu mandi sungai..nk plak cuaca panas skarang ni...tk pernh lg bercamping ngan ank...happy school holiday
ReplyDeleteSeronok! Lepas ni nak repeat trip camping kat sini. Terima kasih sis 😊
Deleteseronoknya bercamping
ReplyDeleteslmt bercuti
Terima kasih Cik Nor 😊 Cerita camping dah published bahagian 1 tadi hehe
Deleteselamat bercamping!! kami tunggu pic & ceritanya je
ReplyDeleteMA gi melaka weekend lepas, weekend ni plan nak PD plak..in sya Allah
Dah update part 1 ye MA, jemput baca. Selamat bercuti2 Malaysia MA & anak2 🌸
DeleteMacam frust je Louis tu, tak boleh ikut camping. Hehe...
ReplyDeleteEnjoy your camping ye, Carneyz.. semoga agenda dirancang dapat berjalan dengan lancar.
Saya tak ke mana cuti sekolah. Hari-hari juga anak kelas tambahan. Muhahaha....
Oo anak ada exam tahun ni ke Nur? Terima kasih, memang enjoy camping trip kali ni hehe.
Deletesuka tengok orang gi camping..duk cakap dalam hati bestnya...tapi akak & husband bukan kaki camping...hehe...
ReplyDeleteBila dah invest beli macam2 camping gear, nak taknak kena jugak pergi camping kalau tak rugi je 😂
DeleteDuuuh saya tuh teringin sangaaat merasakan kemping lagi. Trakhir kali zaman masih sekolah 😂. Itupun sehari, tak terlalu merasakan serunya.
ReplyDeleteDitunggu ceritanya kak carneyz 😘. Louis jangan nakal tau jaga rumah 😄
Dah publish bahagian 1 ya fanny. Nanti ketemu boleh saya cerita sendiri hehe
DeleteHaha camping cara moden.
ReplyDeleteHujung minggu ini sambut harijadi emak. Insya Allah.
Wah, selamat hari lahir buat emak NA! 🎂
DeleteNape tak bwk louis..sure dia seronok p camping..😁
ReplyDeleteTak pasti tempat tu boleh bawak pet ke tak 😅. Nampak takde kucing kat situ.
DeleteWow... bestnya!! Blogger sebenar tok.. chaiyok²... pastok confirm akan ada review dan tips... ya lah syok ke blog tok... di swak akn ada longggg weekend pastok tp ya lah bingong xda plan tok... hujung² lepak nangga netflix jak la kelak kali mun xda plan
ReplyDeleteWah, best juak chillax tengok netflix. Selamat ber long weekend dgn kitak org di Sarawak!
DeletePergi gunung belumut weekend lepas seronok tengok orang pacak khemah.. next time boleh la camping. Anak pun nak masuk 3 tahun dah hehe..
ReplyDeleteWah, boleh la join kiteorang camping nanti hehe 😉
Deletewah..best dapat pergi camping...nama tempat pun catchy jua...sojuk...macam sejuk jer tempat tu
ReplyDeleteBest! Air sungai kat situ sejuk macam nama tempatnya jugak 😄
DeleteBestnya !
ReplyDeleteBilalah kami ni nak cuba aktiviti ber-camping ni :)
Boleh ajak suami sis ke sini. Ada kabin jugak kalau taknak camping. Kiteorang lalu area rumah PH sebab nak ke sini lalu jalan Ulu Yam 😄
DeleteLois patut mintak elaun jaga rumah ni....!!
ReplyDeleteKiteorang bagi elaun tulang ayam dan daging burger dengan Louis 😅
Deletetak de cuti... masih membanting tulang 4 kerat di minggu cuti sekolah
ReplyDeleteEnjoy jalan lengang sepanjang cuti sekolah ni ye anies 😄
Deletehappy camping...siap ada popcorn tu yg best, menonton di bawah langit malam...
ReplyDeletewajib ada popcorn kalau nak tengok movie hehe
Delete