Orang kata, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Dalam kes kiteorang ni, Suami Terchenta boleh rasa bangga sebab Khadeeja ikut jejak langkahnya iaitu coding skill. Di sekolah lama Khayla dulu pernah diajar coding menggunakan aplikasi Scratch Junior. Bila Khadeeja tengok kakaknya buat coding, dia pun nak tiru jugak dan sejak tu beberapa kali dia develop permainan ringkas yang dia mintak kiteorang test. Permainan yang aku paling suka ialah permainan kuiz. Kakaknya pulak lebih berminat dengan digital art dan kurang minat dengan programming. Sebab tu kiteorang cuma enrol Khadeeja seorang je untuk mengasah bakatnya dalam programming memandangkan cita-citanya nak menjadi seorang engineer


Kidocode
Kelas programming di Kidocode
 

Semalam kiteorang pun hantar Khadeeja belajar programming di Kidocode yang terletak di Solaris Dutamas. Bila kiteorang sampai, ramai jugak parents lain yang dah sampai dan sedang menunggu anak-anak habis kelas. 


Kidocode
Bila tengok setup kelas macam ni, menggamit memori ke kafe Internet semata-mata nak chatting dengan Suami Terchenta masa mula-mula kenal dulu... 

Kidocode
Cabaran teka-teki untuk mak bapak sementara tunggu anak-anak habis kelas


Bagusnya kat sini, setiap seorang pelajar akan di assign seorang trainer.Mula-mula sekali, trainer bagi penerangan dekat Khadeeja tentang platform yang akan digunakan. 


Kidocode
Khadeeja khusyuk dengar penerangan dari trainer

Selepas berpuas hati yang Khadeeja dah biasa dengan platform tu, barulah trainer ajar Khadeeja buat aktiviti coding. Kat sini Kidocode menggunakan konsep gaming iaitu setiap kali pelajar menghabiskan satu lesson dengan betul, akan dapat bit dan coin. Jumlah bit menentukan kedudukan ranking pelajar dengan pelajar-pelajar lain dan coin pulak boleh digunakan untuk 'beli' sesuatu dari platform tu untuk memudahkan aktiviti coding.


Kidocode
Khadeeja mula belajar asas bahasa pengaturcaraan Python

Suami Terchenta bagitau yang dia pun tak biasa dengan Python programming ni sebab Python ialah the next programming language memandangkan pada masa hadapan semua aplikasi akan menjadi cloud-native. Cloud-native ni bermaksud aplikasi tu boleh diakses dari mana-mana tempat menggunakan mana-mana device. Setakat tu je la yang aku faham sebab aku ni bukan dari bidang IT hehe. Kalau nak bercakap pasal Akta Kerja atau Akta Perhubungan Perusahaan tu memang bidang aku. Bab IT ni aku serahkan dengan Suami Terchenta je.

By the way, parents pun boleh pantau progress anak-anak dalam kelas ni sebab setiap parent diberi ID dan password sendiri untuk akses platform ni:


Kidocode

Apapun aku doakan skill coding ni akan membantu Khadeeja mencapai cita-citanya menjadi seorang engineer. Caiyok Khadeeja!

14 comments:

  1. Wah... bagusnya! Kipidap to Khadeeja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Aunty! 😄 << bagi pihak Khadeeja

      Delete
  2. Ini baru "Melentur buluh biar dari rebungnya..."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jaman now lain machiam kemahiran yang diperlukan untuk future workforce.

      Delete
  3. bagus aktiviti mcm ni...suka tengok budak2 kecik pandai buat coding...kreatif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, daripada asyik main game je, boleh belajar buat game jugak hihi

      Delete
  4. terbaik khadeeja👍👍👍

    baca entry ni trs teringat sedutan rancangan Running Man sy tgk smlm kt YT..diorg main kuiz. producer ada sebut laa phyton, cloud etc. yg buat sy tergelak tu ji hyo dpt jawab soalan tu. dia partner dgn suk jin. suk jin tlg jawab: coding. ting! trs tersingkir team jong kook😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Kalau orang yang tak biasa term IT ni mungkin ingat python tu ular sawa 😅

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .