Alhamdulillah dah masuk 2 minggu kita berpuasa. Setakat ni Allah masih beri peluang menunaikan solat terawih setiap malam walaupun cuma buat di rumah. Biasalah perempuan bila datang uzur tak dapat merebut pahala solat terawih. Jadi selagi tak uzur, selagi tu ambik kesempatan atas peluang yang diberikan Insha Allah.
Semalam kiteorang berbuka puasa dengan menghabiskan sisa-sisa lauk sebelum ni sebab freezer dah makin penuh dengan lauk yang tak habis. Tomyam, sambal sardin, sayur brokoli cendawan dan ayam goreng berempah semuanya jadi hidangan berbuka puasa semalam demi untuk mengosongkan freezer 😂. Pagi tadi nampak lapang la sikit freezer.
Pagi tadi pulak sahur kiteorang simple je. Ikan kembung dilumur dengan serbuk kunyit, serbuk kari dan garam kemudian digoreng garing. Untuk sayur pulak, aku tumis bok choy. Cukup untuk bekalan tenaga sepanjang hari ni.
Semakin hari semakin kurang idea nak memasak lauk berbuka puasa 😅. Mungkin buat kari daging kot. Makan dengan roti canai pun sedap.
ikan goreng gitu sedap je makan panas-panas...cicah dengan cili & kicap pun layan juga
ReplyDeleteAah, tapi pagi tadi mmg nak makan panas2 mcm tu je hehe
Deletesedapnya ikan goreng..cicah budu kan...perghhhh...laju menyuap..silap2 bertambah makan sahur...
ReplyDeleteUish nasib baik takde budu kat rumah hehe.
Deletesama la..hari2 dok pikir nak masak apa buka puasa & nak masak apa sahur...
ReplyDeleteDah tengah2 ramadhan idea makin kurang.
DeleteSaya kalau dah tak ada idea masak lauk apa terutama waktu sahur, telur dadar lah jawabnya. Biasanya lauk buka puasa dibahagi dua, untuk buka dan sahur.
ReplyDeleteUtk kiteorang bertiga ok lagi boleh makan telur dgn nasi, tapi anak sulung pulak tak makan telur 😅
DeleteSama kita, saya pun sahur ikan goreng juga. Tapi dengan sambal tumis.
ReplyDeleteIkan goreng ialah menu sahur bila dah ketandusan idea hehe
Deletekmk salu apa lauk sungkei ya lah lauk sahur... sbb ya suka gik masak dr beli di bazaar... mun beli di bazaar kena fikir gik nk mkn apa waktu sahur
ReplyDeleteaok biasa nang mcm ya juak kakmim. Tapi sungkey marek kmk org ngabis makanan dalam freezer kedong freezer dah penuh ya la xda gik pakai tinggal utk sahur.
Deletedilema bln puasa.. nk masak apa hari ni?😁
ReplyDeletehari2 dlm dilema hehe
Delete