Hari raya ke-3 kiteorang bertolak balik ke Bintulu sebab keluarga adik dah nak balik ke Kuching esoknya. Kiteorang bertolak dari Mukah sebelah petang dan sampai sebelum Maghrib. Rumah mak ada 2 bilik je. Bilik mak, mak bagi tumpang dekat adik dan anak isteri. Bilik adik lelaki yang tinggal dengan mak pulak dah diberi kat adik bongsu dan kakak aku untuk tumpang. Kiteorang decide untuk mengalah dan tido di hotel untuk semalam memandangkan kiteorang berempat memang tak muat tido di ruang tamu.
Hari Raya ke-4 aku ambik kesempatan berjarah (ziarah) raya ke rumah ex-staff satu department dulu yang dah bersara. Masa di Bintulu aku selalu join Kak Roy pergi hiking. Kiteorang sempat training sama-sama nak mendaki Gunung Kinabalu tapi terpaksa dibatalkan sebab Covid dan PKP. Kak Roy memang baik dan tak lokek ilmu mengajar junior staff bab-bab kerja. Sampai sekarang kiteorang masih lagi berhubung walaupun aku dan berhenti kerja dan Kak Roy dah bersara.
Semua kek ni Kak Roy buat |
Bergambar raya dengan Kak Roy dan suami |
Amboi, segak bersongkok anak bulu Kak Roy ni! |
Hari raya ke-5, kawan baik di sekolah dulu, As jemput aku dan kawan-kawan sekolah yang lain ke rumahnya. Bila berkumpul dengan kawan-kawan sekolah, memang rancak la berborak sampai lupa suami dan anak-anak di sebelah hihi. Maklumlah dah lama tak berjumpa.
Momen raya dengan kawan-kawan sekolah |
Di Bintulu tak banyak sangat rumah yang boleh pergi berjarah raya sebab aktiviti yang padat. Petang tu, kiteorang dah terbang ke Kuching pulak. Dapat cover 2 buah rumah pun dah cukup.
Next entry aku cerita pulak kemeriahan berjarah raya dengan BFF aku yang memang jadi tradisi kiteorang hampir setiap tahun. #teamrayakch
Wah, best dapat jumpa kawan² sekolah lama.
ReplyDeleteMacho sungguh kucing siap bersongkok.
Kan, elok pulak tu behave je pakai songkok. Kalau Louis ni mau meronta2 nak tanggalkan songkok tu 😂
Deletesarawak dan kek lapis berpisah tiada kann..sedap tgok kek tu
ReplyDeleteya, hidangan tradisi turun-temurun 😊
DeleteRajinnya Kak Roy buat kek!
ReplyDeleteTerliur saya tengok kek berlapis-lapis tu.
Katanya dah banyak masa lepas retire. Masa satu ofis dulu pun dia rajin masak2 dan bawak ke ofis.
DeleteLupak ktk balit kch.. mun x dpt ajak berjarah ke umh... raya pun lamak x update blog
ReplyDeleteKmk org di Kuching sik lamak juak. Yalah dikumpul2 semua rumah belah kuching mok diagak dalam sehari hehe. Amy Maria pun ada juak ajak kmk ke rumah tapi sik sempat. Insha Allah next year mun ada rezeki berjumpa dgn kitak Kakmim.
Deletekawan MA pernah ckp..kalau raya di sana memang meriah kek lapis nya kan
ReplyDeleteaah, kat sana mmg hidang kek lapis je kat tetamu. Jarang hidang menu berat2 melainkan bila buat open house.
Deletebest nyaaaaa sy nk order kek lapis dr kak roy boleh x?😁
ReplyDeleteHehe Kak Roy buat utk hidang dgn tetamu rumah dia je 😄
DeleteNampak sedap kek lapis tu..mana- mana rumah yang Carneyz pergi banyak hidang kek lapis erk..
ReplyDeleteAah memang hidangan wajib kat Sarawak tu 😄 bukan setakat raya, gawai dgn christmas pun akan jumpa lagi kek lapis
Delete