Alhamdulillah, exam hari tu aku rasa ok je soalan-soalannya. Lagipun buat open book, jadi tak de la jenuh nak menghafal akta-akta yang berkaitan. Exam dibuat melalui MS Teams, kena bukak kamera setiap masa. Masa diperuntukkan ialah 3 jam, memang cukup sangat-sangat nak menyiapkan semua soalan yang diberikan dan menyemak semula jawapan sebelum scan kertas jawapan menggunakan aplikasi smartphone dan menghantar kepada pegawai yang menyelia exam melalui email.
Lepas exam, aku sibuk pulak dengan persiapan nak balik ke kampung. Tahun-tahun sebelum ni, kalau aku balik ke kampung aku akan angkut food processor sekali (sebab masa tu boleh drive balik ke kampung jadi angkut la segala macam perkakas selagi muat dalam kereta 😂) untuk memudahkan kerja-kerja di dapur. Tahun ni dah kena naik flight idok ler aku sanggup kang pecah pulak food processor kesayangan tu. Lagipun tak boleh terlebih berat nanti kena bayar excess luggage.
Sudahnya aku pun order je la bawang dan cili kisar ni. Pagi sebelum bertolak order, petang dah sampai. Kat Sarawak susah nak cari supplier yang menyediakan bahan dapur kisar macam ni jadi bawak siap-siap dari KL.
Bila ada bawang dan cili kisar, senang je nak masak malam sebelum raya |
Bila part kemas beg nak balik kampung ni, aku mengaku bab ni aku memang paling malas nak buat. Setuju tak kalau aku cakap bab packing baju ni cuma mak-mak je yang boleh uruskan? 😅
Biasanya untuk trip balik kampung beraya 2 minggu aku akan pesan kat anak-anak untuk bawak 2 helai baju tidur, 3 pasang baju / seluar harian dan 3 pasang baju raya. Baju dalam pulak dalam 5 pasang. Biasanya cukup je sebab aku akan membasuh baju setiap selang sehari. Katakan masa aku membasuh baju tu tiba-tiba hujan, ada la sepasang lagi baju back up (sebab tu ada 3 pasang baju). Gitu la tips packing dari seorang ibu yang selalu outstation satu masa dulu 😅.
Sejak anak-anak dah besar, aku dah tak perlu nak kemaskan baju dieorang sebab dieorang memang dah dilatih untuk kemas baju. Dieorang cuma tanya nak kena kemas berapa pasang lepas tu pandai-pandai la pilih sendiri baju yang nak dibawak.
Setiap orang kena pilih sendiri baju yang nak dibawa dan letak dalam beg luggage besar ni |
Tahun ni aku decide untuk pakai storage bag beli kat Mr. DIY sebab saiz baju masing-masing dah besar tak macam masa dieorang kecik dulu. Bila pakai storage bag ni, boleh jimatkan lagi ruang dalam luggage sebab fungsinya untuk compress baju. Lepas dah masukkan baju masing-masing dalam luggage compression bag, baru ada ruang untuk letak beg toiletries dan benda-benda lain.
Setiap seorang ada storage bag sendiri. Beg luggage besar ni boleh muat untuk baju 4 orang |
Lagipun bila dah sampai ke kampung memang kena kongsi bilik. Jadi nak memudahkan kerja bila bersiap pagi-pagi, masing-masing ambik je storage bag sendiri dan bawak ke mana-mana bilik yang kosong untuk salin baju.
Dah setel kemas beg, baru la lapang sikit dada dan baru la ada vibe balik kampung hehe. Akhir sekali, sebelum balik kampung aku pastikan rumah kemas, lantai dimop, tong sampah kosong dan habiskan stok sayur dalam peti sejuk. Tak lupa jugak kena pastikan makanan dan bekas air Louis diisi penuh, sediakan litter box extra dan tempat Louis kemas dan bersih.
Rakaman CCTV hari ke-5 Syawal. Tengoklah dia dah start sepahkan tempat dia, habis tempat cakar tu sampai tertanggal tali... berapa kali sehari agaknya dia mencakar kat situ 🤭 |
Kesian dia kena tinggal sorang-sorang. Hmm. Semua hotel kucing dah penuh jadi takde pilihan kena tinggalkan dia sorang-sorang jaga rumah 😔. Mujur ada CCTV boleh la pantau keadaan Louis setiap hari. Yang penting air dan makanan dia cukup. Siap test lagi awal bulan ni nak tengok boleh tahan 2 minggu ke bekas air 3L tu. Alhamdulillah, 2 minggu testing masih banyak lagi air jadi takde la risau sangat.
bab packing mmg bertabah...sbb mmg mak2 yg kena pk smua tu...bj apa nk pki pg ptg mlm kan hehe
ReplyDeleteNasib baik skrg dah tak payah nak pilihkan baju budak2 dieorg sendiri yg pilih hehe. Tapi still kena bagitau brp pasang kena bawak, lepas tu nak kemaskan beg tu pun memang tugas mak2 je la. Sabar je la...
Deletebetul..bab packing baju ni memang adventure sgt...tambah2 ngan anak2 kan..bertabahla.
ReplyDeleteala ala..sian nya Loius..kena tinggal yer....
Mujur anak2 dah besar, serahkan kat dieorang je utk pilih baju yang dieorg nak bawak hehe.
Deletelama blk kg beraya ke?? ni dah blk KL ke blm ni?
ReplyDeletebelum lagi. skrg kat kampung Jun pulak.
DeleteStorage bag itu memang sangat berguna kalo traveling. Sayapun pakai kak. Jadi mempermudah packing kan. Tak berantakan juga koper.
ReplyDeleteSaya rasanya juga harus pakai dispenser kucing macam tuh. Dan dispenser utk dry food nya. Selama ini kalo nak traveling, saya minta bantuan asisten saya utk jaga kucing2, pastinya dengan tambahan fee. Soalnya yg agak susah litterbox mereka. Cuma ada 1, dan selalunya saya bersihkan pagi dan malam. Jadi susah kalo ditinggal. Makanya masih pakai bantuan asisten.
Cuma sayangnya kalo moment lebaran macam nih, dia pun mudik, jadi saya harus ngalah tetap di Jakarta demi anak2 bulu 😄😄. Asisten balik, baru saya bisa pergi .
Btw, selamat lebaran idul Fitri kak carneyz. Mohon maaf lahir dan batin yaa
Selamat hari raya aidilfitri Fanny 😍
DeleteYa, storage bag ni berguna sangat sejak anak2 dah besar ni, baju dieorang je makan ruang banyak dlm luggage hehe.
Sebenarnya memang ada dispenser automatik untuk makanan kucing tapi kurang percaya sebab takut Internet down tiba-tiba makanan dia tak keluar kesian pulak Louis kelaparan. Sudahnya beli dispenser yang manual je jadi makanannya free flow. Toilet Louis pun automatic self-cleaning tapi seminggu je akan penuh. Sebab tu kena letak extra litter box.
Saya ada survey jugak, ada service pet-sitter datang ke rumah untuk bersihkan litter box dan main dengan kucing tapi suami saya kurang percaya takut nanti barang di rumah hilang pulak huhu..
Sian Louis kena tinggal sorang²...pandai jaga diri..hehe..
ReplyDeleteaah kena jaga rumah tahun ni hehe. hari2 tgk dia sepah apa hari ini...
DeleteBagusnya persiapan balik kampung.
ReplyDeleteSiap ada CCTV pantau Louis. :)
risau jugak Nur, takut airnya tak cukup. Setakat ni masih ok lagi.
DeleteLouis pun kena tinggal dekat rumah sendiri ye sama la dengan Amber&Daisy 10hari tinggal sendirian
ReplyDeleteAmber & Daisy ok lagi ada teman hihi. Si Louis ni sorang2 hari2 check kat cctv dia buat apa.
Deletealaaa cian louis kena raya sekor2 kat rumah... ada tinggalkan kuih raya x kat dia? mesti sedih pagi2 raya x de sapa nak salam dgn dia😁
ReplyDeleteHari2 kiteorg bercakap dgn Louis guna CCTV sbb ada speaker sekali. Setiap kali bercakap dgn dia, dia pandang dalam rumah mungkin ingatkan suara kiteorg dari dalam rumah kot hehe
Delete