Alhamdulillah bulan ni penyewa rumah di Bintulu setuju sambung sewa rumah, jadi aku pun buat perjanjian perbaharui sewa rumah untuk tahun ni. Bila dokumen perjanjian dah ditandatangani semua pihak, proses seterusnya ialah untuk matikan setem perjanjian ni supaya kalau ada pertikaian, dokumen ni diterima sebagai bukti dekat court gittew. 

Proses ni dah boleh buat online sebenarnya tapi tak tau kenapa lepas aku hantar proses tu tak bergerak, aku terpaksa turun jugak pagi tadi untuk bertanya status (selain ada hal lain nak tanya). OK, ni langkah-langkah yang aku buat melalui online system, tapi sebelum tu pastikan korang ada soft copy dokumen-dokumen iaitu perjanjian sewa yang dah ditandantangani yang perlu disetemkan, perjanjian asal / prinsipal yang telah disetemkan (untuk perjanjian subsidiari) dan dokumen sokongan contohnya salinan kad pengenalan penyewa dll.


1. Pergi ke portal STAMPS LHDN >> https://stamps.hasil.gov.my/stamps/ dan daftar ID dulu. Lepas dah daftar ID, login guna ID tu.


Portal STAMPS LHDN

2. Klik dekat 'Borang Permohonan' dan pilih 'Penyeteman':


Portal STAMPS LHDN

3. Dekat Maklumat Am ni, pilih penyeteman 'Sewa / Pajakan'. Pejabat Setem tu letak la pejabat LHDN di daerah / negeri. Macam aku pilih 'LHDN WP KL'. Letak tarik perjanjian dalam agreement sewa rumah dan klik 'Seterusnya':


Portal STAMPS LHDN

4. Part ni tricky sikit. Kalau ikut penerangan manual, Prinsipal adalah perjanjian utama. Subsidiari adalah perjanjian sampingan kepada perjanjian prinsipal. Pemahaman aku, kalau perjanjian utama tu ada pembetulan (amendment) atau suplemen kepada perjanjian utama yang dah disetemkan sebelum ni, then kena pilih subsidiari. Bahagian Jenis Suratcara tu, pilih 'Perjanjian Sewa'. Masa ni sistem dah generate nombor adjudikasi. Ni ialah nombor rujukan kalau nak semak status permohonan. 


Portal STAMPS LHDN

5. Bahagian A - isi maklumat tuan rumah dan penyewa. Boleh isi lebih dari satu nama kalau sekiranya rumah tu atas dua nama atau penyewa lebih daripada seorang. Lepas tu PENTING, jangan lupa tekan 'Simpan' dulu tau setiap kali isi setiap bahagian A - Perakuan, kalau lupa tekan kena isi sekali lagi sebab bendalah ni tak auto-save :


Portal STAMPS LHDN

6. Bahagian B - isi maklumat tentang perjanjian. Bilangan salinan ikut berapa orang penyewa, satu salinan dikenakan bayaran duti setem RM10. Deskripsi surat cara pulak, kalau sewa bulanan tetap (fixed amount), then pilih 'Perjanjian Sewa / Pajakan - Bayaran Sewa Tetap Dalam Tempoh Penyewaan'. Jangan tanya aku macamana bayaran sewa tak tetap tu, sebab aku takde pengalaman bab tu 😂. Mungkin ni terpakai untuk orang yang pajak tanah dan sewa bergantung kepada hasil tanah 🤷🏻‍♀️. Mungkinlah.


Portal STAMPS LHDN

7. Bahagian C - masukkan maklumat rumah yang disewakan tu. Kalau fully furnished, pilih 'Kediaman dengan perabot'.


Portal STAMPS LHDN

8. Muat naik lampiran iaitu dokument yang aku senaraikan tadi. Saiz maksimum fail ialah 2MB je. Kalau lebih pandai-pandai la compressed bagi saiz jadi 2MB ke bawah. Last sekali, tick di kotak pengesahan dan boleh la hantar. Status akan bertukar jadi "LHDNM Proses".     


Portal STAMPS LHDN

9. Aku tunggu 2-3 hari tapi status tak berubah-ubah, sebab tu aku terpaksa tanya ke kaunter LHDN. Yang bagusnya, bila pegawai tu dah maklum nombor adjudikasi, petang tu jugak status bertukar jadi "Sedia untuk Bayaran Duti". Buat pembayaran online macam biasa.


Portal STAMPS LHDN

10. Bila dah bayar, baru keluar sijil setem untuk dicetak dan dikepilkan dengan perjanjian hard copy. Satu salinan untuk penyewa, satu salinan lagi aku simpan. Status online bertukar jadi "Duti telah dibayar".


Portal STAMPS LHDN

Sekarang ni tak perlu lagi buang masa dan buang minyak semata-mata nak beratur kat kaunter, semuanya di hujung jari. Harap perkongsian ni membantu sesiapa yang nak matikan setem perjanjian melalui kaedah online tak kira perjanjian apa e.g. pinjaman pelajaran atau biasiswa ke atau perjanjian sewa bersifat peribadi. Kalau perjanjian lain biasanya lawyer yang uruskan.

Semoga bermanfaat 😊.

10 comments:

  1. wow good sharing info la karni!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, share sbb kita cari2 proses ni kat internet tapi tak jumpa. Ni dah tau proses, letak kat sini boleh refer nanti.

      Delete
  2. Terima kasih atas perkongsian ilmu begini.

    ReplyDelete
  3. Cam ni senang sikit...
    Uncle ada pengalaman matikan setem dalam musim pkp.... aduhhhhh.... nak nangis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa PKP semua urusan kerajaan memang susah. Sistem STAMPS ni start buka kepada orang awam tahun 2021 tapi sblm ni utk perjanjian peribadi kena isi online lepas tu bawak perjanjian asal ke kaunter untuk verification pegawai LHDN. Macam tak efisyen. Nasib baik skrg ni semua dah online.

      Delete
  4. ooh dh x perlu ke LHDN kaunter kann., thanks ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya tak perlu Wak tapi klu lambat proses boleh la singgah kejap tak pun Wak call je tanya status. Saya turun ke LHDN sbb ada benda lain jugak nak ditanya :P

      Delete
  5. tertarik yg no 7 tu. maknanya kalau berlaku apa2 kerosakan perabot milik owner penyewa perlu byr ganti rugi kan? (in case isu msk court) betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kot, tapi dlm agreement mmg dah letak siap2 klu ada kerosakan kena ganti / bayar ganti rugi.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .