Ni sambungan dari pengalaman aku berurusan dengan LHDN di KL untuk bertanya tentang cara-cara isi e-filing (e-BE) bila dah jadi surirumah tapi ada hasil sewa rumah (walaupun hasil tu cukup untuk cover loan rumah je).
Mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967, berikut adalah senarai penuh jenis-jenis pendapatan yang boleh dikenakan cukai:
- Perniagaan atau profesion
- Penggajian
- Dividen
- Faedah (kecuali faedah deposit bank)
- Diskaun
- Pengutipan sewa
- Royalti
- Premium
- Pencen
- Anuiti
- Prasyarat, termasuklah tuntutan bil, kad kredit syarikat, pinjaman daripada syarikat, tajaan keahlian kelab, tajaan yuran tusyen kanak-kanak, pemandu peribadi dan sebarang manfaat yang diberikan oleh majikan anda yang boleh ditukarkan kepada bentuk tunai.
Jadi berdasarkan ni walaupun aku tak bekerja tapi aku masih lagi kena failkan cukai pendapatan dan isytiharkan pendapatan sewa rumah di Bintulu tu.
Mungkin tak ramai yang buat benda ni sebab fikirkan bukan banyak mana pun hasil sewa tapi kalau LHDN check ada income yang tak diisytiharkan, tak pasal-pasal daripada tak dikenakan cukai sekiranya declare kepada kena denda paling kurang RM1000 dan boleh cecah RM10,000 sebab tak declare.
Anyway, selepas aku pun pergi ke cawangan LHDN di Menara Olympia, Jalan Raja Chulan aku diberikan jawapan yang diberikan sangat tepat dan terperinci tentang cara-cara declare pendapatan sewa rumah. Aku kongsi di sini untuk rujukan:
Persediaan:
- Muat turun borang HK-4 : Butir-butir Harta / Aset dan Jumlah Sewa.
- Sediakan segala dokumen berkaitan perbelanjaan ke atas rumah sewa:
- Penyata pinjaman bank tahun cukai (kalau rumah masih dengan pinjaman bank)
- Penyata bayaran insurans ke atas rumah (kalau ada ambik insurans berasingan dari masa buat pinjaman rumah)
- Resit-resit pembayaran cukai taksiran/pintu dan cukai tanah/petak
- Resit-resit pembayaran membaiki kerosakan rumah
- Resit-resit pembayaran yuran maintenance rumah
Cara-cara mengisi borang HK-4:
Langkah kedua, masukkan amaun dari halaman pertama tu dekat pendapatan kasar sewa di halaman kedua ni. Lepas tu kena kira perbelanjaan yang dibenarkan. Dekat sini la kena rujuk resit-resit pembayaran dan penyata-penyata bank / insurans.
Cara kira perbelanjaan faedah atas pinjaman ialah dengan menjumlahkan amaun 'profit charged' dalam penyata pinjaman bank |
Bila dah dapat jumlah perbelanjaan kesemuanya, tolakkan dari amaun pendapatan kasar sewa.
Langkah ke-2: Isikan keseluruhan perbelanjaan ke atas rumah sewa |
Borang HK-4 ni tak perlu muat naik ke borang e-BE pun, tapi still kena isi dan simpan dalam fail. Sekiranya LHDN buat audit, kena bawak borang ni dan resit-resit asal pembayaran dan penyata-penyata masa audit.
Haa... dah setel perkara cukai bahagian aku. Lepas ni kena tolong Suami Terchenta pulak buat e-filing dia. Sokmo busy memanjang suami aku tu takut dia terlupa pulak nak buat. Musim income tax ni dengan aku sekali busy kira pengecualian cukai walaupun dah jadi suri rumah. Rugi kalau terlupa masukkan semua pengecualian cukai! 🫣
Pendapatan daripada sewa rumah kena juga rupanya.
ReplyDeleteYa, kena declare jugak. Sebab ada je orang buat sewa rumah sbg punca pendapatan utama dieorang cthnya Airbnb atau homestay. Kalau pendapatan melebihi paras kena cukai jadi dieorang kena bayar cukai. Macam owner rumah sebijik yg sewakan utk cover kos pinjaman bank, selalunya tak kena cukai tapi masih kena isytiharkan.
Deletefuhh...berchenta nk buat semua tu...sape yg x familiar...mmg pening lah
ReplyDeleteBetul, sbb tu saya kena tanya kat kaunter khidmat pelanggan LHDN supaya tak pening masa nak isi ni hehe. Saya share sini utk panduan orang lain jugak.
Deletependapatan sy drp gaji sbg guru sek je. x reti nak niaga2 ni. huhuhu...
ReplyDeleteoo.. saya dgr citer ramai je cikgu2 yg buat bisnes homestay. Abe Kie tak join sekali ke?
DeleteBaru tahu kena declare income from rumah sewa...kalau yg ada bis homestay semua tu pun sama la jugak kan ...
ReplyDeleteya, semua yg menjana pendapatan kena declare PH.
DeletePanduan lengkap ni.... buat la tutorial kat utube
ReplyDeletetak reti buat video tutorial hehe
DeleteGood info.. selesai dh salah 1 tangungjawab sbg warganegara.. kmk pun refund dh abis pakei dah 😂😂 awal isik awal dpt refund
ReplyDeletehehe mesti pakei pegi malaya riya nak 🫣
Deletekalau ada byk rumah sewa (contoh 10 pintu) kita boleh dpt diskaun ke? atau mmg byrn nya dah tetap?
ReplyDeletebukan dapat diskaun, kena cukai lagi ada hahaha!
DeleteInfo yang berguna. Terima kasih berkongsi. Rasanya ramai tuan tanah kedaung mengelak dari declare rumah-rumah sewa yang mereka ada. Hehe
ReplyDeleteHusnuzon - mungkin dieorg tak tau kena declare hehe.
Deleteterima kasih share.. boleh diguna pakai utk rumah parents jika mereka dh tiada nanti
ReplyDeletenasib tak kena tambahan cukai ke apa2.. bagus pergi tanya Lembaga. hehe
ReplyDelete