Panjang bebenor tajuk entry kali ni.
Jumaat lepas aku kekeringan idea nak memasak. Dalam peti sejuk ada ikan kembung dan udang, tapi tak rasa nak makan makanan laut. Jadi bila Suami Terchenta balik dari ofis, aku pun ajak dia ke bazaar Ramadhan. Asalnya aku dah berniat nak beli nasi kukus ayam planta (terpengaruh lepas baca blog nohas), tapi Suami Terchenta nak cuba bazaar Ramadhan yang baru. Jadi kiteorang pun ke bazaar di Taman Dato Senu.
Aku rasa lagi seronok meninjau gerai-gerai di bazaar ni berbanding dengan bazaar di Jalan TAR. Mungkin sebab tak sesesak di Jalan TAR dan lebih banyak gerai jual lauk-pauk kot. Memang rambang mata bila tengok pelbagai juadah yang dijual kat sini.
Lepas berjalan-jalan tengok semua gerai, akhirnya kiteorang decide beli nasi kukus ayam berempah (pilihan Suami Terchenta dan aku), apam beras, agar-agar pandan dan kuih ketayap (pilihan Khadeeja) dan sate, sayap ayam dan ketupat palas (pilihan Khayla). Minuman pulak, kiteorang beli air kelapa, tebu dan macam biasa Khayla pilih milo ais. Oh ya, aku beli kuih lopes jugak sebab dah lama tak makan.
Sebelum balik Suami Terchenta sempat singgah bayar zakat fitrah di kaunter zakat:
Untuk WP KL, kadar zakat fitrah yang telah ditetapkan oleh MAIWP mengikut beras yang kita makan ialah RM7 (beras tempatan), RM14 (beras import) dan RM21 (untuk beras merah, beras basmathi dan beras Jepun).
So ni la hasil tangkapan di bazaar Ramadhan Taman Dato Senu:
Tak menyesal beli nasi kukus ayam goreng berempah ni walaupun mahal (RM9.50) tapi sedap sangat! Portion nasinya agak banyak tapi dapat dihabiskan. Ayam goreng berempah macam biasa aku pilih bahagian peha, sedap dan lembut isinya, cukup semua rempah.
Cuma serdak rempahnya limited edition. Kalau lagi banyak, mesti lagi layannnn... |
Walaupun kekenyangan lepas menghabiskan nasi kukus ayam goreng berempah, aku jamah jugak kuih lopes yang dibeli tadi. OK, sedap. Tekstur agak kering sikit tapi bila dah rendam dengan air gula melaka tu sedap je.
Cuma sate panggang je yang kurang laku sebab anak-anak kata lebih banyak kulit dari isi. Ya, anak-anak aku tak suka makan kulit ayam. Kalau bagi kepak dengan dada ayam, dieorang lebih suka dada ayam sebab takde kulit 😅. Takpe, Louis dah sedia menunggu habuan lebihan dari makanan berbuka puasa. Kemain seronok dia dapat makan banyak ayam!
Kuih lopesnya masih berbungkus daun tu ya? menarik!
ReplyDeleteKalau akak beli, belum jumpa lagi yang berbungkus.
eh tak Kak Ujie. Yang berbungkus daun tu ketupat palas. Kuih lopes ni jual dalam bekas plastik je.
DeleteMencuba bazar yang pernah singgah. Hehe Louis makan lebihan ayam itu rupanya.
ReplyDeleteTertinggal perkataan 'tidak' sebelum singgah.
DeleteItulah, daripada buang ke tong sampah baik bagi Louis makan hehe
DeleteEh... kulit ayam la sedap... orang kata tak bagus pun uncle makan.
ReplyDeleteTu la, budak2 biasanya suka makan kulit ayam tapi anak2 saya terbalik. Klu beli ayam KFC kulit ayam tu dieorang letak kat tepi, makan isi je.
DeleteSelalu budak2 suka kulit ayam hehe...
ReplyDeleteKenyanglah si Louis tu :D
Hehe berkongsi rezeki bazaar Ramadhan dgn Louis :p
Deleteperghhh louis mkn sedap nampaknyaaaaa😁
ReplyDeleteRezeki Louis hehehe
Deleteayamnya cantek2, jadi lapar
ReplyDeleteAntara faveret Kak Sue tau kuih lopis tu..
ReplyDeleteKuih lopes, lompat tikam, puteri mandi, buah melaka... tu semua kuih2 legend faveret saya hehe.
Deletemahal gak, rm9.50 tapi ok, sedap..porsi pun banyak..
ReplyDeletekan, terkejut jugak tgk harga nasi kukus tu tapi nasib baik sedap.
DeleteKulit ayam fav Opick dan Tiya, boleh tahan gak hharga..apa aje yang murah sekarang kan...semuanya mahal...
ReplyDeleteaah sbb tu lebih prefer memasak dari beli juadah di bazaar tapi ada jugak hari2 yg datang malas tu terpaksa pejam mata masa bayar 😅
DeleteLouis pun nak berbuka puasa jugak tu
ReplyDeleteLouis puasa yangyuk je, tapi dia yg terlebih sibuk time buka puasa hehe
DeletePuas hati bila beli makanan sedap.. Berbaloi rasanya membayar kan..
ReplyDeleteya, bila sedap berbaloi dgn harga kita tak kisah sgt harga mahal sikit sbb niat nak tolong peniaga sambil berbelanja. Lagipun harga bahan mentah memang mahal skrg ni.
Deleterajin ye terjah byk tmpt pasar ramadhan....mahal sedap tkpe..jgn mahal tk sedap tu yg bikin marah
ReplyDeleteSetakat ni baru 2 bazar saya pergi hehe. Asben dah pergi 3 bazar. Nasi kukus tu serba-serbi sedap baik ayamnya dgn kuah dan sambal nya.
Delete