Hari Ahad biasanya aku cuti memasak sebab surirumah pun ada off day aku ada kelas sepanjang hari jadi lepas sehari-suntuk mendengar lecture, otak terus tepu dan takde idea nak memasak 😂. #alasanje

Minggu lepas kebetulan kakak ke bazaar Ramadhan di Sri Rampai, jadi aku pesan beli makanan di bazaar dengan kakak. Dia belikan pani puri viral yang sedap. Sejak dari tu aku memang berniat nak ke bazaar Sri Rampai sebab nak repeat pani puri tu.

Hari Sabtu lepas aku ajak kakak ke bazaar Sri Rampai. Rupa-rupanya tak jauh dari klinik kayangan yang aku pernah pergi tahun lepas. Kiteorang parking depan klinik dan menapak tak jauh ke bazaar tu. 

Sampai-sampai je terus ternampak gerai pani puri viral ni. Aku beli 3 set, punyalah ketagih dengan pani puri ni 😆.


Bazaar Sri Rampai
Terus jumpa gerai pani puri tu

Bazaar Ramadhan Sri Rampai ni luas tempatnya. Mungkin sebab cuaca kurang baik jadi kurang sesak. Selesa berjalan-jalan sambil meninjau juadah berbuka puasa yang ada.


Bazaar Sri Rampai
Kakak singgah beli cempedak goreng sebab minggu lepas tak puas makan

Bazaar Sri Rampai
Suami Terchenta beli kuey teow goreng untuk dikongsi

Kali ni anak-anak join sekali, dieorang ni pantang kalau ke bazaar memang auto rambang mata! Donut je sampai 2 jenis. Lalu gerai jual croffle nak croffle jugak. Nampak sate, nak sate pulak. Padahal sebelum tu dah ingatkan supaya kalau beli mesti kena habiskan. Membazir kan amalan syaitan.


Bazaar Sri Rampai
Khadeeja request meatball

Di tengah-tengah bazaar ada disediakan meja makan dan kerusi untuk sesiapa yang pilih nak beli dan berbuka di situ. Bazaarnya boleh tahan banyak jugak pilihan yang menarik jadi kenalah tahan nafsu sikit hehe.


Bazaar Sri Rampai
Boleh tahan banyak gerai menjual pelbagai jenis juadah berbuka di sini

Selesai pusing satu bazaar hujan renyai-renyai pulak. Cepat-cepat kiteorang balik ke kereta. Dengan nak merempuh jem nak u-turn menghala ke Sentul lagi. Last-last kakak pilih ikut DUKE dan kiteorang sampai ke rumah pukul 7 petang. 

Beli sikit-sikit lama-lama penuh meja hihi. Ni la hasil yang paling lumayan setakat ni.



Pilihan aku - pani puri dan Vietnamese roll.
Pilihan Suami Terchenta - kuey teow goreng.
Pilihan kakak - cempedak goreng dan dimsum.
Pilihan Khayla - donut coklat, donut, cruffle, brownies dan kek batik (takde dalam gambar).
Pilihan Khadeeja - kuih buah melaka, donut pink, meatball dan sate.

Kesimpulannya semuanya sedap. Dalam banyak-banyak juadah ni aku paling suka kuey teow goreng dengan meatball tu. Sampai tenggelam rasa pani puri dek kesedapan kedua-dua menu ni. Vietnamese roll tu pun sedap dan rasa crunchy je. Banyak pulak tu sayurnya. Berbaloi beli juadah berbuka puasa di sini.

30 comments:

  1. Seronok membeli juadah berbuka kalau dah tau gerai mana yang sedap.
    Kuey teow tu memang nampak menggoda! Siap ada telur mata dan jeruk cili.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuey teow tu memang sedap, rasa smoky sbb goreng guna api kuat. Bila ada jeruk cili makin tambah berselera menikmatinya :)

      Delete
  2. Sedapnya tengok! Alaa, kat sini takde la jual pani puri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala kesiannya. Jom ajak suami Nur turun KL cari pani puri 😄

      Delete
  3. memang berbaloi.. semua menu ni tak jumpa lg di bazaar area penang. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takkan takde Nina.. apa kata Nina buat review bazaar di penang pulak ;)

      Delete
  4. puas hati semuanya sedap kan lain kali boleh ulang beli lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah tapi nak pergi bazaar ni kena gigih hadap jem otw balik ke rumah. Melainkan naik motor la hehe

      Delete
  5. mengidam puri gak semalam tapi kita buat instant je hahhaa kebetulan mmg ada beli kat ramly aritu.. dapat la makan ngan kuah kari ayam

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. aah meriah, rambang mata tgk makanan sedap2.

      Delete
  7. Mengidam? Ehem, ada yg nak dapat adik ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ameen kan ucapan uncle ni 🤲🏻 😆

      Delete
  8. Meriah juga menu bazarnya sis. Menarik! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah ni bazaar paling best saya dah pergi tahun ni :)

      Delete
  9. Meriah nampaknya tu...
    Seronok juga rasanya kalau berbuka di bazar, ada kerusi meja tu selesa gak ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya prefer berbuka puasa di rumah senang nak kejar Maghrib lepas tu.

      Delete
  10. bazar ni x jauh dr resto ali maju ke?

    cempedak madu tu ok x? dia jual brape RM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, tak pasti pulak. Yg perasan depan kedai daging salai masak lomak.

      Delete
  11. pernah cuba sekali dulu, x minat sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau kenapa saya fall in love dengan pani puri ni hehe. Sekali makan rasa nak makan lagi.

      Delete
  12. Rezeki bila dapat yang sedap dan xde masalah kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya SA. Semua elok gerai2 yang kiteorang pergi kali ni

      Delete
  13. amboi anak dara 2 orang tu. hehe. aiseh teringin pulak nak cuba. saya pun suka pani puri

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh call / whatsapp nombor kat bunting tu Sal. Berbaloi beli pani puri kat gerai ni.

      Delete
  14. Saya tadi browsing dulu, Pani Puri seperti apa bentuknya. Bulat dan ada isian di dalam ya kak. Belum pernah coba. Tapi kebayang rasanya pasti sedap. Char kwe tiaw Malaysia ini memang sedap. Dulu fav saya kalo cari jajanan di kampus, pasti char kwe tiaw 😄😄😍..makanya dan niat, saat ke Malaysia Juli ini, nak puasin makan char kwe tiaw , 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, akan ke Malaysia ye. Boleh la jumpa Fanny nanti 😊

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .