Sebenarnya semalam aku tak berapa sihat. Perubahan cuaca sekejap panas dan sekejap hujan ni menyebabkan aku diserang sakit tekak dan selsema lagi. Sahur semalam aku ambik ubat selsema dan lepas Subuh mengantuk dan tidur semula. Oh ya, sahur semalam kiteorang bersahur kari daging yang aku masak untuk berbuka puasa hari ke-14.
Petang semalam dah plan nak ke bazaar UTC Sentul sebab nak cari gerai nasi kukus ayam planta. Bazaar tahun ni tak semeriah tahun lepas. Tak jumpa pulak gerai nasi kukus ayam planta. Sudahnya aku beli nasi arab. Nasi arabnya berharga RM13 tapi portion nasinya banyak cukup untuk 3 orang makan!
Antara juadah berbuka yang ada di Bazaar UTC Sentul |
Inilah hasil membazaar semalam. Nasi arab kongsi dengan Suami Terchenta. Suami Terchenta beli lai chi kang tapi lai chi kang tu manis leting, tahap potong kaki manisnya! Dah refill air kosong setengah jag pun masih lagi manis. Tepung pelita tu yang paling kena di tekak aku.
Pani puri tu tak dijual di bazaar Ramadhan tapi aku beli dengan aci India di seberang jalan. Intinya kentang dan kacang kuda. RM5 untuk 5 biji. Bagi aku sedap lagi yang dibeli di bazaar Jalan TAR.
Kena lebihkan minum air suam semasa berbuka dan bersahur..gws carneyz..
ReplyDeleteaah sbb tak cukup minum air jugak bulan puasa ni. terima kasih sis.
DeleteGet well soon, Carneyz. Saya dah lama tak makan tepung pelita. Nanti nak cari.
ReplyDeleteterima kasih Nur. Bila makan ubat kurang sikit simptom flu tu tapi ngantuk dibuatnya.
DeleteSaya wajib cari tepung pelita masa bulan puasa.
musim demam sekarang ni.. wahh pani puri! sy belum dpt peluang lagi nak merasa hehe
ReplyDeletebagi saya sedap sgt, hari2 makan pun tak pe :D
DeleteHehe belum terubat untuk makan nasi kukus ayam planta itu lagi.
ReplyDeletebelum lagi... lupa nak tanya nohas gerai kat mana hehe
Deletesemoga cepat sembuh...oo..tak jumpa gerai nasi kukus...gerai dia tepi jalan, terkeluar sikit dari deretan gerai2...
ReplyDeleteoo patutla tak jumpa. kiteorang jalan2 dlm bazaar tu je.
Deletediorg ni letak gula apa smpi manis lg lps tambah air? seram betul kalau manis leting ni...
ReplyDeleteMungkin dgn jus dari laici dlm tin, tambah lagi dgn gula sepeket kot tu yg jadi manis tahap potong kaki.
Deletesedapnya Pani Puri. last makan masa potluck menjelang Ramadan kat opis hari tu
ReplyDeletesedap, petang ni rasa nak cari pani puri lagi.
Delete