Pagi semalam Suami Terchenta kata nak bekerja dari rumah je jadi lepas hantar Khadeeja aku ajak dia ke pasar Chow Kit membeli barang dapur sebelum dia masuk bekerja. Pagi Isnin tak ramai orang marketing di sini. Mungkin sebab hari bekerja atau bulan puasa, tak pasti la pulak kenapa. Gerai pun ada yang tutup tapi aku masih dapat sayur-sayuran dalam senarai shopping.
Sibuk memilih sayur sampai tak perasan bila Suami Terchenta ambik gambar |
Aku suka ke sini sebab boleh beli daging, ikan, sayur dan buah-buahan. Kiranya one-stop market la, semua boleh cari kat sini. Pulang dengan membawa ayam, daging, sayur-sayuran dan buah-buahan. Kiteorang beli buah mangga dan buah jambu air. Oleh sebab anak-anak tak suka makan sayur kat rumah ni wajib ada buah.
Petang tu aku masak nasi lemak dengan ayam goreng berempah yang aku dah perap lepas pulang dari pasar:
TQ Suami Terchenta tolong gorengkan ayam sementara aku siapkan sambal |
Puas hati buat sendiri, banyak serdak sebab aku letak banyak serai 😂 |
Sebenarnya nak buat sambal petai ikan bilis tapi Suami Terchenta kata tak jumpa petai dalam tin |
Dah nak berbuka puasa baru aku teringat eh, belum rebus telur! 😅 Tak sempat nak rebus, aku basuh telur dan masuk je dalam air fryer. Tapi masa tu dah masuk waktu berbuka puasa so takde la gambar telur rebusnya.
Sesambil tunggu telur masak, kita makan buah-buahan dulu.
Jambu air ni besar dan manis, cicah dengan serbuk asam 👍🏻 |
Buah mangga kesukaan satu family |
Alhamdulillah untuk rezeki 12 Ramadhan. 💓
bestnya gi pasar... mcm2 ada & semua pun nampak fresh jer
ReplyDeleteye MA, cuma nak ke sini kena naik motor sbb selalu susah nak jumpa parking kereta. Tapi puas hati barang2 kat sini semua segar2.
DeleteAduh!! Meriah betul serdak ayam tu.. Suka Sha tengok.. Mangga pun kuning je isinya..
ReplyDeleteAah tak puas hati punya pasal pegi bazaar dapat serdak sikit je kita buat sendiri je la puas hati serdak byk 😂
Deleteayam tu ada extra serdak tu sedap...buah jambu air tu jrg nk jmpa
ReplyDeleteYa sis, ayam dah habis pun masih ada sisa serdak 🤭. Saya simpan untuk makan dgn ayam goreng biasa.
DeleteDi pasar Chow Kit byk gerai buah jual jambu air sekarang. Manis jambunya.
Ayam goreng Carneyz dah boleh buat niaga dah tu. Banyak serdak. Saya kalau beli kat luar, selalu minta serdak lebih. :D
ReplyDeleteSbb minggu lepas beli nasi kukus ayam goreng berempah tapi dpt serdak sikit je tu yg buat sendiri je la baru puas hati hihi.
DeleteHarga murah sket kan dari pasar lain.
ReplyDeleteTak pasti jugak sebab takde buat perbandingan. Saya cuma pernah pergi ke pasar borong selayang dan pasar chow kit je.
Deletesaya kalau dapat ke pasar basah ni seminggu sekali pun dah suka sangat la hati pun berbunga serba serbi ada
ReplyDeleteSaya pergi 2 minggu sekali tapi bila dah pergi tu rasa nak borong semua hehehe. Mujur naik motor klu naik Exora mungkin rambang mata angkut byk2 sampai tak muat peti sejuk 😅
DeleteBaik suami tolong temankan dan goreng ayam. Ringan tulang.
ReplyDeleteAlhamdulillah sama2 makan, sama2 kena masak 😄
DeleteTudiaaa.... cerita jalan-jalan ke pasar membawa ke dapur sehingga berbuka puasa.
ReplyDeleteKena la tunjuk hasil jalan2 di pasar tu Kak Amie hehe
Deletekalau pasar basah ni sy suka tang ikan/seafood. sbb ada byk pilihan. plg suka bila ada ikan/seafood rare... rs bersamangat nak beli😁
ReplyDeleteTapi jgn beli rare sangat mcm ikan buntal tu pulak. Tak pasal2 masuk hospital 😅
Delete