Bulan puasa ni aku jarang tengok TV sebab lepas terawih biasanya aku dah mengantuk. Tapi gara-gara nak follow episod terbaru drama Teluh Darah, aku sanggup bersengkang mata tiap-tiap malam Sabtu. 'Berhantu' betul cerita ni sebab ikutkan aku ni sebenarnya bukanlah kaki drama bersiri.

Sinopsis Teluh Darah:

Kebahagiaan dua buah keluarga tergugat apabila mereka diganggu oleh kejadian-kejadian mistik yang meragut nyawa. 

Jalan cerita bermula apabila Esa menyaksikan kematian ayahnya Pak Bondan Prasetyo (lakonan Willem Bevers) yang tragis. Seminggu sebelum kematian ayahnya, Pak Bondan telah mengalami gangguan demi gangguan hingga akhirnya beliau menikam diri-sendiri kerana tak tahan dengan gangguan tersebut. Sebelum kematiannya, Pak Bondan sempat memberi amaran kepada sahabatnya Pak Ahmad supaya bertaubat kerana merasakan bahawa penyakitnya ialah kiriman sihir dari masa silam mereka namun tidak diendahkan Pak Ahmad.


Esa cuba menenangkan Pak Bondan sebelum Pak Bondan menikam diri-sendiri (sumber foto: Google)

Di sebuah keluarga lagi, keluarga Pak Ahmad Kusumawijaya (lakonan Lukman Sardi) menjalani kehidupan yang bahagia. Keluarganya terdiri dari seorang anak perempuan Wulan yang mempunyai kerjaya yang bagus di sebuah syarikat pelaburan saham, seorang anak lelaki Wisnu seorang pelajar sekolah menengah yang diam-diam mengalami ketagihan pil dan isteri Pak Ahmad, Astuti. Gangguan bermula apabila mereka mendengar bunyi dentuman kuat di bumbung rumah sewaktu sedang tidur. Keesokan harinya semasa bersarapan, mereka menemui beberapa ulat sampah jatuh ke dalam makanan mereka dan mendapati ada seekor bangkai musang di dalam siling. Meskipun merasa aneh, tapi Pak Ahmad dan keluarganya terutama Wulan masih enggan percaya dengan kewujudan gangguan sihir hingga akhirnya semuanya terlambat dan sihir tersebut meragut nyawa Pak Ahmad.


Saat kematian Pak Ahmad (sumber foto: Google)

Oleh sebab dah beberapa episod berlalu, aku cerita seringkas yang boleh peristiwa penting dan watak-watak dalam cerita ni supaya korang faham sikit jalan ceritanya. 

Sepanjang aku tengok drama ni dari episod 1 - 6, aku masih tertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku, siapa yang hantar sihir dan kenapa keluarga Pak Ahmad dan Pak Bondan menjadi sasaran gangguan sihir. Dari segi luaran, Pak Bondan dan Pak Ahmad terkenal sebagai orang yang baik dan pemilik syarikat yang berjaya. Pak Ahmad dan Astuti membesarkan anak-anak mereka Wulan dan Wisnu dalam suasana moden dan liberal. Walaupun beragama Islam, tapi dieorang bebas je minum arak di rumah dan mengamalkan gaya hidup barat. 


Wulan Kusumawijaya (lakonan Mikha Tambayong)

Wulan baru putus tunang dengan Reno sebab merasakan tak bersedia untuk berkahwin dan nak fokus dengan kerjaya. Reno yang kecewa selalu mengganggu Wulan. Selepas ayah Reno meninggal dunia, Reno menyalahkan Wulan kononnya menyebabkan ayahnya tertekan dan jatuh sakit.


Adegan keluarga Pak Ahmad dihalau oleh ibu Reno semasa menziarahi kubur arwah bapa Reno (sumber foto: Google)

Wulan seorang yang berfikiran moden dan sangat tak percaya dengan perkara mistik walaupun benda tu terjadi betul-betul depan matanya. Contohnya masa dia nak masak lamb chop untuk makan malam keluarganya. Tiba-tiba dia tengok lamb chop tu penuh dengan ulat sampah padahal bekas tu bertutup. Kejadian kedua, dia tengah basuh muka bila tiba-tiba air paip bertukar hitam dan keluar paku yang diikat dengan rambut hitam yang panjang. Bila Wulan suruh pembantu rumahnya Pak Asep check saluran paip, muka Pak Asep terus berubah bila tengok paku tu. Kemuncaknya bila Pak Ahmad jatuh sakit dan keluar lebah dan paku masa dia muntah. Wulan masih lagi tak percaya dan tuduh doktor cuai merawat Pak Ahmad.


Wulan jumpa paku diikat dengan rambut panjang dalam sinki (sumber foto: Google)


Wisnu Kusumawijaya (lakonan Justin Adiwinata)

Sebaliknya, Wisnu mula suspect yang keluarganya diganggu sihir sebab ayah teman wanitanya mati akibat buatan sihir. Sebelum kematian ayah teman wanitanya, dia jugak kerap menemui ulat sampah. Wisnu mula mengesyaki Harun iaitu tukang kebun yang baru bekerja. Tapi bila Wisnu cuba mencadangkan ayahnya pergi berubat dengan dukun, dia ditentang ahli keluarga yang lain terutamanya kakaknya Wulan. Wisnu selalu melihat bayangan Harun di mana-mana dan pernah mencekik Wulan yang disangkakannya Harun. Oleh sebab Wisnu ketagih pil khayal, Wulan tak percaya dengan Wisnu bila Wisnu menuduh Harun sebagai dalang di sebalik kejadian mistik di rumah mereka.


Reno (lakonan Bizael Tanasale)

Mula-mula aku suspek Reno yang hantar sihir sebab lepas Pak Ahmad meninggal, ada babak seorang dukun bernama Pak Harna bagitau Reno yang ayah Wulan dah meninggal. Esa jugak terserempak Pak Harna dan Reno menggali lubang di luar kawasan rumah Wulan pada waktu malam. Tapi lepas tu, Reno datang ke rumah Wulan dengan Pak Harna. Pak Harna bagitau yang dia nampak aura hitam dekat Pak Ahmad masa dieorang datang ziarah kubur arwah ayah Reno dan tujuannya menggali lubang tu ialah untuk pasang tangkal pelindung. Reno ni walaupun sakit hati sebab putus tunang tapi dia masih sayang kat Wulan. Jadi dia bawak Pak Harna ke rumah Wulan untuk cari benda sihir yang 'ditanam' dalam rumah Wulan. 

Pak Harna akhirnya menemui benda sihir di belakang potret keluarga Pak Ahmad. Dia bawak balik benda tu ke rumah Reno sebab nak jejak bomoh yang hantar sihir tu secara batin. Reno berkeras nak ikut sekali dan Pak Harna mengalah tapi dia bagi amaran jangan terlepas genggaman benda sihir tu. Bila Pak Harna dan Reno sampai di rumah dukun yang hantar sihir tu, Reno tak sengaja terlanggar meja dan terlepas benda sihir tu. Kehadiran mereka disedari oleh dukun jahat yang kemudiannya menghantar sihir ke rumah Reno sampai akhirnya Reno meninggal dengan dahsyat. 


Esa Prasetya (lakonan Deva Mahenra)

Pada masa yang sama, Esa cuba mencari jawapan kepada misteri kematian Pak Bondan dan cuba menghubungi Pak Ahmad. Tapi Pak Ahmad selalu mengelak dari bertemu Esa. Masa ni aku rasa macam ada sesuatu yang Pak Ahmad cuba sorokkan dari Esa. Esa akhirnya terpaksa mencari Pak Ahmad di hospital tapi dihalang bertemu oleh Wulan. Selepas kematian Pak Ahmad, Wulan bersetuju mendengar penjelasan Esa dan dieorang bekerjasama cuba membongkar kisah silam Pak Bondan, Pak Ahmad, Astuti dan Mbak Rima.


Astuti (lakonan Imelda Therinne)

Selepas Pak Ahmad mati, Astuti pulak kena kacau. Dah la time dia kena kacau tu lipas keluar dari telinga dan masa dia muntah. Eeiii...! Masa ni aku dah terjerit sebab geli-geleman weyhhhh! Semasa bekerja di syarikat yang sama dengan Pak Ahmad, Astuti menjalin hubungan sulit dengan Pak Ahmad yang masih beristerikan Rima. Selepas Astuti hamil dengan Wulan, Pak Ahmad menceraikan Rima dan berkahwin dengan Astuti. 

Episod terakhir minggu lepas, selepas beberapa kali diganggu Astuti pun akhirnya tewas dan mati.


Mbak Rima (lakonan Ruth Marini)

Salah satu suspek dalam cerita ni ialah Mbak Rima sebab dia selalu menagih wang dari Pak Ahmad tapi Pak Ahmad tak layan. Tapi bila Esa dan Wulan pergi berjumpa Mbak Rima untuk mengetahui kisahnya dengan Pak Ahmad, Mbak Rima mengaku yang dia sebenarnya sakit kanser dan tak pernah menyalahkan Pak Ahmad sebab berkahwin lain. 


Harun (lakonan Hingka Moedra)

Harun ialah tukang kebun baru di rumah Pak Ahmad. Mula-mula Harun ni nampak macam watak latar yang tak penting tapi Wisnu cukup benci dengan Harun sebab dia syak Harun ni yang hantar sihir ke rumah dieorang dan Harun jugak yang mencuri jam Pak Ahmad. Pada malam Pak Ahmad diserang sihir, bunga yang Harun letak atas meja menjadi layu. Sebelum kematian Astuti, Harun jugak ada letak pasu berisi bunga dalam bilik tidur Astuti dan bunga tu pun layu lepas Astuti meninggal. Dalam episod minggu lepas, Harun dipukul teruk oleh Wisnu sebab Wisnu ternampak Harun dalam keadaan mencurigakan tapi Wulan menyalahkan Wisnu sebab ambik pil khayal. Wulan pun bagi duit pampasan kepada Harun. Lepas Astuti meninggal, Harun pulang ke rumah sambil memegang tangkal.


Harun mintak Wulan letakkan jambak bunga dalam bilik Astuti sebelum meninggalkan rumah Wulan (sumber foto: Google)

Pak Ridho dan Atik (lakonan Kiki Narendra dan Shenina Cinnamon) 

Episod terakhir minggu lepas, muncul seorang lelaki bernama Pak Ridho di rumah Wulan mencari Pak Ahmad. Bila Wulan bagitau yang Pak Ahmad dah meninggal, Pak Ridho terus keluar dengan tergesa-gesa. Selepas menceritakan kemunculan Pak Ridho, Esa teringat yang Pak Bondan pernah beberapa kali menghantar wang ke akaun Pak Ridho. Dia ke rumah Pak Ridho tapi Pak Ridho enggan menjawab soalan Esa. Anak Pak Ridho, Atik cuba menolong Esa sebab Pak Ridho pernah bagitau yang dia bekerja dengan Pak Bondan. 


Cerita minggu lepas berakhir bila Harun pulang ke rumahnya. Rupa-rupanya dia tinggal di kawasan sama dengan Pak Ridho dan mereka saling bertegur-sapa. Atik menegur Harun dengan gelaran Pak Manto.

Tu la ringkasan episod 1 - 6. Sekarang ni aku tertanya-tanya apa hubungan Harun dengan orang yang hantar sihir dekat Pak Bondan, Pak Ahmad dan Astuti. Tak sabar nak tengok episod ke-7 malam ni. Kalau korang subscribe Disney+ boleh la cari drama ni. Sekarang tengah trending kat Malaysia. Memang 'berhantu' drama ni sebab berjaya buat aku tertunggu-tunggu episod baru!


Drama Teluh Darah ditayangkan di Disney+ Hotstar

12 comments:

  1. Rasanya itu point cerita ni. Nak biar penonton meneka-neka siapa sebenarnya yang hantar sihir. bulan puasa ni kalau tengok cerita seram tak takut sangat kan.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, nak bagi saspen sampai hujung cerita kot. Cerita ni tak seram mana pun sebab takde hantu hihi.

      Delete
  2. jln cerita yg suspen & buat kita tertanya2 ni yg buat nak terus tengok hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, rasa macam tak lengkap hidup bila tak terjawab lagi misteri tu hehe.

      Delete
  3. Orang Indonesia pandai buat cerita, macam orang Korea juga. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, bila tengok drama Indonesia tak rasa cringe dan dialog pun macam normal. Jalan cerita pun menarik dan tak cliche.

      Delete
  4. biasanya di hjg epi baru segala galanya terbongkar. tp kalau plot twist? get ready laa 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita dgn plot twist paling tak dijangka ialah squid game. Rasanya drama ni tak sampai level tu lagi 😄

      Delete
  5. senang nk faham drama ni.. nanti kalau free nk cari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kita sama2 tercongok depan tv lepas terawih malam sabtu hihi

      Delete
  6. Kaaaak, saya baru sadar ini drama Indonesia 🤣🤣🤣. Kirain dari Malaysia. Pas baca ada Lukman Sardi, oalaah , baru tahu.

    Tapi jujur saya kalo drama hantu, harus nonton dengan suami. Ini pula dia lagi biztrip ke luar kota 😄. Jadi saya tunggu dia balik ajalah, tak berani nonton sendiriiii 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha! ya, drama Indonesia ni. Namanya Teluh Darah, kan dari Bahasa Indonesia tu 😂 Tapi ceritanya tak takut sangat la Fanny. Cuma terkejut2 sikit. Best tengok cerita ni, dah episod akhir pun minggu ni.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .