Sebelum aku terpengsan petang nanti, baik aku update siap-siap aktiviti pagi ni. Kiteorang buat kerja gila berbasikal ke Taman Tasik Titiwangsa! 😅
Sebenarnya berlaku salah faham sikit dengan Suami Terchenta. Plan aku sebenarnya nak angkut basikal dalam kereta Exora lepas tu drive ke Taman Tasik Titiwangsa. Tapi Suami Terchenta ingatkan nak berbasikal terus ke Taman Tasik. Ah sudah. Nak tak nak terpaksa la ikutkan Suami Terchenta hehe.
Jarak ke Taman Tasik Titiwangsa tu takde la jauh sangat cuma yang mencabarnya nak menyeberang jalan raya yang sibuk. Pagi tu sebab gerak awal pukul 7.30, trafik ok lagi tapi masa nak balik tu rasanya dekat 20 minit jugak la kiteorang tunggu jalan clear sikit baru dapat menyeberang jalan besar.
Itulah cabarannya di negara tercinta ni, tak mesra basikal dan pejalan kaki. Sebab tu la Malaysia dinobatkan negara ketiga tertinggi di dunia malas berjalan kaki. 🫣 Kita bukan malas tapi infrastruktur nak berjalan / berbasikal tu nan hado...
Dah sampai... |
Ambik gambar sebagai bukti hihi... |
Dah sampai di Tasik Titiwangsa, kiteorang pusing satu round je lepas tu Khayla complain penat. Mengenangkan perjalanan pulang lagi, kiteorang follow je. Oh ya, Khadeeja tak ikut sebab lepas sahur dia terus masuk tidur balik.
On the way balik, kiteorang ikut jalan pintas yang tembus di sebelah sekolah Khayla. Dekat sikit. Patutnya awal-awal lagi ikut jalan pintas huhu.
Petang ni nak masak apa ye? Masalah ibu-ibu betul. Tapi sebelum tu, aku nak lelap sekejap la. Penat jugak mengayuh basikal 6km 😮💨.
Perghhh..puasa puasa kayuh basikal ekk...Terrbaikk! 😃 Petang ni Masak nasi Lemak lah..Baru buang Lemak, tambah balik.ahahhahahah
ReplyDeletehahaha! petang ni kita nak masak special sket, nanti kita update. Tungguuuu....
Deletewah..rajin ye berbasikal time-time puasa ni. dahla cuaca panas. cayalah sis!
ReplyDeletePagi tadi keluar pukul 7.30. Cuaca tak panas lagi, ambik vitamin D kata orang. Sampai rumah pukul 9 sebelum panas hehe
DeleteKalau Sis, kayuh atas katil nyamannn hahahahaha
ReplyDeletetak sangka jun ajak kayuh basikal dari rumah. ingatkan nak kayuh basikal dah sampai tasik je hahahaha
DeleteBetul, jalan tidak mesra pejalan kaki dan penunggung basikal. Saya suka sahaja kalau dapat jalan.
ReplyDeleteLaluan pejalan kaki / berbasikal cuma dalam bandar je. Kalau buat dari kawasan kediaman penduduk sampai ke bandar tak mustahil ramai yang pilih berbasikal ke tempat kerja hehe.
Deletewahh makin kurus la makcik pasni., hehe
ReplyDeleteAmeen YRA 🤲🏻 Semoga makbul doa Wak hehe.
Deleteuihhhh bulan2 puasa berbasikal👍👍👍👍
ReplyDeletehehe tak jauh sangat tu yg confident tinggi 😂 pagi2 ok la tak panas.
DeleteTudiaaaa...gigih...kalau SA dah terpengsan dah ni....
ReplyDeleteBalik dari cycling, mandi terus pengsan atas katil 😂
DeleteYup!! Malaysia tak mesra pejalan kaki/berbasikal.. Sangat bahaya kalau tak hati-hati..
ReplyDeletePaling takut motor sbb selalu bawak laju2 kereta ok lagi kalau dieorg brek sempat la berhentii.
Delete