baked mac n cheese

baked mac n cheese

 

Mac 'n' cheese bakar senang dan cepat

Bahan-bahan:

  • Macaroni (anggaran 2 cawan)
  • Sos macaroni & cheese jenama Prego (1/2 tin)
  • Keju mozzarella parut
  • Susu (1 cawan) - untuk rasa lebih berkrim
  • Perasa (garam, Italian herbs)


Cara-cara:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180℃.
  2. Tuang macaroni dalam pinggan kaserol
  3. Gaul bersama sos macaroni & cheese 
  4. Masukkan susu dan air sehingga atas paras macaroni. Perasakan dengan garam dan herba. Gaul sebati.
  5. Bakar dalam ketuhar selama 15-20 minit atau sehingga macaroni masak dan lembut
  6. Keluarkan dari ketuhar, tabur keju mozzarella.
  7. Bakar sehingga keju cair dan berwarna keemasan.


Resipi ni sesuai untuk ibu-ibu yang tengah WFH sebab tak perlu banyak effort dan masa di dapur nak sediakan makanan tengahari yang lazat dan nak mengemas dapur lepas makan. Cuma perlu basuh pinggan kaserol dan pinggan makan je.

Kalau nak bagi lebih seimbang, boleh masukkan sekali sayur brokoli, lobak merah atau tomato ceri. Selamat mencuba!

10 comments:

  1. Tidak perlu rebus makaroni dahulu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu, macaroni akan masak dalam ketuhar :)

      Delete
  2. fav pia ni...boleh la cuba resepi Carneyz pula nanti nampak senang

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang senang, klu hari tu saya puasa tapi nak kena sediakan makan tengahari untuk anak2, saya akan buat mac n cheese bakar ni je.

      Delete
  3. akhie sekali tuang dalam mulut! hehehe

    ReplyDelete
  4. Rasanya macam lama dah tak makan 😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lagi, buatlah hujung minggu ni nona 😄

      Delete
  5. resepi ringkas dan mengenyangkan... 👍👍👍

    ReplyDelete
  6. Sangat senang, lebih senang dari guna gajet kayangan 😝

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .