Bila nak raya je, mulalah keluar spreadsheet tiket balik raya aku ni. Orang Sabah/Sarawak yang lama bermastautin di Semenanjung je tau betapa pentingnya skill cari tiket raya ni 😂. Jom aku kongsi sikit tips beli tiket balik raya:
Tips #1: Jangan cari last minute
Tips #2: Rancang perjalanan
Tahun ni Insha Allah kiteorang balik ke kampung aku pulak. Jadi dari KL akan singgah ke Bintulu dulu bermalam di rumah mak dan lepas tu barulah kiteorang adik-beradik gerak ke Igan (kampung). Hari Raya ke-5, kami akan balik ke Samarahan (rumah parents-in-law) pulak, jadi kena carik tiket ke Kuching jugak.
Jadi first step, kena identify beberapa pilihan destinasi kapal terbang mengikut perancangan balik kampung kiteorang tu:
- Pilihan A : KL - Bintulu - KL
- Pilihan B: KL - Bintulu - Kuching - KL
- Pilihan C: KL - Kuching (balik sebelum raya) - Bintulu - KL
- Pilihan D: KL - Bintulu - Mukah - Kuching - KL
Lepas dah decide flight routes, bandingkan pulak harga tiket pada minggu nak terbang pergi/balik dan cari tarikh yang menawarkan tiket termurah:
- Pergi: paling murah weekend seminggu sebelum raya, diikuti tengah-tengah minggu (Rabu) sebelum raya.
- Balik: paling murah lepas 2 Mei (lepas Hari Buruh).
Tips #3: Pertimbangkan faktor-faktor selain harga tiket
Kadang-kadang harga tiket dah murah, tapi ada kos tambahan lain yang kena dipertimbangkan jugak, contoh dalam kes kiteorang:
- Kos boarding kucing - kalau balik seminggu awal, ongkos hantar Louis ke pet boarding pun naik.
- Anak-anak kena ponteng sekolah seminggu dan sehari lepas cuti sekolah tamat.
- Kos tambahan - kos tambah baggage, perlu bermalam di airport atau tak, naik ERL / Grab etc.
- Reliability syarikat penerbangan - walaupun tiket murah, tapi kalau asyik delay / cancel / retime akan mengganggu kelancaran perjalanan musim raya ni.
Tips #4: Guna miles point / beli tiket asing-asing / guna Shopback untuk dapatkan lebih penjimatan
Aku redeem Enrich point dan beli tiket asing-asing untuk jimatkan lagi pembelian tiket MAS. Caranya, aku buat 2 kali pembelian - economy basic (dapat 40kg checked-in luggage percuma keseluruhannya dan diskaun tiket kanak-kanak 10%) untuk tiket aku dan Khadeeja dan economy lite (lebih murah sebab takde checked in luggage) untuk tiket Suami Terchenta dan Khayla.
Harap tips ni membantu kawan-kawan yang tengah cari tiket flight balik raya 😅
Lepas study semua option yang ada, akhirnya kiteorang ambik pilihan B:
- KL ke Bintulu - MAS, ada direct flight dan kiteorang tak berani ambik risiko naik AirAsia sebelum Raya 😂
- Bintulu ke Kuching - AirAsia, ada direct flight dan harga tiket lebih murah.
- Kuching ke KL - Malindo / Batik Air, harga sama macam AirAsia tapi dapat percuma 20kg luggage checked in seorang.
sampai sekarang kerajaan belum dapat kawal harga tiket sabah sarawak ni kan...bygkan kalau keluarga yang anak ramai mcm mana la agaknya ye,cas tambang mahal melebihi had
ReplyDeleteItulah, beza sangat2 harga tiket masa hari biasa dgn masa musim perayaan. Bayangkan 2 minggu sblm raya harga tiket 199/sehala, tapi seminggu sebelum raya harganya naik sampai dekat 400/sehala. Padahal sama je kos minyak dan passenger tax 😢
Deletesemoga dpermudahkan urusan balik ke sarawak...mmg kne saving tok tiket flight
ReplyDeletesbb tu kena ada skill cari tiket murah sbb murah pun bila kena beli utk 4 orang tetap cecah ribu-raban! 😱
DeleteMusim perayaan adalah peluang terbaik untuk balik kampung dan suasana akan lebih meriah tapi harga tambang 'belon' akan mencanak naik pada saat-saat akhir...orang terdesak dan mampu tidak akan fikir banyak kali
ReplyDeletemmg stress buat persiapan balik kampung di musim perayaan.
Deletekwn ofis dah beli tiket dari tahun lepas utk balik Sabah raya ni...pilih reliable flight company...sian Louis kena tinggal..hehe...best dia duduk hotel..jumpa kawan2...
ReplyDeleteSabah lagi la kena plan lagi awal sbb tiket ke Sabah lebih mahal 😣
DeleteTu je la satu kelemahan ada kucing ni, bila kena travel jauh kena cari hotel kucing, paling murah kena RM20 sehari. Mungkin kiteorang panggil pet sitter je dtg ke rumah 2x seminggu utk isi semula botol air Louis dan bersihkan pasir.
Semoga dimudahkan urusan balik ke kampung ya. Kak Sue pun dok susun-susun cuti jugak nie nak balik raya nanti..
ReplyDeletesemoga dimudahkan urusan cuti Kak Sue.
DeleteSik try mya airline? not bad juak review org tp kmk pun x berani nk try dolok... sakit palak mikir tiket balit raya nk oo?? ktk org pernah raya di kl kah sblm tok?
ReplyDeleteMyAirline.. typo
Deleteada kmk masukkan dalam spreadsheet ya. Flight nya limited KL-KCH-KL jak. Compare dgn Malindo, murah gik Malindo.
DeleteWah! Banyak pengalaman ni....
ReplyDeleteboleh jadi travel agent ni uncle hehe
DeleteSemoga dipermudahkan urusan balik kampung, Carneyz dan keluarga. Alamak, Louis kena tinggal. Bagusnya, buat spreadsheet, boleh buat perbandingan harga.
ReplyDeletewajib ada spreadsheet ni, senang nak buat perbandingan harga dan destinasi penerbangan 😊
DeleteWah..detail sungguh ni. Buat kajian terperinci 👍🏽
ReplyDeleteKalau tak kaji, main beli je memang boleh rugi duit.
tu la, selagi boleh jimat, kita jimat 🤣
DeleteUish complicated juga ye. Semoga dipermudah urusan taw!
ReplyDeleteye, memang kena hadap tiap2 tahun huhu..
Deleteapapun malindo lah yg nk bg luggage berbanding AA. hahah kalau AA dgn delay mmg tak dpt dipisahkan
ReplyDeleteharap2nya malindo ni on time takde delay, cancel atau reschedule 🤲🏻
Deletetips lain yg sy guna dulu, beli pd hari selasa😁 nak kata dpt murah sgt tu x de laa... tp ms dpt tix ke kuching return RM24 dulu tu rs nya tu 'pemburuan' tiket plg hebat penah sy dpt😁
ReplyDeleteYa, tiket tengah minggu lebih murah berbanding hari lain. Wow, return RM24 mmg hebat! Saya pun tak pernah dapat 👏🏻
DeleteAlamak....bab delay ni paling x suka...apapun semoga dipermudahkan urusan balik kampung Carneyz dan keluarga..SA x pernah rasa balik kampung macam ni sebab kampung SA kat NS je...teringinnya nak ada kampung macam ni...nanti dah kawen cuma dapat ke JB je la..tapi tu la..ada adik beradik en tunang je..mak ayah dia dah lama takde...
ReplyDeleteBersyukur SA kampung dekat je, mampu berhuhuhu dalam hati je time nak keluarkan duit bayar tiket balik kampung ni. Lagi2 tahun ni kena beli tiket untuk 3 dewasa (Khayla dah kira dewasa sebab lebih 12 tahun), makin naik kos tiket balik kampung bila anak2 dah meningkat dewasa.
Delete