Promosi Kembali ke Sekolah di SOGO KL
Psst... ada tak orang macam aku ni yang belum lagi beli barang sekolah anak? Mana yang duduk di KL / Selangor boleh la pergi ke Members' Day SOGO KL hari ni sampai 19 Mac untuk dapat lebih banyak diskaun di promosi kembali ke sekolah yang berlangsung dari 6 - 19 Mac.
Kat mana tu? Haa... korang naik je ke tingkat 7 atas food court SOGO lepas tu korang akan terus nampak.
Menyesal aku tak tau awal-awal, sebab aku datang semalam belum start lagi Member's Day. Kalau tak aku datang hari ni boleh dapat lebih banyak diskaun huhu... Tapi dah alang-alang ke sini, jom tengok jenama baju sekolah dan harganya:
|
Outpost |
|
Canggih |
|
Professor |
|
Professor (baju sekolah agama dengan pinafore sekolah) |
|
Kiko |
|
Othello |
Selain dari uniform sekolah, kat sini pun ada barang-barang sekolah yang lain:
|
Beg sekolah |
|
Beg sekolah dan pakaian badan beruniform |
|
Kasut sekolah |
|
Bekal sekolah |
Berair jugak mata tengok harga uniform sekolah selepas 3 tahun tak membeli uniform sekolah. Semalam aku survey baju kurung sekolah menengah (jenis kain licin sebab anak aku kata sejuk sikit bila pakai), baju kurung je rata-rata dalam lingkungan RM30-50 ke atas, kain pulak harga lain dalam lingkungan RM40 - RM51. Belum lagi kasut dan stokin sekolah, sekurang-kurangnya 2 pasang. Tudung sekolah pun kena beli 2 pasang jugak.
|
Harga keseluruhan barang-barang sekolah Khayla |
Setiap pembelian RM200 ke atas dapat baucer RM10 boleh redeem semasa pembelian seterusnya. Jadi korang kira la dulu cukup RM200 pergi bayar dulu dapatkan baucer lepas tu guna untuk bayar yang selebihnya. #tipsjimat
Oh ya, semalam aku pergi ambik result penempatan sekolah Khayla sebab Pejabat Pendidikan call bagitau dah ada result. Dan keputusannya... Khayla tak dapat sekolah yang dia nak pergi 😢 Mungkin sebab sekolah ni di kawasan padat penduduk dan keutamaan diberi kepada pelajar-pelajar dari SK. Sekolah yang dia dapat tu jauh sikit di Jalan Ipoh, pagi-pagi memang sesak kat situ. Aku pujuk Khayla, mungkin Allah letak Khayla di sekolah satu lagi tu sebab future best friend dia di sekolah tu. Adalah hikmahnya, Allah kan sebaik-baik perancang. #thinkpositive
Lepas aku cakap macam tu, barulah dia ceria dan tak sabar-sabar nak ke sekolah baru. Aku doakan Khayla akan jumpa kawan-kawan yang baik dan dia boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah menengah, Ameen Ya Rabbal Alamin...
Allahu....sian Khayla, insya'Allah ada hikmah di sebalik semua susunan ya...moga Khayla happy kelak walau siney juak sekolah nya...
ReplyDeleteyalah, bersangka baik dgn Allah ada hikmah di sebalik result yg sik seperti dirancang ya.
DeleteSaya dulu2 mak yang jahit baju kurung termasuk pinafore dan tudung..kecuali seluar dan kemeja sekolah lelaki..yang tu beli..dah terer sket baru mak jahit...tu yang dapat seorang 4 pasang. Maklumlah lasak.
ReplyDeleteSamalah, saya dulu pun mak yang jahitkan baju kurung sekolah sebab mak memang ada ambik tempahan menjahit. Ada jugak terfikir nak pergi kelas menjahit buat baju kurung sendiri tapi sampai sekarang tak cari lagi 🤪
DeleteEh, sama kita, pun baru beli barang sekolah anak-anak.
ReplyDeleteAda tu, hikmah di sebaliknya, Khayla tak dapat sekolah yang dia minta. Semoga Khayla happy dan bersemangat masuk sekolah menengah.
OK kita geng, tak la terlalu last minute kan? 😂
DeleteItulah, dia pun dah rasa seronok nak start sekolah baru.
uncle singgah sogo nak tengok orang busking je....
ReplyDeletebukan hujung minggu je ke ada busking kat luar Sogo tu Uncle?
DeleteSamalah kita sis, belum beli baju sekolah dsbnya...kesian si Adik huhu...
ReplyDeleteklu sis member SOGO, boleh ajak waled shopping brg2 sekolah Adik di sini besok.
DeleteBeberapa minggu lepas pii SOGO dah mula jualan back to school memang meriah, best pii time members day ni kan.. salam ukhuwah dari kak ana, done follow Carneyz :)
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah blog saya Kak Ana 😊 Nanti kita bw ke blog akak pulak.
Deleteabe kie x beli pun kelengkapan sek utk sesi dpn sbb yg ada skrg ni pun masih elok.
ReplyDeleteSaya pulak kena beli lengkap semuanya sbb dah 3 tahun tak beli uniform sekolah (2 tahun PDPR dan 1 tahun di sekolah swasta). Anak pulak jenis cepat tinggi ikut genetik bapak dia.
Deletelama tk pegi sogo..sbb slalunya shopping di aeon....blum bli lg bj sek ank...bole tahan mahal kan...bertabah la kita smua
ReplyDeleteitulah, mana boleh jimat kita jimat. Macam baju dan kasut sekolah memang cari ikut keselesaan anak tapi ambik harga yg paling murah yg dia rasa selesa. Macam anak saya suka pakai jenis kain licin jadi beli jenama outpost sbb paling murah (RM29) compare dgn jenama lain (harga RM35 ke atas).
Deletesemoga Khayla gembira di sekolah menengah...menangis tengok harga baju2 sekolah...sepasang cecah RM100, kualiti bagus, anak-anak selesa pakai..
ReplyDeleteItulah saya sembang dengan asben, macamana la family yg ramai anak dan kurang mampu. Terpaksa la yg kecik2 tu pakai baju lama kakak / abang walaupun mungkin dah lusuh atau koyak sikit. Family T20 ramai anak pun termenung jugak nak beli 3-4 pasang sorang.
DeleteNasib baik SA dah lepas dah..Dania dah masuk Kolej kan...tapi kan..rindu plak nak sibuk2 beli persiapan sekolah anak...bakal anak tiri dah tentu babah or mak dia yang uruskan..ye tak?
ReplyDeleteMana tau babah dia tak sempat bawak shopping, boleh SA tolong bawak anak tiri SA beli persiapan sekolah nanti hehe.
Deleteterkejut tgk harga baju pun melambung tinggi tak macam zaman beli baju sekolah sendiri dulu yg harga berbelas saja
ReplyDeletekan, dah 3 tahun tak beli baju raya (2 tahun mco, setahun anak2 pergi sekolah swasta tak pakai uniform), mmg terkejut tgk harga utk sorang je dah 400+.
Deletesogo ni bahaya hari2 ada sale😂😂 sbb tu x boleh dtg selalu
ReplyDeleteBetul, pergi Sogo bila nak cari barang keperluan je 😅
Delete