Sebelum makcik call hari Isnin lepas, aku sebenarnya dah siap memasak lauk untuk berbuka puasa petang tu.
Lauk-lauk yang ringkas jadi pilihan - ikan goreng untuk anak-anak dan sambal sardin untuk aku dan Suami Terchenta. Dipadankan pulak dengan sayur labu air masak lemak. Lauk tambahan ialah bubur pedas pemberian makcik.
Untuk hari ke-6 pulak, aku keletihan sebab brisk walking pagi tu jadi aku tertidur lepas Asar. Mujur Suami Terchenta bekerja dari rumah, jadi dia yang tolong ambik Khayla pulang dari sekolah. Sedar-sedar Suami Terchenta gerak aku dan tanya nak masak atau beli di bazaar. Since aku dah defrost ayam tengahari tu, walaupun mamai lagi aku jawab nak masak je la. Masih trauma sebab Suami Terchenta sakit perut lepas makan makanan beli di bazaar Ramadhan 😑.
Tomyam campur, enoki goreng tepung, epal, sirap ais |
Hari ke-6 berbuka puasa menu yang lebih ringkas - tomyam ayam, buah epal dan cendawan enoki goreng tepung. Aku tak goreng sayur sebab dah letak banyak sayur campur dalam tomyam ayam - kacang buncis, cauliflower, carrot, jagung muda, cendawan tiram dan tomato. Kiranya lauk all-in-one ler tu...
Pagi tadi sahur tomyam ayam dan aku goreng telur dadar jugak. Alhamdulillah, janji kenyang dan beri tenaga untuk hari ni.
Petang ni tengah cari idea nak masak sayur apa untuk padankan dengan sayap ayam goreng. Mungkin aku tumis corned beef jugak sebab sayap ayam tu ada 4 ketul je confirm tak cukup hihi. Tunggu hujung minggu ni pergi ke Pasar Chow Kit cari bahan-bahan basah lagi Insya Allah.
sedap menu2 berbuka
ReplyDeletemasak sendiri lg nikmat kan. Kalau beli ada je yg x kena dgn tekak kita
Tp.ptg ni pening dah nk msk menu apa he hwwll
Setuju Cik Nor. Masak sendiri lebih ikut tekak kita. Hehe, tu yang pegi bw cari idea nak masak apa ptg ni
DeleteCendawan tiram? Geram la pulak!
ReplyDeleteCendawan tiram masak tomyam mmg sedap.
DeleteSedap2 menu berbukanya
ReplyDeleteTerima kasih, masak di rumah lebih menepati citarasa sendiri.
DeleteRajin Carneyz cari idea untuk menu berbuka.
ReplyDeleteMacam-macam dah koleksi menu berbuka.
Tak sehebat menu2 yang Kak Amie buat 😊 petang ni tak tau nak masak apa pulak. Tunggu lepas asar baru muncul idea kot hihi
DeleteSedaaaap sedaaaap pula menu berbukanya
ReplyDeleteAlhamdulillah, yang simple tu lebih membuka selera keluarga saya 😊
Deleteseram pulak bila dgr keracunan ni... tu yg buat sy malas nk g bazar... msk sendiri jg laa yg puas hati kan? sedap tak sedap belakang cerita
ReplyDeletemasak sendiri lebih sedap sbb kita dah tau byk mana perasa nak taruk dalam masakan hehe.
DeleteAkak pun kalau dah masak tom yam, memang tak masak sayur lain la. Dalam tomyam tu letak siap2 bermacam jenis sayur. Senang 😁
ReplyDeleteKiteorang biasa padankan tomyam dengan kailan ikan masin. Tapi tomyam makan macam tu je pun dah sedap 😄
DeleteSemalam kita masak sambal sardin hehe...
ReplyDeleteSy pun kurang gemar beli lauk di Bazar kecuali yg kita dah biasa beli sbb perut suami jenis sensitive...silap sikit sakit perut :(
Wah sama lauk kita ye. Sambal sardin senang dan sedap.
Deletesaya nak tiru la menu tomyam ayam&cendawan enoki awak tu br seminggu puasa tiba2 idea menu dah kering
ReplyDeletesila2.. tu la kita sama2 kongsi idea dan resipi utk berbuka sbb bukan senang nak plan menu berbuka dan sahur ni 🤣
Deletebeli bazaar yg kat UTC tu ke?
ReplyDeleteTak, ni yg Jun dgn Khayla pergi bazaar kat TTDI KL arituh.
Deleteaaaa...bestnya pi pasar chow kit...SA dah x tau nak masak apa...tunggu weekend gak pi pasar...
ReplyDeletedah masuk minggu kedua ni kering idea nak masak utk berbuka puasa. Tu yang last2 menyinggah di pasar ramadhan semalam hehe.
DeletePuas hati, masak sendiri di rumah, kan. Sedap dan dijamin kebersihannya. :)
ReplyDeleteAah mmg puas hati bila masak sendiri cuma bila dah selalu masak, sampai kering idea tak tau nk masak menu apa lagi seterusnya huhu
DeleteWaa puasa brist walking, hebat ko.. Sis ni duk uma pun letih semacam.. huhuhu
ReplyDeleteLepas briskwalking sakit belakang pulak hahaha! Org lain bersenam makin sihat, kita bersenam buat sakit badan je.
DeleteSedap menu tomyam..belum merasa tomyam lagi bulan puasa ni..Heehee
ReplyDeleteMakanan wajib masak bulan puasa sebab campak2 je dah siap 😅
Deleteair warna merah tu jugak yang menarik perhatian. haha
ReplyDeleteair merah mmg sentiasa menarik perhatian haha
DeleteKalau masak tomyam, memang all in one lah dengan sayur kan.. hehehe..
ReplyDeletehaah, saya lebihkan sayur sbb malas nak masak sayur berasingan hehe
Delete