Bulan puasa ni penat sikit sebab badan nak adjust dengan berpuasa setiap hari tambah lagi dengan mulanya sesi persekolahan. Alhamdulillah tak miss lagi sahur, cuma hari kedua bangun lewat sikit tinggal setengah jam je lagi nak imsak, so cepat-cepat cedok lauk dan nasi. Kelam-kabut makan dan minum sampai terlupa ambik ubat diabetes huhu…
Rasa seronok tengok kawan-kawan update blog tentang menu bulan puasa ni so aku pun nak share jugak hehe. Maaf gambar-gambar tak cantik sebab dah habis makan baru teringat ambik gambar kan 😜 Untuk hari pertama dan kedua, dah jadi kebiasaan aku akan masak lauk yang akan ulang balik masa berbuka / sahur. Alhamdulillah suami dan anak-anak jenis tak cerewet dan tak kisah kena recycle lauk. Berlainan dengan mak aku dulu penat sikit sebab ayah aku jenis yang tak suka repeat lauk yang sama so mak akan masak lauk fresh untuk masa makan seterusnya.
Daging masak hitam resipi mak mertua utk hari pertama berpuasa |
1 Ramadhan - lauk sahur dan berbuka ialah daging masak hitam dan sayur campur (lupa nak ambik gambar sebab dah habis). Petang tu tetiba teringin nak makan asam pedas, maka terhasillah lauk tambahan asam pedas ikan merah untuk berbuka puasa.
Kali ni baru ok sebab tak berminyak sangat |
2 Ramadhan - tengok blog Sislin dia masak ayam masak lemak nenas terus terliur jugakkkk 😂. Siap pesan kat Suami Terchenta sebelum dia balik dari ofis supaya singgah di kedai belikan nenas dan kelapa parut. Padankan dengan sayur kacang buncis tumis.
Ayam masak lemak nenas |
Alang-alang dah beli kelapa parut, datang pulak mood nak buat kuih onde-onde atau anak-anak lebih suka panggil kuih buah melaka. Tengok dalam pantri ada tepung pulut jadi terus keluarkan dan bancuh dengan tepung gandum untuk buat adunan. Stok gula melaka memang sentiasa ada dalam rumah. Kemain anak-anak tak sabar tunggu waktu berbuka puasa bila tengok ada kuih onde-onde terhidang atas meja.
Onde-onde |
Alhamdulillah lauk 1-2 jenis je setiap hari dan takde pembaziran setakat ni. Yang penting masa solat terawih tak mengantuk sangat.
Semoga hari-hari seterusnya aku masih rajin memasak lauk untuk berbuka puasa dan sahur. Tiap-tiap hari aku blogwalking kat blog korang tau, sebab nak cari inspirasi untuk lauk berbuka puasa hehe. So teruskan update menu iftar korang ye.
Psst… SA dah boleh buat segmen - SA masak apa hari ni di bulan puasa 😋
Saya pun recycle lauk untuk sahur kecuali kalau nak makan telur dadar, memang kena goreng baru! Nasi wajib masak ... ahaks!
ReplyDeleteNasi biasanya saya suruh anak-anak masak setiap hari untuk berbuka puasa tapi lebihkan untuk bersahur sekali sebab takut terlajak bangun sahur.
DeleteMmg ada org yg x makan lauk ulangan.. nasib baitlah org muder kmk jenis on jak janji ada.. lauk sungkei ya lah lauk sahur 😂😂
ReplyDeleteSamalah org muder kmk ya sik kesah janji ada pakai makan 😅
DeleteOklah itu makan lauk ulangan, senang sedikit perangat lauk.
ReplyDeleteBiasa keep warm dalam pressure cooker je. Bangun sahur tinggal nak kaut dalam mangkuk dan hidang ðŸ¤
Deleteiye sis entry kita2 bulan ni menu sahur menu iftar hehe..at least ada idea nak masak apa kan..ni dah nak masuk seminggu puasa mula la dah buntu tak tau nak masak apa
ReplyDeletekan, awal2 mmg semangat je nak memasak tapi bila dah seminggu mula la tercari2 idea nak masak apa hehe
DeleteSama gak ngan SA akan recycle laukberbuka untuk sahur..kadang sahur goreng ikan masin atau telur dadar..tak pun telur mata kalau x lalu nak makan...
ReplyDeleteKan. Salute dgn orang yang rajin bangun awal sbb nak masak pagi tu.
Deletesamalah...recycle lauk berbuka time sahur...sedapnya daging masak hitam...kami x masak kuih-muih sbb moreh mesti ada kuih2 manis...packed sorang satu...
ReplyDeleteMoreh di masjid ke nohas? Saya solat terawih di rumah je setakat ni tunggu minggu ke-2 Insya Allah kalau asben tak on call hujung minggu boleh la ambik kesempatan terawih di masjid.
Deleterecycle lauk berbuka ke sahur adalah perkara biasa di malaysia. cuma yg betul2 rajin je memasak di pagi hari. tapi sy bukanlah orangnya heheheh
ReplyDeleteHehe, tak confident nak masak pagi hari sbb takut terlajak tidur. Sebelum tidur dah pastikan ada lauk untuk bersahur esok pagi.
Delete