Khayla
Hari pertama Khayla di sekolah menengah 

Hari ni Khayla memulakan sesi persekolahan di sekolah menengah. Alahai, mommy masih tak boleh terima hakikat yang anak sulung mommy ni dah masuk tingkatan satu! Sekelip mata zaman kanak-kanak berlalu, sekarang dia dah di alam remaja.

Pagi ni anak-anak bangun sendiri tak payah dikejutkan pun. Biasalah, hari pertama sekolah memang bersemangat! Aku buat nasi goreng dan kukus mantou bun untuk bekal Khayla dan sarapan pagi ni. Sepatutnya Suami Terchenta yang hantar anak-anak ke sekolah tapi malam tadi dia tiba-tiba kena panggil masuk ofis, Subuh baru balik. Jadi terpaksalah aku mengharung traffic jam ke sekolah Khayla. Nak dekat setengah jam jugak la sangkut dekat 2 lampu trafik baru jalan clear sikit.

Aku hantar dia sampai depan pagar sekolah, terpaksa call cikgu yang uruskan borang dia minggu lepas sebab tak diberitahu Khayla masuk kelas apa. Bila dah tau kelas apa, barulah dia gerak ke dewan sekolah. Muka dia cemas sikit sebab dia tak tau kat mana dewan, tapi biarlah dia belajar berdikari.

Memandang Khayla dari jauh bergerak ke dewan, dalam hati aku rasa bersyukur tak hantar dia ke sekolah berasrama. Baru hantar ke sekolah harian aku dah rasa sebak! Kalau hantar sekolah berasrama penuh, aku rasa bukan Khayla yang menangis hari-hari sebab rindu. Tapi mak dia ni ha, sejenis hati tisu! Bila anak 2 orang je, seorang takde dah rasa kehilangan sangat. Tabik kat ibubapa yang cekal hantar anak-anak ke sekolah berasrama demi masa depan. 

Bagi aku, biarlah susah sikit hantar dia ke tuisyen dan teman dia buat kerja rumah asalkan anak depan mata. Ish, teruk kan mak macam aku ni? 😅 Sampai bila nak clingy dengan anak. Satu hari nanti kena belajar melepaskan dia jugak ke universiti / bila jodoh dia dah sampai, tapi biarlah masa tu panjang lagi. Sekarang ni aku masih nak luangkan masa setiap hari dengan anak-anak depan mata. 

Selamat memulakan alam persekolahan menengah, Khayla sayang! Mommy doakan Khayla jumpa kawan baik, Khayla sentiasa happy dan cemerlang di sekolah baru. 💝

16 comments:

  1. sama ngan MA...anak dua org je memang x plan nak hantar diaorang ke sekolah berasrama..biarla sampai form 5 ngan MA.. but now Ian dah form 5, kena la bersedia jugaks la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan MA, tak sampai hati nak berpisah dgn anak. Bukan anak yang cengeng, mak yang cengeng! 😂 tak boleh bayangkan lepas habis form 5 nanti macamana.

      Delete
  2. Tahniah Khayla..belajar sungguh2 ye...bertabah la mommy uiii...SA dulu depan2 tak tunjuk...balik rumah dalam bilik air meraung...masa Dania masuk kolej hari tu lagi plak x dan nak kuar airmata...sebab penat mendaki naik asrama tingkat 4...hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib kita ni mak2 hati tisu huhu... balik dari hantar Dania ke kolej SA tak nangis ke?

      Delete
  3. Pia ada masa lagi setahun sblm masuk menengah tapi hati saya dah sayu rasa mcm tak sanggup nak berpisah,ada masa kerap sangat mimpi menangis hantar anak ke asrama tapi walednya dah target utk hntr SBP/MRSM..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah, bapa2 ni taknak tunjuk sgt dia touching hehe. Asben saya pulak nak lepas anak naik LRT sendiri pun tak sanggup apa lagi nak duduk jauh2.

      Delete
  4. Moga Khayla baik-baik aje di sekolah baru 💪🏼

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Ujie. Semoga dia ceria dan dapat menyesuaikan diri dgn kawan2 baru.

      Delete
  5. Semoga Khayla happy dan dipermudahkan urusan belajar di sekolah baru. Mak mak kena steady, ok! Insya-Allah, dia orang tak apa-apa. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah hari pertama di sekolah baru, dgn mak2 sekali emosi lebih2 hehe.

      Delete
  6. Form 1 dh khayla eh... dh tkr uniform biru muda dah ooo... kmk pun lom ready nk melepas anak² ke hostel... biarlah semua ada depan mata dolok klak dah masuk u mmg terpaksa lepaskan juak

    ReplyDelete
    Replies
    1. sik berasa lalu tauk2 dah masuk form 1 huhu... yalah kmk nang berayi sik dpt berpisah dgn anak2. dolok mun outstation sik ngembak dak biak, nang kmk susah mok tido rindu dgn sidak duak.

      Delete
  7. kalau sekolah BSP mcm manalah keadaan khayla.. semoga berjaya!

    ReplyDelete
  8. sindrom mak mak tu biasa laaa...😀

    selamat belajar khayla. pilih kwn elok2 tau! dah msk sek men ni besarrrr cabarannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. hari ni kiteorg register dia masuk sekolah baru yg lagi dekat dgn rumah.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .