Sumber imej: KWSP |
Psst... korang tau tak pasal i-Sayang? i-Sayang yang telah dilancarkan oleh KWSP ni merupakan pemindahan sukarela sebanyak 2% caruman KWSP daripada akaun suami kepada akaun isteri.
Buat pengetahuan korang, i-Sayang ni baru je lagi dilancarkan pertengahan bulan ni. Masa nilah para isteri boleh tuntut 'kasih sayang' para suami masing-masing 😄.
2% mungkin tak banyak bagi sesetengah orang, tapi bagi para isteri yang memilih jadi 'stay-at-home partner', inisiatif ni sesuatu yang amat dialu-alukan. Bukan apa, kita isteri yang sekarang bergelar pengurus rumahtangga ni pun nak pastikan kestabilan ekonomi pada hari tua kelak.
Bila dapat tau je KWSP dah lancarkan i-Sayang ni, aku pun apa lagi terus bagitau Suami Terchenta hehe. Alhamdulillah ternyata dia memang cinta sejati aku, tanpa banyak soal terus daftar i-Sayang dan dapatkan kelulusan 😆 🥰.
Syarat-syarat kelayakan untuk pemberi (suami) dan penerima (isteri) ialah mestilah seorang ahli KWSP, berumur kurang dari 75 tahun dan perkahwinan didaftarkan bawah undang-udang Malaysia. So yang kahwin lari di negara sempadan dan tak daftar perkahwinan tu, sorry. Anda tak memenuhi syarat kelayakan.
Untuk mendaftar i-Sayang, suami cuma perlu mendaftar masuk ke dalam i-Akaun (ahli) atau pergi ke pejabat KWSP yang terdekat berserta dengan Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang - KWSP 16G (SY) yang telah lengkap diisi.
Selepas pendaftaran diluluskan, KWSP akan membuat potongan untuk gaji bulan depan dan masukkan ke akaun 1 KWSP isteri. Berita baik buat para isteri, caruman ni TAK BOLEH ditarik balik atau dibatalkan melainkan berlaku perceraian atau kematian isteri ✌🏻.
Untuk keterangan lanjut, boleh pergi ke laman web KWSP.
wow menarik! tapi rasanya akaun kwsp suami da sikda apa da, banyak da dikeluar masa pengeluaran awal dolok ya..
ReplyDeleteTok nya sik ambik dari simpanan kwsp sedia ada, tapi tolak dari caruman semasa. Mun daftar bulan tok, bulan depan baru tolak dari caruman gaji bulan depan ke akaun isteri 😄
Delete2% je? Kalau tlepon nak kena charge dah tu!
ReplyDelete2% pun dah ok Uncle hehe.
Deletei tak bernasib baik. sebab dah habis lama keluar dah yg dia punya.
ReplyDeletei-Sayang bukan potong simpanan KWSP yg memang dah dalam akaun 1 suami, tapi masa suami dapat gaji yang seterusnya dan HR carum 9% / 11% gaji suami ke KWSP, 2% dari caruman tu akan pergi ke akaun isteri. Macam tu la kekdahnya 😅
DeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteRezeki tulus ikhlas dari suami untuk isteri.
Alhamdulillah. Skim ni bagi surirumah yang tak layak untuk i-Suri sbb i-Suri cuma utk golongan didaftarkan di bawah eKasih. Sekurang2nya adalah tabungan utk hari persaraan buat surirumah jugak.
DeleteTak boleh batalkan suka-suka…terbaik! Hehe
ReplyDeleteHehe. Letih KWSP nak layan drama rumahtangga kalau boleh suka2 batalkan.
DeleteOoo.. KWSP pulak. Saya dah masuk yang SURI oleh Perkeso tu, Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah, suami sponsor. Yang tu pun, ambil dari caruman Perkeso suami, atau boleh bayar terus untuk satu tahun. :)
ReplyDeleteAah yg ni utk surirumah yg tak layak daftar bawah eKasih. Yang SOCSO punya tu tak register lagi
DeleteBaru ye skim ni? Aritu baru regi yg Perkeso punya skim. Annually RM120.
ReplyDeleteAlhamdulillah makin byk manfaat utk surirumah / isteri 👍
Aah, baru lagi ni PH 😄
Deleteberita baik utk surirumah... mcm potongan kpd isteri askar juga la ni. tiap2 bln siap potong. cuma yg kwsp ni bini2 kena tunggu umur 55 baru buleh ambik kan?
ReplyDeletebetul, masih kena tunggu umur minimum persaraan. Yalah, daripada akaun KWSP tu tak bertambah sejak berhenti kerja untuk jaga keluarga, baik juga dapat 2% daripada income suami untuk top up akaun KWSP si isteri 👍🏻
Deletehmm x de can laa sy dpt i-sayang ni sbb x de suami lg 😁😁😁
ReplyDeletekena cari suami dulu nampaknya tu 😄
Deleteinisiatif yang bagus. duit suami untuk siapa lagi kan kalau bukan isteri
ReplyDeletesetuju 1000%!
Delete