Semalam macam biasa aku ada kelas, jadi Suami Terchenta buat keputusan beli makanan untuk berbuka puasa di bazaar Ramadhan lagi. Khayla beria-ia ajak bapaknya pergi ke bazaar TTDI KL sebab dia ternampak di IG reel ada gerai menjual mac & cheese dalam cheese wheel. Memandangkan aku masih ada kelas, jadi dieorang berdua je la pergi ke bazaar TTDI KL naik motor.

Sampai kat sana, puas la dieorang meronda satu bazaar tu tapi tak jumpa pulak gerainya. Mungkin tak perasan gerai tu sebab keadaan di bazaar tu yang sesak dengan orang ramai.


bazaar Ramadhan TTDI KL
Keadaan di bazaar TTDI KL semalam

Mungkin bukan rezeki Khayla, so semalam dia balik dengan hampa. Tapi adalah jugak hasil tangkapan di bazaar semalam:


mee rebus
Mee rebus telur

sate ayam
Sate ayam

agar-agar
Agar-agar

Kesian pulak Khayla sebab tak dapat mac & cheese yang diinginkan. Bila habis kelas, mulanya aku nak buat sendiri je mac & cheese bakar, tapi makaroni habis pulak. Tengok ada lagi roti Gardenia, sos spaghetti, daging kisar dan cheese dalam peti sejuk, jadi aku pun buat lasagna untuk Khayla.


lasagna bread
Lasagna in the oven!

Nextreview makanan yang Suami Terchenta beli di bazaar Ramadhan TTDI KL:

bazaar Ramadhan TTDI KL
Mee rebus telur (RM7)

Mee rebus - mula-mula aku sangka kuahnya cair sikit tapi turned out ok, just nice. Rasa kuah yang padu, mee kental dan portion pun mengenyangkan. Telur rebus dia bagi sebijik. Cuma mee rebus Suami Terchenta takde hirisan limau (mungkin lupa nak letak). Apapun bagi aku sedap dan worth repeat.

bazaar ramadhan TTDI KL
Sate ayam

Sate ayam - isi daging ayam tebal berbanding sate ayam kelmarin. Satenya cukup rempah dan perisa. Kuah kacang pun sedap jugak, cuma lebih terasa serbuk karinya. Aku lebih prefer kuah kacang yang dibeli di bazaar Jalan TAR. Tapi isi sate ni aku puas hati sikit la makan. 

Pagi tadi Suami Terchenta sakit perut dan cirit. Kiteorang syak sebab sate atau kuah kacang. Kenapa?? Sebab aku dan Suami Terchenta sama-sama makan mee rebus semangkuk sorang tapi aku OK je. Sate pulak aku dan anak-anak makan tak banyak dalam 2-3 cucuk seorang tapi Suami Terchenta makan  dekat 10 cucuk dengan kuah kacang tu. Suami Terchenta cuma minum air kosong dan tak makan agar-agar atau lasagna yang aku buat. 

Huhu. Itulah risiko bila membeli di bazaar Ramadhan, kita tak boleh jangka peniaga tu jenis jujur atau jenis panaskan balik makanan yang tak habis semalamnya tanpa memikirkan akibat kepada pelanggan. Kesimpulannya, tak worth repeat sate ayam tu sebab takut sakit perut lagi ☹️

8 comments:

  1. Alamak...sate dha nampak sedap tapi cirit birit lak ye...dugaan puasa...tudiaaa oranggg....punya la ramai..sempat ke diorang balik berbuka kat rumah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah SA, bagi kat Louis, Louis pun taknak makan 🤣

      Delete
  2. bazar ramadhan TTDI ni mmg rmi btul org..retis pun rmi..bole tahan sesak ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat sesak. bila sesak mcm ni, makanan yang dijual pun tak nampak sbb terhalang oleh org ramai kat depan kita.

      Delete
  3. dah lama teringin nak g bazar TTDI ni tp mcm biasalah smpi ke sudah tak pergi jg hahaha

    mungkin sate tu kot yg jd punca. takut dia jual balik sate semalam... haihhh manusia niiii... tau nak untung jeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khayla la dok pujuk2 bapak dia lepas tengok mac n cheese viral tu kat IG hehe. Bapak dia pulak jenis yang cepat cair bila anak2 pujuk, ikutkan aje padahal jauh sebenarnya TTDI ni dari area kiteorang.

      Delete
  4. bazaar ramadan kayangan..nmpk kat tik tok, mac n cheese depa letak dalam buah kelapa...nampak sempurna je sate ayam & kuahnya...tak sangka boleh mengakibatkan cirit-birit...depa mesti recycle mana2 yg byk tak habis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin jugak, atau ada sate yg tak masak sempurna ke. Wallahualam, tu pun tak berani nak confirm kan mmg sate / kuah sate tu yg buatkan dia sakit perut dan cirit-birit.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .