Festival Taman Kuala Lumpur (KL Park Festival) 2023 - Part 1
Semalam Suami Terchenta ambik cuti ganti sebab dia bekerja hari Sabtu dari malam sampai ke pagi. Alang-alang dah cuti, aku ajak dia ke Festival Taman Kuala Lumpur 2023 di Taman Tasik Titiwangsa. Hari ni cuaca panas lit-lit! Walaupun hari Isnin hari bekerja, tapi parking kereta penuh sampai ramai yang terpaksa park kereta di bahu jalan atau mana-mana tempat yang ada ruang. Kami park jauh sikit, seberang Ruma Puteh Titiwangsa. Terpaksa bawak payung sebab panasnya terasa macam matahari sejengkal atas kepala.
|
Dari luar dah nampak papan tanda besar Festival Taman KL |
|
Gerbang masuk dari sebelah Istana Budaya |
|
Peta pelawat juga terpampang sebelum pintu gerbang |
Tasik Titiwangsa betul-betul berubah wajah sempena KLPF. Kalau tak disebabkan cuaca yang berbahang ni, boleh fefeeling jalan-jalan kat taman di luar negara. Kalau baca kat website ni, Festival Taman Kuala Lumpur merupakan cetusan idea Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berikutan kejayaan “KL Orchid and Bonsai Show” (KLOBS) sebelum ni.
Tapi memang sumpah lawa hiasan bunga dan tanaman kat sini.
|
Bunga orkid berwarna-warni macam kat taman orkid pulak |
|
Bangku disediakan khas untuk ambik gambar landskap di belakang tu |
|
Peminat bunga boleh belek-belek bunga sambil bergambar. Jangan bawak balik sudah! |
Kat beberapa tempat pulak kiteorang nampak hiasan berwarna-warni digantung agaknya untuk pengunjung-pengunjung yang minat berselfie.
|
Serupa macam loceng angin (wind chimes) |
First stop kiteorang ialah Mystical Titiwangsa. Kat khemah kiri kanan ni ada menjual banyak pokok dan bunga yang viral macam pokok keladi, begonia, orkid, ros dan macam-macam lagi. Aku siap FaceTime mak tunjuk kat dia begonia yang dijual kat sini, kemain mak excited.
|
Orkid kat sini lawa semuanya |
|
Ramai orang macam kiteorang jugak tengok bunga sambil pegang payung sebab cuaca panas giler |
|
Ada buaian di hujung khemah berlatar belakangkan perkataan Mystical Titiwangsa |
Sampai kat hujung ni, ada khemah besar bertutup. Moh ler kita masuk tengok apa ada kat dalam:
Dalam ni sejuk sikit ada aircond. Dalam ni pun ada pokok macam kat luar tapi lebih kepada paku-pakis, pokok dedaun, succulent, etc.
Terbeliak mata kiteorang tengok harga pokok kaktus gergasi ni:
|
Golden barrel cactus harga RM38k! Harga sebijik Axia baru! |
Lepas tu aku jumpa lagi spesies begonia kat sini, terus aku ambik gambar hantar kat mak sebagai pengumpul koleksi begonia tegar:
rambang mata sungguh ni semuanya cantik2..tapi saya kalau beli ni balik confirm mati,jenis tangan panas padahal tukang siram je pun pokok segar boleh layu
ReplyDeletesama la kita ni Afzan. Sbb tu saya tak bawak balik apa2 walaupun ada jugak berminat hehe.
Deleteya Allah...kalau ikot dekat je haaa....tp nye ibu PJJ + mmg surrender jln KL nie...xpelah..kita abaikan je lah..moh kita balik kg jelah wiken nie...hihihi
ReplyDeleteKlu weekend mesti ramai giler orang lagi2 weekend ni penutup. Tgk gambar je la ye hihi
Deletecantikk..kalau gi weekend, mesti crowded ni...
ReplyDeleteitulah, hari Isnin pun dah ramai org sampai susah nak cari parking.
DeleteAduh!! Meriah bunga bungaan.. Memang sejuk mata memandang..
ReplyDeleteKlu Sha masih di KL boleh drop by Tmn Tasik Titiwangsa ni sbb menarik rasa mcm jalan2 kat overseas pulak. Boleh ambik monorel / LRT ke stesen Titiwangsa. Ada bas shuttle khas untuk ke festival ni.
Deletetengok gambar2 ni otak sy terus teringatkan Floria😂😂 macam sama tapi bukan dia😂
ReplyDeleteFloria lagi meriah dgn bunga rasanya. Tak sempat pergi tahun lepas.
DeleteCantiknya Tasik Titiwangsa. Suami ada ajak hari tu, ingatkan,setakat jualan pacak khemah biasa biasa je. Konon malas bersesak. Hahah.
ReplyDeleteBanyak benda menarik boleh tengok kat sini. Kalau peminat bunga boleh beli bunga sbb tgk ramai yg memborong pokok bunga. Weekend ni confirm sesak Taman Tasik Titiwangsa.
DeleteMak oiii RM38K...harga sebiji Axia ha....matilanak...tapi ad ake ornag beli? SA teringin nak tanam pokok bunga ros..tapi macam biasa la..Pak Zain cakap x leh makan pun...terus dia hijack...
ReplyDeleteHahaha! Tak leh makan terus Pak Zain taknak tanam ye. Lawak pulak Pak Zain ni.
DeleteWah! Kena pecahkan tabung dinasour ni kalau nak beli cactus boy harga 38K!
ReplyDeleteMenariknya ada festival gini! Walau tak mampu beli, tapi boleh cuci mata. Tenang jiwa.
ReplyDeleteYang RM38k tu camne la dia buat kira2 ek? 😅