Sedar tak sedar, dah masuk bulan Mac. Aku baru perasan yang cerita ni masih lagi dalam draft post. Sebelum masuk bulan puasa, ayuh la siapkan kihkih.
Bulan lepas punya cerita, jadi tak basi sangat la kan? Macam biasa bila BFFTJ aku (yang pakai tudung biru tu) turun KL, acara wajib ialah makan-makan sambil dengar dieorang ni bergosip-gosip hal-hal di ofis. Kali ni baru la Nurul dapat hajat dia nak makan di Two Sons Bistro. Lebih meriah sebab 2 orang kawan kiteorang pun last minit dapat join sekali.
Memandangkan janji pukul 6 petang, aku terus gerak ke KLCC lepas ambik anak-anak di sekolah. Sampai je kat KLCC, kiteorang singgah ke surau dulu untuk solat Asar lepas tu baru naik ke tingkat 4 nak ke restoran ni.
Bila makan-makan ni wajib la selfie hantar dalam group geng ofis |
Ni la menu yang Nurul mengidam sangat nak makan - butter cream chilli clams (RM30 - small pot) dengan ban mantou goreng. OK la bagi aku, not bad. Sesuai untuk kongsi ramai-ramai:
Butter chili clams dengan mantou goreng (mantou ekstra RM8 untuk 4 ketul) |
Anak-anak pulak nak makan pizza pepperoni (RM35) dengan chocolate lava cake sekali sebab first time Khayla makan sebelum ni, dia rasa sedap.
Chocolate lava cake (harga tak ingat) |
Kesudahannya, pizza tu dieorang tak habiskan pun. Mungkin sebab kejunya tak meriah. Khadeeja komen pepperoni tu pedas sikit. Aku makan sekeping, rasanya biasa-biasa je.
Sebenarnya highlight menu kat sini ialah butter cream chilli clam dengan mantou goreng. Selalu kawan-kawan aku order menu ni je dah cukup. Mini mantou bun tu satu pinggan tak cukup. Kena order 2-3 pinggan baru puas hati makan.
Tercapai hasrat Nurul hendak makan kepah krim pedas.
ReplyDeleteSekarang ini surau KLCC terletak di mana?
Aah akhirnya... Surau KLCC masih lagi di aras Concourse belakang Garrett Popcorn tu.
Deletemakan sakannns., hehe meriahnyer uoools
ReplyDeletebila jumpa kawan2 mmg makan la aktiviti utamanya Wak hehe
DeleteWah...best la jumpa kawan2 and makan makan kan...nampak sedap plak clams tu...okey boleh masuk wishlist ni
ReplyDeletesedap la jugak, tapi klu nak datang sini ajak la En. Tunang & Damia sbb portion byk tu.
Deletemenarik juak ya mantou makan dengan butter cream chilli clam, kamek pernah mantou makan dengan kari jak pun da nyaman...apatah lagik mun upgrade kedak ya owhh
ReplyDeletemun makan di kedai seafood, mantou makan dgn kuah ketam masak cili atau masam manis pun nyaman...
Deleteseronok kan jumpa kawan2
ReplyDeletemesti byk cerita
Byk mendengar keluhan dieorang pasal hal2 di ofis je ciknor hehe.
Deletesedapnya..ratah2 butter chili clams...mkn dgn nasi pun ok rasanya..
ReplyDeleteBetul, klu makan di rumah ni memang pilih makan dengan nasi.
Deletechili clam tu boleh upgrade ke bigger pot tak? kalu sy tu mcm x ckp je😁
ReplyDeleteboleh pilih pot besar ke kecik anies. Pot besar dalam RM50 klu tak silap.
Delete