Semalam di SOGO KL, aku dengan anak-anak singgah makan tengahari di foodcourt. Foodcourt SOGO KL sesak dengan orang ramai memandangkan sekarang cuti sekolah. Mujur kiteorang dapat meja kosong dekat dengan air terjun tak payah tawaf 2-3 kali. Selepas makan, kiteorang kemas meja dan gerak ke tingkat atas.

Apa yang menarik perhatian aku ialah bila lalu sebelah beberapa meja yang ditinggalkan selepas makan dalam keadaan begini:


Biasakan diri mengemas meja selepas makan


Dan begini:


Biasakan diri mengemas meja selepas makan

Apa kata ubah tabiat tinggalkan meja dalam keadaan kotor / bersepah dan biasakan diri mengemas meja selepas makan? Sebenarnya ini sifat orang yang kemas meja selepas makan:

  • Mempunyai peribadi yang sukakan kekemasan (tidiness). Biasanya orang yang kemas ni dia terbawa-bawa tabiat yang kemas dari rumah. Nak tau orang tu jenis macamana kat rumah, tengok apa dia buat selepas makan. Kalau sejenis yang tinggal je macam tu, besar kemungkinan di rumah pun lepas makan sama ada dia tinggal je meja makan bersepah atau longgok je pinggan kotor dalam sinki. Selalu tak dengar kisah horror rumah sewa? Keluar rumah bukan main lawa, makeup tebal dan wangi menusuk hidung tapi sebenarnya pengotor? Nak ke dicop orang yang macam ni bila tinggalkan meja makan dalam keadaan bersepah?
  • Melambangkan didikan ibubapa yang baik dan berdisiplin. Pernah sekali aku terpandang sekumpulan remaja lelaki selepas makan dieorang bangun dan kemas meja sendiri. Aku rasa kagum sebab nampak kan didikan mak ayah dieorang macamana di rumah?
  • Hatinya baik. Walaupun dia tau akan ada pekerja yang akan datang kemas meja, tapi dia masih nak tolong kemaskan jugak. Dia jugak nak pastikan meja yang ditinggalkan bersih untuk keselesaan orang selepas dia. Kan kebersihan ni sebahagian dari iman?

Di sesetengah tempat contohnya di IKEA, ramai yang dah mula kemas meja selepas makan. IKEA tampal notis besar-besar dalam restoran mohon kerjasama supaya kemas meja sendiri dan sambil makan pun pengunjung akan dengar pengumuman yang sama. Lama-lama kita nampak orang mula ikut dan kemas meja sendiri subconsciously. Pandai kan IKEA psycho pelanggan?

Sebenarnya mengemas meja selepas makan ni tak susah mana pun. Memandangkan sekarang dah masuk tahun 2023, apa kata kita ubah mentaliti dan tabiat kita bila makan di tempat awam? Barulah terserlah imej rakyat Malaysia as first world citizen. Setuju tak?

18 comments:

  1. Kami sekeluarga biasa kemas meja selepas makan. Ada sesekali apabila kami sedang kemas, pekerja restoran cepat-cepat datang dan halang kami berbuat demikian. Tabiat kemas meja selepas makan memang patut diamalkan di mana-mana tempat makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak rugi jadi orang yang pengemas kan Kak Amie. Kalau semua orang amalkan benda tu akan jadi sesuatu yg normal.

      Delete
  2. Kami pun setiap kali lepas mkn di luar sblm tgglkan meja akn kemas blk meja tu bg memudahkan urusan mereka. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus macamtu Ibu Aqil, kita mudahkan urusan orang lain, Allah permudahkan urusan kita Insha Allah.

      Delete
  3. Segan rasanya kalau lepas makan di luar tinggalkan meja kotor dan bersepah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa segan tu sama je klu org dtg rumah tgk rumah kita bersepah huhu

      Delete
  4. betul...saya dan husband akn kemas susun pinggan n gelas kat tepi meja...siap lap meja dengan wet tisu...(tu selalu ada dalam beg)...
    Sebagaimana kita nak duduk di meja yg bersih..macam tu la orang lain..Even kalau makan dalam group pun sama...need somebody to start bersihkan meja...ala..tak jatuh pun standard kita..
    kita mudahkan urusan orang,,inshallah allah permudahkan urusan kita..
    Tapi saya kadang2 tak boleh brain macamana orang makan bersepah2 atas meja sampai ada jatuh kat bawah meja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeaa kita geng! saya pun buat benda sama, sampai anak2 pun ikut kemas jugak lepas makan 😊

      Delete
  5. bila selalu buat, lama2 jadi kebiasaan...sakit mata tgk meja bersepah, tak kemas lepas makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu nohas. bukan lama sangat pun nak kemas & bawak pinggan kotor tu ke tempat pengumpulan.

      Delete
  6. Betul tu carneyz...kena ubah...kita mudahkan kerja orang orang mudahkan keperluan kita kan...SA dan Dania memang dari dulu akan kemas lepas makan..waima makan gerai2 biasa je..sekarang dah berjangkit dengan Pak Zain dan Mak Pah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan SA, benda ni pun saya amalkan sebab mak saya buat, lepas tu giliran anak2 saya pulak ikut tabiat saya.

      Delete
  7. Replies
    1. Alhamdulillah, bagus ajaran umi sis tu 🌸

      Delete
  8. kalau dr rumah dh diamalkan utk mengemas meja selepas mkn jd benda tu akan jd terbiasa walaupun mkn di luar

    ReplyDelete
  9. tak salah sikap yg baik yg kita buat kt rumah dibawa smpi ke luar supaya dpt tunjuk contoh teladan kpd yg lain. kita jg dpt mudahkan kerja org lain

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .