Hari ini kami sekeluarga dikejutkan dengan berita duka pemergian anak saudara kami iaitu anak sepupu aku dalam keadaan yang menyayat hati. Menurut berita yang kiteorang terima, isteri sepupu masa tu nak hantar anak dia (arwah) ke taska. Baru nak keluar, dia teringat kunci rumah jadi dia keluar sekejap tinggalkan arwah dalam kereta. Dah tertulis ajal arwah, kepala dia tersepit kat power window kereta dan meninggal dunia dalam usia yang begitu muda.
Ya Allah, berikanlah kekuatan buat keluarga sepupu dan isterinya untuk menerima ujian yang begitu hebat ini pada bulan Ramadhan. Sesungguhnya Engkau Maha Mengasihani hamba-hamba-Mu, kasihanilah mereka dan ringankan duka dan rindu yang ditanggung mereka terhadap anak yang telah dijemput bermain di syurga-Mu. Kurniakanlah rezeki zuriat untuk mengganti tempat anak yang telah pergi. Ameen Ya Rabbal Alameen...
Teringat peristiwa Khayla pernah hilang sekejap. Ya Allah, aku hampir-hampir pengsan, pandangan terus terasa gelap dan dunia berpusing-pusing! Ini kan pula kehilangan anak buat selama-lamanya. Salam takziah buat keluarga sepupu, Allah lebih menyayangi arwah anak. Terkilan sebab anak saudara lahir masa PKP tapi disebabkan aku pindah ke KL dan tahun lepas beraya di kampung mertua jadi kiteorang langsung tak pernah berjumpa dengan arwah anak saudara ni selepas PKP.
Innalillahiwainnailaihirajiuunn.
ReplyDeleteSebak! Moga mereka akan bertemu kembali di syurga Allah.
Terima kasih Kak Amie. Ameen YRA.
DeleteInnalilah.. takziah puan. Pengajaran utk saya yg ada anak kecil juga ni.
ReplyDeleteTerima kasih sis. Kalau boleh bila ada urusan kena tinggalkan anak2 dlm kereta sekejap, bukak tingkap sikit bagi angin masuk dan matikan enjin. Tapi tu la kadang2 kita terlupa sbb byk benda yg going on dlm kepala / nak cepat. Semoga ibu arwah redha dgn pemergian anaknya yg masih kecik.
DeleteAllahu..sedihnya, takziah kpd sepupu Carneyz..moga mereka tabah..
ReplyDeleteTerima kasih nohas. Saya pun terkesan sbb sepupu dan isteri ada 2 orang anak perempuan (anak sulung dan arwah) sama macam saya.
DeleteAllahuakbar sedihnya moga ibuayah diberi ketenangan dan kekuatan dgn ujian Allah ni..
ReplyDeleteSedih kan. Tapi semoga pemergiannya di bulan yg baik dan hari yg baik (Jumaat) mengubat duka sepupu dan isteri dalam menghadapi kehilangan ni.
DeleteAllahu!! Sedih eh.. cmne ndak perasaan maknya nangga anaknya tersepit di penjan kereta ya
ReplyDeleteYalah, sik dpt imagine juak kmk 😭 Mesti trauma isteri cousin ya.
DeleteInna lillah wa inna ilayhi roji’un. Takziah buat seluruh ahli keluarga. Sedihnya…moga Allah kurniakan kekuatan buat ibu ayahnya.
ReplyDeleteTerima kasih Kak Ujie. Ameen YRA
DeleteInnalilahi wainnailaihi rojiun. Ikut sediiih sangat baca nya kak. Saya pernah merasakan kehilangan anak, jadi tau sangat seperti apa rasanya. Semoga sepupu kakak bisa ikhlas dan diberikan kekuatan selalu ❤️
ReplyDeleteAllahuakhbar. Takziah ya Fanny. Ibu bapa yang diuji dgn kehilangan anak ni mesti kuat orangnya. Beruntung ada anak2 penghuni syurga bakal menarik kalian masuk ke syurga sekali Insha Allah. Ameen YRA atas doanya.
DeleteAllahu akbar... sedihnyaaa bila kehilangan sebegitu... salam takziah buat keluarga sepupu sis. Alfatihah buat arwah...
ReplyDeleteTerima kasih anies.
DeleteInnalillahiwainnailaihirajiuunn... so sad
ReplyDeleteYang hidup pasti akan mati, cuma pemergiannya rasa terlalu awal tu yg buat semua org sedih dan terkejut.
DeleteSalam takziah utk sepupu sis & seluruh keluarga.
ReplyDeleteSedihnya tapi itulah takdir yg tertulis. Mudah-mudahan kedua ibu ayahnya diberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian besar ini 🤲
Ameen YRA 🤲🏻
Deletesalam takziah...alfatihah utk ank sepupu..smoga familynya tabah
ReplyDeleteTerima kasih mama tisya.
DeleteAllhuakbar...innalillahiwainnailaihirojiun....alfatihah..semoga sepupu Carneyz diberikan ketabahan dan semangat yang kuat
ReplyDeleteAmeen YRA 🤲🏻
Delete