Hari Selasa minggu lepas kiteorang buat permohonan untuk tukarkan sekolah Khayla ke sekolah yang dekat dengan rumah ni. Sebabnya minggu tu pelajar yang memohon masuk ke SBP dan MRSM dah dapat tawaran jadi barulah ada kekosongan. 


Permohonan diluluskan oleh PPD Sentul


Bersyukur sangat Khayla dapat sekolah yang kiteorang nak masa mula-mula apply dulu. Sebabnya sekolah yang sekarang ni boleh tahan sesak nak ke sana dari rumah kiteorang. Kalau terlewat keluar pagi-pagi boleh sangkut 30-40 minit baru dapat keluar ke jalan menuju sekolah Khayla. Dah sampai di sekolah, satu lagi cabaran sebab jalan utama masuk ke sekolah tu sempit dan sesak dengan pelajar berjalan kaki dan kenderaan dari kedua-dua belah arah. Kalau cuaca baik, boleh la Suami Terchenta hantar naik motor, tapi kalau cuaca hujan agak susah nak hantar dan ambik.

Sekolah yang baru ni tingkatan satu belajar pada sesi petang. Pagi tadi Suami Terchenta ambik cuti sebab malam tadi dia kerja, jadi dia temankan aku pergi hantar borang pertukaran sekolah yang dah diluluskan oleh PPD minggu lepas ke sekolah sekarang dan ambik fail pelajar untuk diserahkan ke sekolah baru.

Lepas tu kiteorang singgah pulak ke sekolah baru beli buku latihan sebab minggu ni dah start belajar. Ada beberapa buku yang out of stock, harap-harap cikgu tak mintak dieorang pakai dalam waktu terdekat. Harga buku semuanya dekat-dekat RM180. 

Dah selesai semua urusan, kiteorang balik ke rumah. Tengahari tu, Suami Terchenta hantar Khayla mendaftar di sekolah baru. Cuak je muka anak dara aku ni, tapi aku tau dia excited sebab dia memang nak ke sekolah ni.


Hari pertama di sekolah baru

Apapun, semoga Khayla lebih bersemangat belajar di sekolah ni, dan semoga dia jumpa kawan-kawan yang baik di sini. Chaiyok Khayla! 😘

24 comments:

  1. Alhamdulillah!
    Moga Khayla dapat sesuaikan diri kat sini dan dapat belajar dengan baik.
    Muka cuak tu normal la kan…persekitaran baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan, dia kata sbb dia introvert so dia nervous bila jumpa org2 baru hehe

      Delete
  2. alhamdulillah...mudah bila dapat tempat yang kita nak..senang nak atur langkah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... tu la bila Jabatan Pendidikan WP KL letak di sekolah yang lama tu, susah hati jugak sbb mmg dah terbayang pukul brp kena gerak dari rumah lepas tu kena hantar anak no. 2 pulak. Bila dapat pindah dekat dgn rumah rasa syukur sangat sbb lebih senang nak uruskan hantar dan ambik dari sekolah.

      Delete
  3. Semoga terus majujaya selamanya...

    ReplyDelete
  4. Selamat belajar di tempat baharu Khayla.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Amie. Smlm tanya kat dia macamana sekolah baru, dia kata penat sikit sebab kelas kat tingkat atas sekali 😅

      Delete
  5. Alhamdulillah dipermudahkan urusan. Semoga terus berjaya Khayla di sekolah Baru bersama kawan kawan Baru 🤩

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah rezeki Carneyz & Khayla.. belajar rajin² ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Aini. Khayla masih tgh menyesuaikan diri di sekolah baru.

      Delete
  7. Alhamdulillah rezeki Khayla, syukur.
    Belajar rajin2 ye :)

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah rezeki ramadhan...moga baik2 saja ye khayla di sekolah baru

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, dapat pindah sekolah lebih dekat. Sekolah sesi petang rasa sekejap je. Lagi-lagi, hari Jumaat. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, haah sekolah sesi petang macam lebih tenang sikit nak menghantar / ambik hehe

      Delete
  10. selamat belajar khayla. dah dekat dgn rumah ni tentu lebih bersemangat lagi. chaiyok! chaiyok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari kedua masih kekok,tapi semalam dia kata dah kenal 4-5 orang kawan baru jadi hari ni dia ceria je ke sekolah. Balik nanti dia kata nak try jalan kaki balik ke rumah hehe.

      Delete
  11. Alhamdulillah, dapat sekolah dekat rumah, ibubapa x stress nak hantar..tapi macam kenal je sekolah ni...hihi..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .