Minggu lepas aku ternampak iklan Camp 5 di KL East Mall. Eh, macam menarik. Lagipun masih ada harga promosi RM35/seorang kalau nak bawak anak-anak cuba aktiviti ni. So apa lagi aku pun book la slot untuk sejam. Ni kali pertama dieorang mencuba wall climbing


Aktiviti Wall Climbing di Camp 5 @ KL East Mall
Kawasan Play Climb untuk budak-budak je baru bukak di aras G3, Climb area untuk dewasa bakal dibuka tahun ni

Sebelum datang ke sini kena pastikan anak-anak pakai pakaian sukan dan kasut bertutup macam kasut sukan. Kasut tu kena ada tapak getah dan ada ‘grip’ untuk memudahkan dieorang memanjat. Datang 15 minit awal sebab nak kena pasang body harness dan helmet keselamatan sebelum aktiviti memanjat.


Aktiviti Wall Climbing di Camp 5 @ KL East Mall
Anak-anak tengah beri tumpuan masa penerangan cara pasang harness

Aktiviti Wall Climbing di Camp 5 @ KL East Mall
Guide akan buat demonstrasi cara pasang harness sekali


Aktiviti Wall Climbing di Camp 5 @ KL East Mall
Masing-masing excited nak masuk kawasan wall climbing ni

Lepas dah pasang safety harness dan helmet, barulah dieorang boleh masuk. Taklimat kedua ialah tentang cara-cara memanjat dengan selamat dan turun menggunakan teknik belay. Setel dengar taklimat baru la boleh panjat.


Aktiviti Wall Climbing di Camp 5 @ KL East Mall
Fokus dengar penerangan cara-cara memanjat dengan selamat

Struktur wall climbing atau bouldering ni mengikut tahap - dari paling senang di sebelah kanan ke paling susah di sebelah kiri dinding. Tak payah risau dieorang terlepas pegang atau tersilap langkah sebab ada autobelay yang dipasang kat badan dieorang, jadi bila dieorang ‘terjatuh’ atau nak turun dieorang just lepas je pegangan dan turun dengan selamat.


Aktiviti Wall Climbing di Camp 5 @ KL East Mall
Khadeeja(tudung putih) lincah aktiviti memanjat ni, sekejap je dia progres dari tahap senang ke susah

Bila dah penat panjat dinding, dieorang cuba panjat tali pulak. Dua-dua panjat sampai boleh sentuh siling baru dieorang lepas tangan dan perlahan-lahan turun.


Aktiviti Wall Climbing di Camp 5 @ KL East Mall
Yang ni agak senang jugak sebab dua-dua boleh panjat sampai ke siling

Next one, dieorang cuba panjat bongkah kayu ni pulak. Yang ni sangat mencabar. Tengah-tengah jalan, Khayla give up dan turun. Khadeeja lambat sikit putus-asa sebab personalitinya yang tak akan give up dengan senang. Orang Sarawak kata - agi idup agi ngelaban (selagi hidup, selagi tu berjuang). 


Aktiviti Wall Climbing di Camp 5 @ KL East Mall
Percubaan kali ke-berapa entah ni

Aktiviti Wall Climbing di Camp 5 @ KL East Mall
Akhirnya berjaya sampai ke atas!

Lepas satu-satu dia conquer, dia cuba pulak batang kayu ni. Rasanya 2-3 kali jugak dia jatuh tapi dia panjat balik sampai berjaya ke atas 👏👏


Aktiviti Wall Climbing di Camp 5 @ KL East Mall
Khadeeja yang tak kenal erti putus-asa

Cuma dua tempat je Khadeeja terpaksa give up sebab dah habis masa - hujung dinding sebelah kiri memang yang paling mencabar dan memerlukan stamina yang tinggi nak panjat. Sampai instruktor kat situ pun cakap, 'Kak, dia ni kuat ye boleh panjat tempat susah ni. Kalah budak lelaki (ada 2 orang budak lelaki yang join jugak masa tu, dua-dua naik sampai atas lepas tu stuck lama jugak tak berani nak lepas tangan turun ke bawah)'.

Aku rasa aktiviti ni lebih sesuai dengan Khadeeja compare dengan Khayla. Khayla tak minat sangat aktiviti adventurous ni, sebab tu dia lebih selesa stick to apa yang dia dah berjaya buat. Mostly dia cuma panjat dekat tempat yang dia tahu dia boleh sampai ke siling. Berlainan dengan Khadeeja, dia suka cabar diri-sendiri untuk conquer tempat baru yang lebih mencabar. Selagi dia tak dapat sampai ke atas, selagi tu la dia akan terus berusaha.

Play Climb area di Camp 5 ni dibuka kepada semua yang berumur 4 tahun ke atas dan mempunyai berat minimum 10kg. Kalau datang ke sini, bawak baju spare sebab confirm lencun berpeluh-peluh lepas sejam buat aktiviti ni. Kat laman web Camp 5 ni ada bagitau tempat mandi lengkap air panas ada disediakan tapi sebab tak bawak baju spare dan tuala jadi aku malas nak tanya.


Camp 5 @ KL East Mall
Waktu operasi: 10 pagi - 10 malam (Isnin - Ahad)
Tempah slot masa: https://www.camp5.com/kleast/

8 comments:

  1. wah bestnya..aktiviti yg menariks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la MA, tgk masih rate promo apa lagi bawak la dieorg ke sini hehe. Drpd asyik menghadap Roblox je kat rumah ni.

      Delete
  2. wahhhh go girls💪💪💪💪 boleh laa ajak daki gunung kinabalu lps ni. jommm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik tu boleh ajak daki Gunung Kinabalu, stamina dia lebih power dari mak dia :P

      Delete
  3. Hebaaat Khadeejaa 🎉🎉. Bukan gampang panjat begini, butuh tenaga dan kekuatan tangan juga kaki. Orang dewasa pun belum tentu bisa.

    Tapi saya suka Medan panjat di camp 5 ini kak. Soalnya unik dan bermacam2. Tak hanya wall climbing. 👍. Saya pun jadi teringin nak manjat 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak2 ni mmg kuat stamina fanny, tak macam mak dieorang hehe. Saya gayat tempat-tempat tinggi ni.

      Delete
  4. Syabas Khadeeja! byk jenis yg boleh dipanjat....dulu2 akk panjat pokok jambu je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. kat bintulu dulu ada la jugak pokok belakang rumah untuk dipanjat. Kat KL ni nak panjat kena bayar dulu hihi.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .