Salam Rabu semua! Buat warga KL, selamat menyambut Hari Wilayah ye. Best nya hari ni Suami Terchenta cuti, boleh la ajak breakfast di luar hari ni.
Berbalik kepada gambar yang aku ambik masa kami dalam perjalanan ke Teluk Batik ni, tiba-tiba rasa rindu sangat dengan rumah arwah atok di kampung masa zaman aku kecik dulu. Walaupun berbeza sikit rekabentuknya tapi lebih kurang sama.
Di depan rumah atok ada sebatang pokok bunga janda kaya. Sentiasa lebat berbunga. Tingkap rumah atok jenis tingkap kayu macam gambar ni:
Kredit foto: propertyguru.com.my |
Perabot pilihan masa tu ialah perabot rotan. Nenek pulak ada banyak koleksi bekas tembaga. Bercakap tentang perhiasan tembaga, adat orang dulu-dulu, hantaran perkahwinan wajib bagi bekas dan perhiasan tembaga. Semakin tinggi status keluarga perempuan, semakin banyak bekas tembaga yang kena diberi. Nenek saudara iaitu adik atok selalu bercerita yang keluarga kami ialah dari keturunan Maharaja Tugau. Betul atau tak, wallahu'alam. Aku selalu anggap Maharaja Tugau sekadar mitos masyarakat kami.
Cuma yang aku ingat masa keluarga Suami Terchenta datang merisik, atok ada mintak hantaran bekas tembaga jugak sesuai dengan status bangsa sembilan pikul, tapi keluarga belah lelaki tak faham sebab kami berlainan kaum (Suami Terchenta orang Melayu Sarawak, aku pulak Melanau). Aku pun takde la nak ikut sangat adat end up, tak dapat la hantaran bekas tembaga 😂 Berlainan dengan sepupu aku, dia kena sediakan hantaran mengikut status bangsa tujuh beritih.
Dulu masa arwah atok dan nenek masih hidup, semua anak-anak mereka akan balik berkumpul masa Hari Raya. Masa ni seronok, masuk waktu tidur je kami bentang toto dan tilam nipis beramai-ramai di ruang tamu. Kalau hari panas, tidur sambil bukak tingkap. Bila ahli keluarga bertambah, atok ubahsuai rumah buat tingkat bawah supaya setiap keluarga ada bilik masing-masing. Lagi satu untuk memudahkan atok dan nenek, sebab masa ni dieorang dah mula sakit-sakit lutut tak boleh naik turun tangga lagi. Dapur pindah dari tingkat atas ke tingkat bawah. Bilik air pun pindah ke tingkat bawah.
Arwah nenek meninggal dunia pada 1 Januari 2003. Arwah atok pulak meninggal dunia pada 5 Jun 2011, sama dengan tarikh lahir aku 😢
Sekarang ni rumah kampung dah semakin usang. Anak-anak dan cucu-cucu pun dah jarang balik sejak atok dan nenek meninggal dunia. Cuma Pak Usu dan Mak Ngah je yang rajin balik menjengok Mak Udak yang tinggal di rumah pusaka tu. Ada masanya, aku rindu suasana masa kami kecik dulu. Rindu berkumpul di meja makan beramai-ramai. Rindu berbuka puasa dengan bubur kapur sedap di kampung. Paling aku rindu, arwah atok dan nenek. Semoga mereka tenang di alam sana.
kenangan masa kanak2 yg x dpt dikembalikan.. aminn
ReplyDeletebetul Wak, sedih jugak sebab anak2 tak merasa berkumpul ramai2 di kampung dgn sepupu2 sbb mak & bapak saya duduk di kawasan bandar, adik-beradik saya pulak ramai tak kawen lagi jadi takde sepupu rapat macam kiteorang dulu.
DeleteJauh juga jarak arwah atuk & nenek tu pergi eh?
ReplyDeleteaah, arwah nenek tak sempat jumpa cicit2 tapi arwah atok sempat jumpa 2 orang cicit sebelum dia pergi.
DeleteMelanau belah ni ktk Carneyz?
ReplyDeletebapak kamek orang Igan hehe. kitak melanau juak ka?
Deleteseronoknya cuti org KL hari ni kan....
ReplyDeleteiyer, zaman dulu kecik2..balik kampung tu perkara yg paling best & paling dinantikan...now anak2..kampung pun kat taman, x merasa la suasana kampung tu kan
merasa waktu balik raya je, tapi tak sama macam dulu. kalau balik pun takde geng nak ajak bermain
Deletesedih juak hati kamek mbaca entri tok..dapat kamek bayangkan suasana rumah arwah atok kitak satu masa dolok...Allahu...kenangan indah..rumah pun kacak mun kedak dalam gambar ya...terus teringat arwah nek n mayeng kamek juak...
ReplyDeleteYalah terus jaik ati kmk ngenang masa kecik2 dolok, rapat lalu kmk org dgn sepupu2 masa makyeng dgn pakyeng kmk org gik masih. Kinek tok sidak dah sikda, masing2 ngembak dirik masing2. Jarang2 dah berkumpul ramai2 kecuali mun ada pengilan.
DeleteMengimbau kenangan silam memang sentimental dibuatnya
ReplyDeleteBetul tu sis. Gembira dan sedih bercampur-baur.
Deletenasib rumah melayu lama....kalau x de siapa jg mmg naiklah segala lalang. kt kg sy byk rumah melayu mcm ni. anak2 dah ddk bandar. org tua dah meninggal. at the end rumah pusaka tggl mcm tu je. kalau yg bgs diorg buat homestay. tp tu laa maintenance tggi nk buat homestay ni lbh2 lg rumah kayu
ReplyDeletesayang kan. klu kat jepun, siap ada perkampungan tradisi utk preserve rumah2 tradisi yg memang penduduk tempatan tinggal kat situ.
Deletetu laa... masalahnya org kita tak mcm tu. kalau 'habis', habislah. kalau tak... terbiar smpi ke sudah...
DeleteKenangan silam kan..dan rindu pada yang telah tiada...pokok bunga janda kaya,..mcam mana rupa tu...jap nak google...
ReplyDelete