How To Instantly Feel Better
Sumber: Reddit


Aku terjumpa tips macamana nak bagi mood jadi lebih baik. Yalah, mood kita ni naik dan turun setiap masa. Bila mood terjunam, kadang-kadang tak tau macamana nak bagi elok balik kan. End up bukak Shopee, bukak Tiktok lepastu sedar-sedar dah terbeli barang yang tak perlu pun, atau emotional shopping. Tak pun  emotional eating makan junk food sebab nak bagi mood happy balik. Aku macam ni la masa bekerja dulu, kalau stressed dengan masalah kerja je order GrabFood. Beli kek la, beli aiskrim la, beli kopi la. Dalam setahun lepas aku pindah ke KL, berat aku naik 10kg sebab KL ni syurga makanan!

Kalau ikutkan tips ni, bila stressed, cara nak bagi mood elok balik ialah dengan keluar berjalan-jalan. Tapi kan, jangan la pergi berjalan kat dalam shopping mall pulak takut end up emotional shopping. Kena la cari taman ke atau pergi hiking pun boleh release stress. Orang zaman sekarang kalau stress pergi healing jalan-jalan kat negara orang atau pergi camping. Ikut la nak jalan-jalan ke mana pun asala hilang stress tu.

Cuma bila marah, muzik boleh membantu ke? Rasanya cara yang bagus untuk turunkan kemarahan ialah dengan tidur. Kalau umat Islam pulak, bila marah disarankan kita beristighfar dan berwuduk.

Apapun, tak salah kita cuba tips ni. Mana tau membantu.

Kalau mood korang tak baik, apa yang korang selalu buat untuk ceriakan balik mood tu? Boleh share di komen ya.

16 comments:

  1. skrg mood mmg x ok. tgh cari cara nak healing kata org skrg...

    sy prefer tido je dgn harapan bla bgn mood dah ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya pulak, mood tak bagus saya bersenam. Sbb nya bila saya tido, saya bangun jadi makin sedih pulak 😂

      Delete
  2. mood x bagus..depends.
    kalau bab kerja..memang layan kopi or kuar dr opis tu...bawak bertenang jab pun jadi la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi jalan2 cari kopi pun boleh bagi mood happy balik ye MA.

      Delete
  3. Hehe kalau marah suka menyendiri takut termarah pada orang lain. Tunggu tenang/reda.

    ReplyDelete
  4. Depends pada tahap moody tu juga haha... Kalau ringan tu PH suka belai pokok-pokok... Kalau berat tu diamkan diri dan bersendirian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terapi pokok pun berkesan jugak kan. Diam lebih baik dari berkata2 yg buruk.

      Delete
  5. ada instant-instant pulak... macam kopi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha! mmg la, tips segera pulihkan mood tapi takyah bancuh dgn air panas la uncle :P

      Delete
  6. Kak Sue kalau mood tak okay layan Netflix ja sampai lebam.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe bagus tips ni. tapi jgn tengok citer emo mcm k-drama kot klu tak lagi la mood kelaut :P

      Delete
  7. Mood SA sekarang kelaut..kat FB SA kena serang dengan fake account which is tau sape punya kerja, uninstall FB Messenger dan decided x nak layan...banyak setting SA private kan...so entry ni sangat membantu..thanks Carneyz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu... kesiannya SA. ada je yg tak boleh tgk org lain bahagia ye. SA tak boleh block ke org tu? klu set private pun dia boleh tgk jugak ke? apapun, jgn biarkan org mcm tu rosakkan mood SA. tenang2 aje ye.

      Delete
  8. Cuya kalau mood tak okay kadang2 diamkan diri je.. tak pon makan. Ibu pesan juga suruh istigfar selalu sebab istigfar dalam membantu kita keluar dari masalah yg membelengu diri.
    Klau mood dah okay, mesti buat video Tiktok atau posting di social media... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena jaga2 jugak makan tu, bila dah umur 30-an susah nak turunkan berat badan huhu

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .