Suami Terchenta baru je pergi check surat dalam peti surat. Bila dia naik atas, dia bawak balik sekeping sampul angpow ni. Dalamnya ada 2 biji gula-gula mentos dan sekeping nota. Baru nak excited dapat duit angpow hehe.
Rupa-rupanya jiran baru di tingkat bawah yang bagi. Mesti dah lama dieorang letak dalam peti surat jiran-jiran kat blok ni tapi sebab kiteorang jarang check peti surat tu yang baru jumpa. Apapun selamat datang kepada jiran baru, keluarga Leong. Raya nanti la kita balas gula-gula tu hehe.
Wah keluarga itu diami 2 unit.
ReplyDeleteBaguslah kenalkan diri begitu.
mesti mak ayah unit sebelah, anak kat unit sebelah.
Deletebagusnya jiran mcm ni... mahu bertegur sapa bila pindah msk👍👍
ReplyDeletejarang-jarang jumpa jiran macam ni hehe
Deletesampul raya cina pun dah ada macam2 warna...dulu wajib merah
ReplyDeleteaah kan, yg ni warna magenta sikit. tapi suka warna ni.
Deletewahh sonoknyerr dpt angpau gula2 je.. 😅
ReplyDeleteklu dpt RM2.6bil dlm tu lagi seronok :P
Deletebagus nya jiran mcm ni..good effort kan utk know each other
ReplyDeletememang patut dicontohi ni.
DeleteWah, untungnya dapat jiran baik!
ReplyDeletejiran sebelah-menyebelah klu jumpa pun senyum2 je, bertegur tu agaknya masing-masing malu2 hihi
DeleteBagusnya dapat jiran baru yang peramah! Tak dapat bersua muka tapi hantar nota pula.
ReplyDeleteJarang jumpa jiran peramah kat kawasan bandar ni.
Deletealhamdulillah
ReplyDeleteseronok berjiran dgn org baik ni
alhamdulillah, teringin jugak nak jumpa nak tau yg mana satu jiran keluarga Leong ni.
DeleteSweetnya jiran macam ni......jangan macam jiran SA sebelah kanan rumah...kita bagi pulut kuning ngan sambal ikan bilis..x lama lepas tu dia buang kat blkg rumah bagi merpati makan...sedih kan...melayu tu...
ReplyDeleteish2... klu ye pun tak makan pulut kuning tu bagi la dekat org lain atau buang senyap2. tergamak betul jiran SA tu ye.
Deletewahhh baiknya jiran.. tp tak semua dpt jiran yg baik. hahah
ReplyDeletebetul2, dpt jiran yg baik ialah satu rezeki hehe
Delete