Ni post throwback bulan lepas masa cuti CNY. Ternampak kafe Puts & Pots di Bukit Damansara ni di IG story. Kafe ni diusahakan oleh seorang bekas kru kabin AirAsia. Baca kisah beliau di sini. Kagum dengan semangat beliau untuk bangkit semula lepas kehilangan ibu tercinta, kerja dan bisnes. Jadi aku pun tergerak hati nak support bisnes kafe dia.


Puts & Pots Cafe
Kafe Puts & Pots

Puts & Pots Cafe
Kafenya comel je tapi nampak cozy

Jom intai pastri yang ada di kafe ni:

Puts & Pots Cafe
Pain au chocolat ni siap ada belang lagi, geram tengok terus ambik satu

Puts & Pots Cafe
Ada biskut dan tart jugak

Puts & Pots Cafe
Croissant dan danish pastry
 
Dah puas meninjau pilihan pastri yang ada, akhirnya kiteorang ambik beberapa jenis pastri untuk dikongsi:

Puts & Pots Cafe
Kek batik dengan coklat ganache jadi pilihan Khayla

Puts & Pots Cafe
Khadeeja ambik biskut marshmallow dan crème brûlée (sebenarnya Khadeeja nak crème brûlée cheese cake tapi tersalah order pulak so dapat yang biasa je)

Ni pulak menu sarapan yang kiteorang order. Harganya memang boleh tahan la 😅, tapi Suami Terchenta kata order je la dah alang-alang sampai ke sini.


Puts & Pots Cafe
Nasi lemak crispy giant squid (RM35)

Puts & Pots Cafe
Nutella French toast (RM23)

Puts & Pots Cafe
Eggs & kaya toast (RM16)

Puts & Pots Cafe
Triple cheese toastie (RM30)

Puts & Pots Cafe
Caramel machiato (RM15)

Tapi yang paling menarik perhatian kiteorang ialah minuman ni:


Puts & Pots Cafe
Cloud tea (RM15)

Instead of beri gula, dieorang hidang gula-gula kapas dengan seteko teh. Tuang teh tu atas gula-gula kapas nanti manis la teh korang, tak payah bancuh gula. Menarik presentation nya.

OK review pulak. Bagi aku, nasi lemak kena banyak improved. Mungkin kena belajar dengan Pak Nasser macamana buat nasi lemak sedap. Dah la kena tunggu lama, sampai Suami Terchenta tanya pergi tangkap sotong ke tu? 😂 Lepas tu sotong tu pulak so-so je rasanya. Tawar pun ya. Kalau nak makan sotong gergasi sedap, pergi dekat nasi kukus sotong besar di Shah Alam lagi berbaloi.

Triple cheesy toast anak-anak siap berebut lagi nak habiskan. So sedap la kot. Nampak cheese tu pun banyak dan boleh tarik. French toast tu pun not bad. Kids approved.

Egg and kaya toast, sapuan kayanya berketul dan pekat. Kiteorang suka kaya yang lembut macam kaya dalam tin atau di Old Town White Coffee. Mungkin patut hidang dah siap-siap sapu kaya dan mentega, dihidang pulak dengan toast yang masih hangat macam di Old Town. Not really recommended.

Kelebihan kafe ni ialah pastrinya yang sedap walaupun tak banyak sangat pilihan berbanding kafe bakery yang lain.

Kesimpulannya, pada pandangan aku kafe ni specialty mereka lebih kepada menu Western dan pastri tapi menu local macam nasi lemak dan roti bakar tu dari segi rasa kena diperbaiki lagi. Dari segi harga pulak, lebih kurang je macam pergi ke Kenny Hills Baker. 


Alamat Puts & Pots:
46, Plaza Damansara, Jalan Medan Setia 2, Bukit Damansara, KL 
Waze: Puts & Pots (Bukit Damansara, KL)
Waktu Operasi: 8 pagi - 7 petang (tutup hari Selasa)
IG: putsandpots

12 comments:

  1. semua bun, roti n kek kat cafe tu nampak sedap je. yummy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah sedap semua pastri dan kek yg kami ambik tu Abe Kie.

      Delete
  2. wow..semua nampaks menariks ni.. kalu MA semua nak rasa..bahaya ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. deko cafe menarik, pastry menarik, minuman menarik, nasi lemak dan roti bakar je kureng sikit MA hehe

      Delete
  3. Rambang mata melihat menu yang beratur menunggu dipilih ni.
    Nasi lemak tu memang dari kayangan...perghhhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga kayangan tapi rasa tak sekayangan mana. Nasib baik yang lain sedap.

      Delete
  4. Cloud tea la pulak!

    Macam2 idea kreatip tu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kan Uncle. Padahal sama je gula utk manis tapi yg ni lagi menarik rupanya

      Delete
  5. menarik..cloud tea tu...lama x makan nasi lemak Pak Nasser di celah2 awan biru...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat KL East Mall ada restoran Santan boleh beli nasi lemak Pak Nasser di situ.

      Delete
  6. bla tgk gmbr sy rs portion nya besar2 belaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah besar portion kat sini, boleh je share sebenarnya klu nak jimat ☺️

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .