Semalam aku pergi klinik sebab dah tak tahan batuk tak sembuh-sembuh sejak kena flu 3 minggu lepas. Lepas tu ada masalah lain jugak so aku syak ada jangkitan kuman.
Dulu aku kurang ambik berat pasal jangkitan kuman. Tapi bulan lepas aku dikejutkan dengan pemergian seorang sahabat / ex-colleague masa aku di tempat kerja lama, yang disebabkan oleh jangkitan kuman dalam darah. Sebelum ni sihat-walafiat, tiba-tiba dengar dah takde. Innalillahiwainnailaihirojiun. Bila kuman dah terlampau banyak dalam darah sampai masuk ke jantung atau otak, itu yang bahaya.
Aku pergi ke klinik di Sentul Boulevard. Doktor perempuan India yang aku jumpa tu memang bagus. Dia teliti tanya soalan-soalan berkenaan sejarah penyakit sebelum ni dan simptom-simptom yang aku hadapi. Dia sarankan aku buat ujian darah untuk tau sama ada ianya jangkitan kuman atau virus. Baru dia boleh rawat dengan betul. Kalau jangkitan virus, lain rawatannya. Kalau jangkitan kuman, ya kena bagi antibiotik.
Hasil dari ujian darah tu, doktor tu terangkan kepada aku bacaan darah selepas tu. Macam yang aku syak, memang ada jangkitan kuman. Jadi doktor bagi aku antibiotik yang aku kena ambik 2 kali sehari dan perlu dihabiskan dalam 5 hari.
Aku cerita batuk aku agak teruk especially waktu malam masa baring. Dia syak aku kena GERD lagi. Erk. Memang aku ada langgar pantang minum kopi ni masa bawak Louis ke kafe tempoh hari. Huhu. So dia bagi jugak ubat sakit perut.
End up, banyak jugak ubat-ubatan yang doktor bagi. Ubat batuk, ubat sakit tekak, antibiotik, ubat sakit perut dan air garam untuk kencing kotor (agak teruk jangkitan kali ni sampai kena kencing kotor).
Siap doktor pesan kat aku, 'Puan, kalau kena flu lagi, terus pergi klinik saya bagi antibiotik siap-siap takde la kena makan banyak ubat macam ni.'
Baik, doktor. Lesson learnt.
Alamak. Kena puasa kopi le ni...
ReplyDeletesepatutnya macam tu tapi saya yg langgar pantang uncle huhu...
DeleteSemoga diberi kesembuhan
ReplyDeleteterima kasih :)
DeleteSeram pulak bab jangkitan kuman dalam darah tulah. Kiranya, ada apa-apa yang kita rasa tak kena, perlu cepat jumpa doc.
ReplyDeleteMoga Allah kurniakan kesembuhan buat Carneyz.
terima kasih Kak Ujie. Penyakit skrg dah tak dpt diduga mcm dulu. Kalau dah berlarutan simptom tu, baiklah berjumpa doktor sebelum melarat.
DeleteKak ret pun sama 2x kena makan antibiotik... dhbbaik kena balik...last dr bagi inhaler...dh ada tanda semput..lg plk nak bg ruang kat salur paru2 tu jgk..kita smp terkucil2 bila batuk
ReplyDeleteawal2 tu batuk sampai termengah2. dada rasa macam terbakar je. kena selalu pakai & tukar pad setiap kali nak solat sbb terkucil je tiap2 kali batuk kuat.
DeleteSyafakillah Carneyz.. sekarang nie musim batuk, demam, selsema kan. Kak Sue pun pagi tadi dah start sakit tekak, cecepat perah lemon dalam air buat minum sampai ke malam nanti..
ReplyDeleteterima kasih Kak Sue. Aah, agaknya faktor cuaca sejuk skrg ni jadi badan cepat kena penyakit.
DeleteAllah takutnya..saya pun batuk dah 2minggu juga belum baik..nak ke klinik tangguh2 duk makan ubat farmasi je
ReplyDeletemoga cepat sihat macam biasa Carneyz..seksa sangat batuk ni
saya pun sama, dok tangguh2 sampai 3 minggu. Alhamdulillah, baru 2 hari ambik antibiotik batuk tu dah beransur kurang. Menyesal tak pergi awal2 haha
DeleteAllahu..moga cepat sembuh kak!
ReplyDeleteTerima kasih Sunah.
DeleteSemoga Carneys cepat sembuh ya.. cuaca plak sekarang tgh duk tak menentu.. take care..
ReplyDeleteterima kasih Aini :)
DeleteSemoga cepat baik sis...
ReplyDeleteBagus dapat doc yg teliti & very helpful mcm ni ... sometimes we don't get a proper advice or treatment. End up lambat pulak sembuhnya :(
terima kasih sis :) alhamdulillah, kami suka pergi klinik tu sebab so far, doktor kat sana memang mesra pesakit dan rajin explain.
DeleteMesti mahal ubatnya.
ReplyDeleteHarap sembuh betul.
Saya memang tinggalkan kopi sebab masalah angin. Takpelah sudah puas minum.
alhamdulillah, guna faedah perubatan syarikat suami bekerja jadi tak terasa sangat. Harap NA pun cepat sembuh ye. Huhu... saya minat kopi sebenarnya tapi tu la, kena pantang lagi nampaknya.
Deletebuat masa ni pantang dulu ye, ikut cakap doktor
ReplyDeleteInsha Allah, dah insaf takmo langgar pantang lagi huhu...
Deletebagusnya doktor check betul2 ni yg rs berbaloi jumpa doktor
ReplyDeletesyafakillah... moga cpt sembuh dan pulih spt sedia kala
terima kasih anies. setakat ni mmg puas hati pergi ke klinik tu, jumpa doktor berlainan pun sama jugak layanannya mesra dan teliti.
Deletealhamdulillah👍👍si hari ni mcm mn? dah ok ke?
Deletealhamdulillah anies, ni dah hari ke-3 ambik antibiotik ada nampak perubahan batuk dah kurang
Deletesemoga boleh sembuh kembali dan menikmati hidup penuh kesyukuran
ReplyDeleteterima kasih bro Hanafi. Alhamdulillah ada nampak peningkatan lepas ambik antibiotik.
DeleteSemoga cepat sembuh kak. Ga di Malaysia, ga di Indonesia, lagi banyaaak sangat sakit batuk nih. Tapi kalo dirumah saya anak2 yang lagi sakit. Kakanya sembuh, kena si adik. Lalu nanti bertukar lagi 😅.semoga kita semua dijauhkan dari penyakit2 bahaya yaa
ReplyDeleteterima kasih fanny. bila ada anak kecil memang begitu saling bergilir jatuh sakit. semoga anak2 dan fanny sihat2 aje ye :)
Deletesmoga cpt sembuh
ReplyDeleteterima kasih mamatisya.
Deletekena patuhi cakap doktor. nampaknya kena berpantang makan n minum la tu. get well soon!
ReplyDeletenampaknya macam tu la abam kie. terima kasih.
DeleteMmg lately byk kes infection yg ngembak umur oo.. speedy recovery sis... nang bingong mun lmk gilak x sihat kan? Boh lupak mkn ubat on time
ReplyDeleteyalah, sik nyaman diembak batuk lamak2 sampai terkucil2 dipolahnya. malam pun mala jak terbangun kotan batuk kuat. alhamdulillah lekak start antibiotik makin bait kurang dah batuk.
Delete