Netflix

Jumaat lepas aku tak tau nak tengok filem apa di Netflix, jadi aku decide nak tengok filem ni sebab masuk dalam carta 10 filem teratas di Malaysia. Di Indonesia, filem ni judulnya 'Inang' tapi di luar Indonesia, judul filem diubah kepada 'The Womb'.


Sinopsis:

Mengisahkan tentang Wulan, seorang pekerja di pasaraya yang ditinggalkan oleh teman lelakinya apabila dia hamil di luar nikah dan enggan menggugurkan kandungannya. Dalam keadaan terdesak, Wulan menghubungi group "Support Bumil" (singkatan dari Ibu Hamil) melalui Facebook untuk mencari jalan penyelesaian kepada kehamilannya yang tidak dirancang. Atas nasihat kaunselor yang dihubunginya dan disebabkan Wulan dihalau dari rumah sewanya, Wulan memutuskan untuk menyerahkan anak dalam kandungan kepada keluarga Santoso yang kaya tapi sudah berusia. Wulan tinggal bersama keluarga Santoso di rumah mereka sepanjang tempoh hamil. Pada mulanya Wulan berasa gembira kerana pasangan tersebut mengambil berat dan melayan Wulan dengan baik, tapi lama-kelamaan Wulan merasakan sesuatu yang aneh tentang pasangan tersebut dan rumah mereka. 

Selepas menjalani satu ritual tradisi yang didakwa untuk melindungi kandungan Wulan dari malapetaka, Wulan mengalami beberapa mimpi buruk yang menguatkan lagi perasaannya terhadap keluarga Santoso. Wulan menghubungi kawan baiknya untuk menjemputnya pergi dari rumah itu tapi pada hari yang ditetapkan, kawannya tidak muncul-muncul. Tanpa pengetahuan Wulan, pasangan Santoso ialah dalang yang mengendalikan group support bumil dan menyamar sebagai kaunselor untuk menjerat Wulan demi melaksanakan niat jahat mereka.

Apakah sebenarnya niat pasangan Santoso terhadap bayi Wulan? Berjayakah Wulan dan bayinya melepaskan diri dari keluarga Santoso? Siapakah wanita-wanita mengerikan yang muncul dalam mimpi-mimpi Wulan?


Ulasan:

Cerita ni tak seseram yang aku sangkakan. Lebih kepada menimbulkan tanda-tanya sebab banyak benda dalam filem ni yang tak dijelaskan atau di hujung cerita baru tahu kenapa. Contohnya, aku masih tak faham apa signifikan babak-babak tikus dalam filem ni? Tikus masuk perangkap, tikus berlari di taman, tikus mati dilenyek tayar dan bunyi tikus dalam sesetengah babak. Berkenaan Rabu Wekasan pulak, lepas Google baru aku faham tradisi Rabu Wekasan. Asal-usul Rabu Wekasan kerana dipercayai Nabi Muhammad SAW jatuh sakit pada hari Rabu terakhir di bulan Safar selama 12 hari berturut-turut sehingga baginda SAW wafat. Selain itu, mereka percaya dakwaan bahawa pada bulan Safar diturunkan lebih dari 500 penyakit. Sebab tu la masyarakat di sana mengadakan upacara tradisional Rabu Wekasan atau Rebo Pungkasan bertujuan untuk menolak bala. 

Penghujung cerita ni agak mengejutkan. Nak tau kenapa, korang kena la tengok sendiri. Bagi aku cerita ni biasa-biasa je, so peminat cerita seram mungkin akan rasa bosan sikit menonton cerita The Womb ni.

6 comments:

  1. Tak berani lah nak tengok... uncle ni penakut!

    ReplyDelete
  2. kesian pula kat wulan. dia mmg x de keluarga ke? harap kandungan dia x de apa2.. sy x de netflix. x pe nnt sy cari laa kat 'mana2'😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlm cerita ni mcm dia takde family and duduk rumah sewa sorang2.

      Delete
  3. SA nak tengok...baru habis Unlocked, ni tadi cari movie ni plak...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .