Asal cuti sekolah je, anak-anak memang takde aktiviti lain - makan dan bermain Roblox. Kadang-kadang dieorang bagitau bosan la asyik makan nasi je. OK la, kalau macam tu kita buat pizza pulak.

Kebetulan masa scroll IG reel, terjumpa resipi buat doh pizza. La, senang je rupa-rupanya:

Resipi Doh Pizza:

2 sudu teh yis segera
1 sudu besar gula
1 1/3 cawan air suam
3 cawan tepung
2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu teh garam

Cara-cara:

  1. Masukkan gula dan yis dalam air suam dan kacau. Biarkan sampai yis aktif dan berbuih.
  2. Campurkan tepung, garam dan minyak zaitun dalam mangkuk yang besar.
  3. Tuang campuran yis ke dalam campuran tepung tadi. Gaulkan menggunakan tangan sehingga sebati.
  4. Tuang adunan ke atas permukaan yang rata dan luas dan teruskan menguli doh sampai doh menjadi licin (lebih kurang 10 minit). Boleh jugak guna food processor atau mixer (guna mod mengadun roti).
  5. Bentuk bulat doh dan masukkan dalam mangkuk yang telah disapu minyak. Tutup dengan tuala dan biarkan doh mengembang lebih kurang 90 minit (biasanya aku panaskan ketuhar dengan suhu paling rendah dalam 10 minit, lepas tu matikan ketuhar dan biarkan doh mengembang dalam ketuhar yang dipanaskan tadi).
  6. Tumbuk doh untuk mengeluarkan gelembung gas.
  7. Bahagi dua doh. Canaikan menjadi leper dan berbentuk bulat.


Cara membuat pizza pepperoni:

Bahan-bahan:
Doh pizza yang telah dicanai
Sos spagetti / puri tomato
Daging pepperoni
Keju mozzarella

  1. Panaskan ketuhar pada suhu maksimum selama 15 minit.
  2. Sapu sos spagheti / puri tomato atas doh yang telah dicanai tadi.
  3. Taburkan daging pepperoni.
  4. Taburkan keju (aku guna campuran keju untuk pizza topping dari jenama Emborg).
  5. Bakar pizza dalam ketuhar selama 10 minit atau sehingga keliling doh menjadi keperang-perangan dan keju cair.


homemade pizza

OK dah siap pizza homemade. Senang je kan. Bahan-bahan pun takde la rumit sangat. Selamat mencuba!

6 comments:

  1. bagus nya..homemade pizza..MA beli je sbb makan pun sesekali je.
    malam semalam baru mam dominos..fav Ian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tekak anak2 dara saya ni western sikit MA. Takdenya sekali je makan pizza tu mesti berkali2 dieorg mintak nanti hehe. Buat sekali dapat 2 doh, boleh buat satu lagi pizza bila free nanti.

      Delete
  2. Puas hati dapat makan homemade pizza.
    Sedap kan, ikut citarasa sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puas hati sbb dpt jimat jugak. Anak2 yg tabur pepperoni dan keju ikut suka dieorang hehe

      Delete
  3. lps ni bleh buat pizza wagyu pulak😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahal tu daging wahyu nak buat pizza 😅

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .