Lunch Ikan Bakar di Medan Selera Taman Desa Keramat dan Pisang Goreng Cheese Sedap!
Semalam Suami Terchenta off half day sebab malam sebelumnya dia ada kerja sampai pukul 2 pagi. Tengahari, tiba-tiba kiteorang rasa nak makan ikan bakar. So kiteorang gerak la ke Medan Selera Taman Desa Keramat.
|
Bukan setakat ikan bakar, ayam dan kambing bakar pun ada |
Aku pilih ikan keli, Suami Terchenta pulak ambik ikan pari dan anak-anak nak makan ikan tilapia. Boleh pilih sama ada nak air asam atau sambal kicap untuk dimakan dengan ikan bakar. Aku pilih air asam. Menyesal pulak ambik semangkuk kecik je sebab sedap dan tak berapa pedas jadi anak-anak pun boleh makan sekali.
|
Ikan tilapia, pari dan ikan keli bakar |
Lepas pilih ikan yang kiteorang nak, lepas tu beratur pulak ambik nasi dan lauk lain. Aku macam biasa la, aim siput sedut masak cili api.
|
Pilihan lauk yang ada |
|
Sayur pun ada banyak pilihan |
|
Variasi sambal yang ada |
|
Nasi tu nampak je banyak tapi sikit je sebenarnya |
Alhamdulillah, masing-masing makan dengan berselera sampai licin pinggan! Ikan pun tinggal tulang je. Harga keseluruhan makan tengahari kami termasuk 3 gelas air kelapa dan 1 gelas milo ais ialah RM47.
Dalam perjalanan pulang sempat lagi singgah ke gerai pisang cheese. Dah lama tak makan pisang cheese, jadi aku beli la RM10. Masa adik tu tengah siapkan pesanan, aku tengok dia susun 5 ketul je pisang goreng lepas tu dia parut cheese, letak susu manis dan tabur coklat urai. Dalam hati aku, eh dah mahal harga pisang goreng cheese sekarang banyak tu je harga RM10… 😳
Sekali tengok, tu baru lapisan pertama. Mak aii, rupa-rupanya dia buat satu layer lagi kat atas 😂. Cheese parutnya bukan main lagi melimpah-ruah. Memang tak kedekut cheese la gerai ni.
Minum petang tu kiteorang rasa la pisang cheese tu. Alhamdulillah sedap. Lain kali boleh singgah beli lagi kat sini.
Malam semua kekenyangan lagi makan pisang cheese. So masak bubur secawan je la buat syarat. Tu pun licin anak-anak makan! Kan aku dah kata, cuti sekolah banyak betul dieorang makan hehe.
sedapnya ikan bakar...reasonable harganya..byk pilihan di gerai ni..
ReplyDeleteSedap air asamnya, rasa seekor keli tu tak cukup pulak. Yang penting tempat makan selesa dan bersih :)
DeleteSaya follow sini :)
ReplyDeleteterima kasih follow :)
Deleteharitu time ke KL ingatkan cari ikan bakar pak din taglin tapi tak sempat masa
ReplyDeleteberapa lama di KL Afzan? Takpe, lain kali terus masuk dalam plan utk singgah :)
Deletesedapnyaaaa pari bakar!!! kalau sy tu x cukup 1 hahaha
ReplyDeletenampak kecik tapi 4 orang makan tu alhamdulillah cukup hehe
Deleteakak dok keramat..tp tk pernh dgr taman desa keramat..td try google area AU2C lokasinya....sbb akak area AU2A..nanti bole try singgah medan selera ni
ReplyDeleteBesar ye area Keramat, mesti byk tempat makan best. Saya tau tempat ni pun sbb lalu kat IG Reels hehe. Kalau tak saya pun tak familiar dgn area Keramat.
Delete