Bahana bila langgar pantang... |
Dua minggu lepas masa mak aku kat sini, mak selalu buat kopi pagi-pagi lepas Subuh. Aromanya semerbak satu rumah. Pastu, dia bawak jugak biskut mayat / biskut tawar dari sana untuk direndam dalam kopi panas.
Biskut tawar lejen di kampung, nama lain ialah biskut cap kelapa |
Hari pertama aku perhati je mak aku rendam 3-4 keping biskut ni dalam air kopi panas. Bila dah lembik, dicedoknya guna sudu lepas tu masuk ke mulut. Aku dah terbayang sedapnya la biskut ni lalu kat tekak. Masa umur 30-an tak pandang biskut ni. Biskut level Chipsmore je layan... Bila dah masuk 40-an ni, auto bertukar seleranya. Biskut ni pulak nampak terpaling sedap, terpaling awesome.
Hari kedua, aku mulalah mengendeng dekat emak, mintak sesuap. Sesuap je pun kan, takde hal... Rasa je, tak salah pun. Itulah silapnya. Bila dah rasa, mulalah nak rasa lagi. Dan lagi. Kombinasi biskut ni yang masin sikit dengan air kopi susu yang berkrim tu memang matchmade in heaven betul. Terngiang-ngiang dekat lidah (eh, adakah macam tu?)
Maka hari ketiga bila mak aku pergi bancuh kopi, aku pun bancuh sekali. Hihi. Warning dalam otak tu aku ignore je. Alah, secawan je pun. Tak de apa-apa la tu, bisik hati (ke bisik syaitan? Ah, persetanlah!)
Maka aku pun terjerumus dalam kancah biskut mayat rendam dalam kopi untuk hari-hari seterusnya sampailah mak balik ke Sarawak. Tu pun aku mintak mak tinggalkan baki biskut tu kat rumah. Mak balik, dan aku terus hanyut dalam kelazatan nikmat biskut cap kelapa rendam kopi ni.
Tapi hari Isnin lepas, aku bangun tidur dengan kepala berdenyut-denyut. Sikit-sikit sendawa. Perut rasa kembung je. Bila sendawa rasa nak termuntah, masam je tekak aku. Rasa berdebar-debar. Masa nilah penyesalan mula menguasai diri. Padan muka kau, Carneyz! Sapa suruh kau teguk kopi tu macam tak ingat pantang-larang, kan dah gastrik!
Sampai hari ni aku rasa tak sihat. Penangan kopi yang aku teguk bercawan-cawan dek kerana hawa nafsu yang tak tertahan dengan biskut cap kelapa tu.
Nota kaki: Jangan la ajak aku mengopi. Aku memang lemah dan kalah bila terhidu aroma kopi ni.
aduiii nang legend biskut tok..rasa mok beli kelak eh balit bintulu bulan depan...hahahaha
ReplyDeletelegend kan... sedap rendam dlm teh / kopi panas.
DeleteRasa seronok baca kronologi entri Carneyz ni... tapi pada masa yang sama rasa simpati akibat langgar pantang. In syaa Allah, semuanya akan baik-baik saja.
ReplyDeleteTerima kasih Kak Amie. Saya ambik ubat cecair putih (antasid) dan minum susu panas baru lega. Memang kena stop minum kopi huhu
Deletesemoga baik2 saja insyaaallah
ReplyDeletebiskut tu ciknur bg nama biskut opah he hee memang sedapp cicah air
blk kg baru jumpa ni
sedap kan biskut ni. bancuh seteko kopi mau habis sekali duduk bila ada biskut ni.
DeleteAduh sakit! Sayapun mula-mula kalah juga. Lepas kena teruk sangat baru serik. Mungkin kena pengalaman paling teruk Puan Carnyz boleh tinggalkan 100%
ReplyDeleteItulah, bila dah lama tak kena gastrik jadi terleka dan terlupa. Susah jugak nak tinggalkan kopi ni sbb dah berpuluh tahun minum kopi huhu
DeleteAlamak...Carneyz ada gastrik ye...aduhai...moga cepat sihat and please jangan langgar pantang lagi...
ReplyDeleteaah mmg ada gastrik + GERD. kopi ni kan berasid sikit, klu dah minum tak ingat dunia memang sengaja cari pasal huhu
DeleteSama la kita peminat kopi. Bau kopi + mak yang buat..memang tak boleh tolak punya..hehehehe. GWS sis...
ReplyDeletebetul2... air tangan mak walaupun sekadar kopi mmg terbaik. mak saya lagi suka bila saya join sekaki minum kopi sbb ada geng mengopi pagi2 hehe
Deletebiskut mayat tu legend susahnya nak cari...saya pun kalah dengan kopi bau kopi pun dah pening,hrp tak melarat la ye Carneyz lepas ni kena minta putus dulu dengan kopi ye
ReplyDeletesaya kalah bau kopi sbb tak tahan godaan kopi huhu. susah nak move on dari kopi ni, dari kecik lagi minum kopi sbb bila kena belajar malam2 mak akan bancuh kopi supaya tak mengantuk. kopi ni sinonim dgn kenangan bersama mak :)
Deleteheheheh... sama lah. haih kadang teringat kopi gantung, kopi kedah, kopi starbucks!
ReplyDeletepeminat kopi jugak ye Nina?
DeleteAdeh…geli hati bercampur kesian baca cerita Carneyz nih 😅
ReplyDeleteKalau akak pulak, tengok la kopi apa. Ada yang jadi kembung perut, ada yang ok je minum. Cth yang ok minum - kopi hang tuah, kopi tenom.
Itulah pengajarannya, berani buat berani tanggung kan hihi. Tak tau la sejak bila badan ni mula tak serasi dengan kopi, padahal dari kecik lagi dah diajar minum kopi.
Deleteadehhh nak kesian tapi mcm mahu ketawa juga hehehe.
ReplyDeletesy di Perak pun sebut 'biskut mayat' hehehe
memang rata2 panggil biskut mayat atau biskut tawar. kat tempat saya pun mcm tu jugak hehe
DeleteBiskut kepala lutut takde?
ReplyDeleteBelum jumpa lagi Uncle.
Deletebetul laa org ckp yg nama 'pantang' tu x sah kalau x 'menggoda' nafsu...
ReplyDeletesyafakillah...
Terima kasih anies 😄
Delete