Pada 6 Februari 2023, dunia digemparkan dengan kejadian gempa bumi yang dahsyat di wilayah tenggara Turkiye dan daerah di sempadan Syria. 


Sumber: Reuters

Gempa bumi pertama berpusat di bandar Gaziantep dan berskala 7.8 Richter diikuti gempa bumi kedua berskala 7.5 Richter. Gempa bumi berlaku pada awal pagi ketika kebanyakan penduduk sedang nyenyak tidur. Akibatnya, lebih dari 5,000 penduduk di kawasan terjejas telah terkorban kerana tidak sempat menyelamatkan diri dari bangunan runtuh manakala berpuluh-puluh ribu lagi masih terperangkap.


Sumber: reuters.com

Struktur bangunan yang lemah menjadi punca angka mangsa gempa bumi yang tinggi. Kali terakhir kawasan tersebut ditimpa gempa bumi yang dahsyat ialah lebih dari 200 tahun lalu.

Usaha menyelamatkan mangsa gempa bumi disukarkan lagi dengan cuaca hujan dan bersalji serta suhu sejuk dibawah 0℃, kerosakan jalan raya yang menghubungkan ke kawasan gempa bumi dan ketiadaan rangkaian Internet untuk mengesan mereka yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Mangsa yang berjaya dikeluarkan atau menyelamatkan diri pula kehilangan tempat tinggal dan terdedah kepada cuaca sejuk, hujan serta kekurangan bekalan makanan dan ubat-ubatan.

Sumber: Reuter

Nota kaki:

Setakat ni, beberapa buah negara telah menawarkan bantuan dari segi kewangan dan bekalan ubat-ubatan. Negara kita Malaysia antara negara yang terpantas menyahut seruan Turkiye dengan menghantar pasukan SMART (Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team) pada malam kelmarin.

Allahu. Tak boleh bayangkan perasaan mangsa gempa bumi di sana. Mesti dieorang dalam keadaan sejuk, lapar dan dahaga sekarang. Marilah kita sama-sama doakan semoga urusan menyelamatkan mangsa-mangsa yang masih terperangkap berjalan lancar dan bantuan kewangan, makanan dan ubat-ubatan sampai kepada mangsa gempa bumi dengan kadar segera. Salam takziah diucapkan kepada penduduk Turkiye dan Syria yang terjejas, termasuk warga Malaysia yang menetap di sana.

18 comments:

  1. Jakarta ni pon ada gempabumi pagi td.. huhu

    ReplyDelete
  2. Innalillahiwainnailahirajiun.
    Semoga mereka diberi kebaikan atas musibah yang menimpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen YRA. Semoga mereka segera dapat bantuan yang sewajarnya.

      Delete
  3. Semoga dipermudahkan urusan mereka yang membantu dan yang dibantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen YRA. Tolong doakan untuk mereka ya Kak Amie.

      Delete
  4. Allahu...sedih baca ..moga Allah permudahkan urusan mereka disana. moga mereka kuat & tabah hadapi dugaan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, klu baca international news lagi sedih. ada ayah ni tak nak lepaskan tangan anak dia yang tertimbus walaupun anak dah takde. kasih seorang ayah kan.

      Delete
  5. Kali terakhir kena, lebih 200 tahun lalu. Memang tak terjangka sekarang akan kena. Moga Allah permudahkan urusan mencari & menyelamat dalam keadaan cuaca yang sukar begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 200 tahun lepas, memang tak terjangka pun akan berulang lagi. angka korban makin hari makin naik. besar dugaan buat mereka.

      Delete
  6. Semoga Allah lindungi mereka yang masih terperangkap... Al-Fatihah buat mangsa yang terkorban

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen2x... semoga cepat2 la dieorang dikeluarkan dari runtuhan bangunan.

      Delete
  7. ujian hebat untuk rakyat Turkiye, Syria, Lebanon, Iraq dan Palestin..moga diberikan kekuatan dan ketabahan kepada mereka...dengar juga temuramah dengan rakyat Malaysia kat sana di TikTok, banyak kali gempa susulan selepas gempa pertama tu sampai ke siang..patut la ada nampak video bangunan runtuh waktu langit da terang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas gempa bumi kuat, ada lagi susulan gegaran kecil. misi menyelamatkan mangsa pun terganggu sebab gegaran kecil tu.

      Delete
  8. Innalillahiwainnailahirajiun....antara ujian yang gentir dan berat untuk kita semua

    ReplyDelete
  9. tadi terbaca artikel kanak2 terperangkap dgn adiknya selama 17 jam bwh runtuhan smbl tangannya menahan bongkah batu supaya x hempap adiknya😭😭😭😭😭

    ReplyDelete
  10. Dugaan besar buat mereka disana. semoga dipermudahkan urusan mereka dan juga urusan team penyelamat.

    ReplyDelete
  11. Allahu...ujian hebat buat Turkiye...sama2 kita membantu dari jauh...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .