Kredit: Google |
Semalam dengan berlangsungnya majlis apresiasi sekolah anak-anak, maka bermulalah cuti akhir tahun persekolahan tahun 2022.
Buat mak bapak sekalian, bertabah la ye! Tergelak bila baca status FB Sislin pagi tadi katanya jiran di hujung lorong dah mula terpekik terlolong macam tarzan bila anak-anak di rumah 😂
Korang dah ada plan ke nak bawak anak-anak jalan-jalan atau balik kampung cuti sekolah ni? Kiteorang ni macam biasa, tak de plan sebab Suami Terchenta (macam biasa) sibuk dengan projek di pejabat. Anak-anak pun lebih suka memerap di rumah dari keluar berjalan-jalan.
Apapun, selamat bercuti sekolah buat anak-anak semua. Kita bagi can untuk dieorang merehatkan minda cuti sekolah ni sebelum bermula alam persekolahan tahun 2023 pulak. Hmm... bila la agaknya jadual sekolah akan back to normal iaitu dari bulan Januari - Disember? Pendapat korang, lebih baik back to normal atau ikut jadual sekarang iaitu Mac - Februari?
housemate kamek cikgu..nya pun ada juak padah mungkin akan dinormalkan balit, tapi akan ada banyak kelas ganti di hujung minggu kelak untuk cukupkan jadual..
ReplyDeleteyalah kan. byk benda / subjek yg kenak cover.
DeleteSelamat bercuti buat anak-anak.
ReplyDeleteKami masih meneruskan tugas di sekolah sepanjang SPM.
Selamat bertugas Cikgu Amie!
Deleteiyer..no 1 yg suka bab x jam... but memang jenuh nak layan karenah anak2 bila cuti ni.
ReplyDeleteyess..setuju sgt kalau kembali mcm dulu..jan - dis but memang take time la sbb byk kena adjust kan
masalahnya kat malaysia ni klu cuti sekolah je nak gi mana2 mmg stressss... dgn sesaknya, jem nya, tiket masuk mahal dari biasa hmmm... tapi kita pun taknak la anak2 duduk di rumah menghadap hp je, sekali-sekala nak la dieorang keluar tgk dunia jugak.
DeleteHehe boleh bayang kecoh balik rumah.
ReplyDeleteEloknya jadual sekolah normal. Macam pelik belum naik tingkatan apabila tahun baru.
masa anak2 kecik dulu mungkin ye, tapi dieorg dah besar ni masing2 buat hal sendiri dlm bilik hehe.
Deletekan. nak cakap cuti hujung tahun pun rasa janggal sbb dah awal tahun haha
kita pun suka Jan-Dec actually tp ada certain time ok je waktu sek skrg haha
ReplyDeleteada gak yg ckp better jadual skrg ni sbb hujung tahun selalu banjir jadi budak2 yg ambik spm kadang2 susah paper kena tangguh sbb banjir.
DeleteCuti sekolah duit keluar banyak.... kan? hehehehe
ReplyDeletehuhu... tu mmg satu realiti yang tak dpt nak dielakkan uncle.
DeletePH & anak⁴ suka jan-dec. Kata Abang, awal² tahun ni tak best cuti panjang. Baru nak gear up pastu cuti. Awal tahun ni tgh semangat tinggi katanya :)
ReplyDeletebetul jugak cakap Abang tu :)
Deleteutk org bekerja inilah saat yg ditunggu2. jln x jammed yeayyyy😁
ReplyDeletefaham sgt perasaan tu. kurang stress pegi keja kan hehe
Deleteadik & anak2 dah mai dari alor setar, berkampung dirumah, nak ronda KL katanya..dia cikgu...dulu2 bila Januari je, rasa semangat nak gi sekolah, tahun baru, naik darjah/tingkatan..
ReplyDeletebestnya jalan2 kl. kita dok kl ni mcm malas pulak nak ronda2 kl. tgk la camane mood minggu depan hehe
DeleteHarap back to normal, jan-dis. Mudah nak fikir.
ReplyDeletebetul jugak tu kak Ujie.
DeleteSelamat bercuti panjang ye anak- anak semua
ReplyDeleteterima kasih SA. Seronok dieorg boleh bangun lambat tiap2 hari hehe
Deletemusim kenduri pun menjelma.. eh patutlah jemputan sana sini. hehe
ReplyDeleteahha, betul jugak kan. asal cuti sekolah je orang buat kenduri. agaknya ramai yg boleh balik pegi kenduri time cuti sekolah.
Delete