Cuba Buat Ayam Nando's Sendiri di Rumah
Jumaat lepas aku cuba buat menu Nando's di rumah. Resipi ayam panggang Nando's aku ambik di sini dan resipi nasi Mediterranean aku ambik di Youtube.
Langkah-langkah untuk ayam Nando's:
|
Cuci bersih ayam dan perap dengan sos Nando's. Biarkan perapan semalaman dalam peti sejuk.
|
|
Bakar ayam dalam ketuhar selama 20 minit sehingga masak
|
Langkah-langkah untuk buat nasi mediterranean:
|
Cincang bawang holland, potong dadu capsicum dan lobak merah |
|
Tumiskan kesemua bahan yang telah dipotong tadi |
|
Masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan. Kacau sebentar dan masukkan air ikut sukatan masak nasi |
|
Aku guna pressure cooker sebab nak nasi masak cepat sebelum Suami Terchenta balik dari solat jumaat |
|
OK dah siap. Hidangkan dengan sos Nando's. Aku guna pinggan Corelle kecik ni untuk diet suku-suku separuh |
|
Pinggan suku-suku separuh |
Verdict: Masih tak setanding ayam di Nando's. Tapi boleh la, jimat sikit buat sendiri. Nak lagi sedap letak sos banyak-banyak 😂
itupun dah nampak sedap la carneyz...kira jadi la tu..kita yang buat dia kan..
ReplyDeleteaah SA, jadi la sedap jugak walaupun rasa tak sama macam di Nando's hehe.
DeleteGigih ikut rasa Nando's.
ReplyDeleteTakpe boleh buat lagi.
Klu berjaya buat rasa mcm di Nando's boleh jimat makan di rumah je hehe. Kena cari cara nak buat rasa macam di Nando's.
Deleteok la tu...nasi tu menariks masak mcm tu... emmm
ReplyDeleteeh lupa nak sebut kena letak garam jugak dalam nasi hehe. rasa macam dah ada nasi mediterranean tu.
Deletesedapnya...ada sos peri-peri dah terasa mcm kat nando's..
ReplyDeletetu la nasib baik ada sos peri-peri tu terasa la jugak mcm kat nando's hehe.
Deletekamek pun da perap ayam pakei sos nando's ya, dolok ada dapat sos masa gi event..berapa hari tok makan ayam bakar perap sos ya lah...oter juak sikit tambah thymes, ada yang tambah sos tiram, olive oil, madu...ikut suka hati hahahah
ReplyDeletekreatifnya. kmk mok rasa sebijik kedak nando's supaya jimat x selalu ngabas nando's hehehe
Deletekita buat cara kita je kan... nak sama sebijik sebijon taklehlah. dorang mesti ada secret ingredients yang dia tak cakap kat dalam recipe ahakss..
ReplyDeletetu la, kena gigih lagi korek rahsia dieorg ni kat internet hehe. mesti ada tu...
Deletesuku-suku separuh? Ni uncle gagal ni....
ReplyDeletemesti aunty masak sedap2 sbb tu uncle gagal hehe
Deletewah nampak sedap ni,,, thanks for the resepi, boleh cuba. oh my gosh pinggan correle pun ada suku suku separuh, boleh beli ni
ReplyDeletesama2. saja je pakai pinggan corelle ni bagi semangat sikit nak diet hehe
Deletearhhhh mcm tu pon dah nampak sedappppppp! hehehe
ReplyDeleteterima kasih sis, makan dgn sos nando's mmg mantappp hehe
DeleteSedap ni..siap ada nasi mediterranean. Belum pernah try masak nasi ni.
ReplyDeleteLagi sedap bila makan atas pinggan lawo 😄
hihi pinggan saya je special sikit kak ujie, pinggan yang lain pinggan ikea klu terhempas takde la menangis hehe.
Deleteada lg x? sy nak dtg ni mkn dgn louis😁
ReplyDeletesorry anies, masak 2 ketul ayam je, Louis pun ratah tulang je hehe :P
DeleteSedap tu ayam nandos dari dapur sendiri.
ReplyDeleteMoga istiqamah DSSS.
Terima kasih Kak Amie 🤲🏻
Delete