Khayla ni dari dulu lagi dia bercita-cita nak jadi pilot.

Agaknya masa kami PJJ dulu, dia selalu naik flight nampak pilot pakai segak kot. Dan memang dia suka sangat naik flight.


Young Aviator Academy
Kemain dia buat 'peace' bila bergambar sebelah pilot. Masa ni umur dia 9 tahun.

Bulan Disember lepas, tercapai la hasrat Khayla merasai pengalaman jadi pilot:


Young Aviator Academy
Khayla tengah buat pre-flight checks


Young Aviator Academy
Kapten Khayla (Ameen2x!)

Sebenarnya Khayla join aktiviti flight simulation yang dianjurkan oleh Young Aviator Academy bertempat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. Disebabkan minatnya yang mendalam nak jadi pilot, kiteorang bagi la dia join aktiviti ni untuk dedahkan dia dengan keadaan dan tugas-tugas sebenar dalam kokpit. Khayla siap offer bayar guna duit poket yang dia dah kumpul sebelum ni, cuma adalah jugak Suami Terchenta tolong top up sikit. 


Young Aviator Academy
Khayla register untuk pakej 45 minit

Bila dah confirm registration, kena datang 15 minit awal untuk taklimat tentang pengendalian kapal terbang oleh flying instructor.


Young Aviator Academy
Kat sini la tempatnya, kena naik tangga sebelah kafe Starbucks lepas tu belok kiri terus nampak

Young Aviator Academy
Papan tanda di sebelah pintu

Kami sampai 10 minit awal dan duduk dalam 'kabin' sementara menunggu sesi sebelumnya selesai. Ahli keluarga dibenarkan masuk ke kokpit tapi terhad kepada 3 orang je sebab kokpit tu kecik je.


Young Aviator Academy
Merasa duduk di kerusi business class hehe

Sebelum bermula, instructor bagi sedikit taklimat tentang terma-terma yang digunakan oleh juruterbang dan menara kawalan, contohnya knot, aras kaki untuk terbang, bacaan kompas dan sebagainya. Agak menarik jugak la penerangan tu. Instructor tu sebenarnya pilot trainee yang belajar kat situ, muda lagi budaknya dalam umur 26 tahun. Tapi dia kata, 'Ramai lagi muda dari saya kak, saya ni join lambat sikit sebab mak ayah suruh ambik diploma dulu untuk back-up plan.' Yalah kan, kerjaya pilot ni tak semestinya stabil, kalau berlaku krisis ekonomi ada kemungkinan syarikat akan kurangkan pekerja dan pilot la yang paling terjejas sebab gaji dieorang tinggi.

Tak lama kemudian, sesi sebelum ni tamat jadi kiteorang pun masuk ke kokpit. Khayla duduk di kerusi pilot. Bila duduk dekat-dekat ni, boleh nampak banyak betul instrumen dekat control panel yang pilot kena tahu. Bukan setakat kena tahu butang atau suis apa, kena tahu bila nak tekan dan bila kena nyah-aktifkan. Ha, sapa kata kerja pilot senang? Nak lulus kena habiskan beratus-ratus flight hours buat flight simulation hours dan praktikal, baru dapat jadi pilot.


Young Aviator Academy
Instrumen dalam kokpit (Sumber: Pinterest)

Young Aviator Academy
Khayla tekun mendengar penerangan tentang flight checklist

Selesai penerangan tentang flight checklist, bermulalah sesi penerbangan dari Lapangan Terbang Subang ke KLIA. Instructor cuma bagi arahan dan tunjuk mana butang / suis yang perlu ditekan, selebihnya Khayla yang kena buat sendiri. Seronok tengok Khayla mengendalikan control wheel, dah terbayang bila dia besar nanti siap pakai baju seragam pilot hihi. Over sangat mak Khayla ni kan... Cuma masa dia kena pusing kapal terbang tu, Suami Terchenta complain pening lalat sebab dia pusing laju sangat. Sebenarnya dia tak boleh nak agak bila mula kena pusing control wheel tu, jadi dia lambat pusing sampai kena tegur instructor. Sudahnya dia pusing sharp turn untuk pergi balik ke koordinasi penerbangan, itu yang sampai pening kiteorang penumpang kat belakang hihi.

Sesi 45 minit ni termasuk take off dari Lapangan Terbang Subang dan mendarat di KLIA, lepas tu take off lagi pusing KL sampai ke KLCC sebelum berpusing dan mendarat semula di Subang. Dua kali berlepas dan dua kali mendarat. Cukup la tu untuk Khayla familiarize dengan instrumen dalam kokpit. Tunggu dah besar nanti Insha Allah ada rezeki hantar Khayla ke akademi pilot, boleh la dia praktis sampai mahir.


Young Aviator Academy
Selesai penerbangan oleh Kapten Khayla!

Sempat lagi aku tanya adik tu, berapa lama belajar jadi pilot dan berapa yuran yang dikenakan? Katanya, dalam setahun setengah dah boleh habiskan latihan pilot. Dari segi yuran, dia akui sangat mahal (yalah, bila dah jadi pilot, gaji pun mahal!). Lebih kurang sama yuran belajar kat overseas, haa tersedak mak pak Khayla dengar! Dia nasihatkan Khayla belajar rajin-rajin dan kuasai subjek Matematik, Fizik dan Bahasa Melayu / Inggeris, ambik diploma dalam bidang aeronautical engineering lepas tu apply bawah akademi MAS atau AirAsia sebab boleh apply loan MARA ambik latihan pilot. Bagus adik tu, siap bagi tips untuk budak-budak sekolah yang bercita-cita jadi pilot. Terima kasih banyak2 adik pilot! Aku doakan dia terus dapat offer jadi pilot bila dah habis belajar.

Aku harap dengan pengalaman ni, Khayla lebih bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kerjaya impiannya. 


Young Aviator Academy
Semoga tercapai hasrat Khayla untuk jadi juruterbang!


Jom tengok Kapten Khayla buat penerbangan sulung dalam flight simulator cockpit:



Kalau ada sesiapa yang berminat dengan program yang Khayla join ni, boleh layari laman web https://www.aviator.com.my/public-experiences/ .

22 comments:

  1. wahhh bestnya dia.
    bakal Pilot wanita . cita cita anak2 kena bg dorongan kan. untie doakan cita cita Khayla akan tercapai kelak, AAMINN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ciknur, doakan utk Khayla :) semoga ada rezeki kami hantar khayla belajar jadi pilot.

      Delete
  2. eh menarik sangat ni Carneyz..TQ info boleh masuk dalam list Pia cuti sekolah ni,tapi boleh walk in ke atau kena booking dulu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena booking dulu takut slot masa & hari yg kita pilih tu dah penuh.

      Delete
  3. Bagus dapat pendedahan ketika budak-budak. Boleh bersedia mental fizikal apabila lepas SPM.
    Kena menabung sediakan duit belajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok dia semangat je masa buat flight simulation tu, harap2 membakar semangat dia untuk mencapai apa yang diidamkan.
      Huhu... semoga ada rezeki masuk akademi MAS / AirAsia dapat la apply pinjaman pelajaran dari MARA. Harapkan duit simpanan SSPN belum tentu cukup untuk cover yuran di akademi pilot ni.

      Delete
  4. Bukan senang bergambar dalam kokpit kan...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dalam kapal terbang sebenar, tak pasti boleh ke tak. ambik peluang bergambar dalam kokpit flight simulator pun jadilah!

      Delete
  5. amin amin aminnnnn... mudah mudahan tercapai cita cita khayla nak jd pilot.

    seronok ada pendedahan mcm ni lg bertambah semangat nnt nak jd pilot💪💪💪chaiyok khayla

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen YRA! itulah untung bila duduk di KL, macam2 pendedahan boleh dapat di sini.

      Delete
  6. Wah.. menarik.. auntie doakan semoga impian khayla tercapai.. semoga dpt title kapten khayla ya kelak.. ameenn.. mun si bongsu kmk dolok mok jd pilot tp baru2 tok tek pandei tukar jd steward indah 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen YRA! Dari umurnya 7 tahun dah nya minat mok jadi pilot ya. Tinggi dah ada sbb ikut pureh bapaknya hehe.

      Delete
  7. mudahan tercapai cita-cita dan impian Khayla menjadi pilot

    ReplyDelete
  8. semoga tercapai cita-cita Khayla...bestnya experince flight simulator, merasa duduk di cockpit....nak jd pilot, kesihatan badan & mata kena tip-top...bagus pilot tu bagi tips, boleh buat persediaan awal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu pesan dgn Khayla jgn selalu sangat menghadap gajet utk jaga kesihatan mata klu nak jadi pilot. tips yg adik tu kasi mmg sangat berguna, semoga ada jalan utk Khayla mencapai cita2nya.

      Delete
  9. Bagus..Khayla dah ada cita-cita dari kecil...peluang mcm ni jangan lepaskan...pilot wanita ni masa take off dengan landing smooth jer..kata orang la..hehehehehe...
    Saya dapat inspect site yang ada flight simulator pun dah ok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, kita masa kecik2 dulu takde peluang macam ni. skill landing dgn take off ni ikut pengalaman. pilot yg berpengalaman luas bila landing kita tak sedar pun tau2 dah atas darat hehe.

      Delete
  10. masyaAllah, hebat cita-cita kitak deng! ciksun doakan moga Khayla dapat capai cita-citanya kelak bila da besar..ameen!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen YRA! senang mak bapaknya balit kampung kelak hehe

      Delete
  11. Seronoknya Khayla..aunty doakan Khayla success dalam mencapai cita- cita...work had girl...semoga impian jadi kenyataan, selalgi ada minat insyaallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen YRA, terima kasih aunty! semoga Khayla terus bersemangat nak teruskan cita2nya :)

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .