Hari ni aku dan Suami Terchenta pergi ke Pasar Chow Kit membeli barang-barang basah. Balik dari pasar, terus panggil anak-anak tolong bersihkan barang-barang basah dan simpan sayur dan buah-buahan dalam peti sejuk. Sambil-sambil tu aku keluarkan bekas-bekas plastik untuk simpan lauk-lauk yang dah dibersihkan dan disiang. Ikan yang nak digoreng terus dilumur garam dan kunyit sebelum disimpan dalam peti ais. Nanti nak goreng, tinggal defrost dalam microwave dan goreng je. Ayam dan daging aku asingkan dalam bekas lain-lain ikut menu. Macam tu la rutin bila lepas balik pasar.
Anak-anak memang dah diajar cara-cara siang ikan dan sotong. Jadi aku cuma fokus untuk siapkan bahan-bahan untuk memasak.
Hari ni Sabtu, jadi giliran Khadeeja untuk tanak nasi. Aku dah plan lauk siput sedut, ikan goreng untuk Khayla (dia sorang je tak reti makan siput sedut) dan sayur pucuk paku. Sementara aku siapkan bahan-bahan memasak, Suami Terchenta bersihkan siput seduk dan potong ekor siput. Khayla pulak siang pucuk paku.
Khadeeja tolong siang ikan dan sotong |
Khayla tolong siang pucuk paku |
Dah setel semua bahan-bahan, Suami Terchenta ambik alih tugas memasak. Dia paling suka bila kena masak menu yang guna api besar sampai kadang-kadang api tu menyambar masuk dalam periuk! Fefeeling chef kat restoran agaknya suami aku ni! 😂
Ni la hasil kerjasama anak-beranak di dapur untuk makan tengahari ni:
Siput sedut masak kicap |
Pucuk paku tumis belacan |
Ikan bawal goreng |
Alhamdulillah, aktiviti memasak jadi seronok bila ada ramai assistant di dapur 😅
Sruuut! Sruuuut! (kesan bunyi makan siput sedut)
ReplyDeleteada la 20 minit cenggitu Uncle hehehe
DeleteSedapnya Menu... best lah masak Dan Makan reramai...Meriah! Memori Manis di dalam hati...
ReplyDeleteEh, ada ye siput sedut Masak kicpa....Baru lah tahuu...hahahhaa
kat sarawak siput sedut ni kiteorang masak kicap. masak lemak cili api tak popular sgt mungkin sbb kebanyakan org Sarawak tak makan terlampau pedas.
Deletekalau sy ramai assistant mcm ni, rasa nak buat kenduri terus...😀 keje yg remeh terasa cpt
ReplyDeletemurah x harga siput tu kat sana?
senang tak payah ada thermomix pun takpe hehehe. kiteorg beli RM8 1/2 kilo.
Deleterajin semuanya...ringan sikit tugas dkt dapur kan..
ReplyDeletemmg biasakan dari kecik masuk dapur sis. umur 5-6 tahun dah tolong kopek bawang, siang sayur.
DeleteSiput sedut tu kan......memanggil2 ha....Dania x berapa pandai...bab siang ikan ke apa dia x pandai langsung..sayur or ayam tu pandai la dia masak...
ReplyDeleteAnak2 saya reti siang ikan, sotong dengan udang je. Ayam dengan daging dieorg tak reti lagi. Saya tak berani lagi suruh dieorang pegang pisau pemotong yg besar. Tunggu dieorang besar sikit kot baru ajar.
Delete