Sebenarnya aku nak park tips-tips kurus kat sini supaya jadi rujukan dan motivasi buat diri-sendiri.

Benda basic bila nak kurus ialah jaga makan (calorie intake < calorie deficit). Tapi benda basic pun akan jadi susah bila hormon tak stabil.

Antara salah satu sebab hormon tak stabil ialah badan kurang rehat atau lebih tepat, kurang tidur. Tidur yang berkualiti ialah cara untuk badan mengembalikan keseimbangan hormon dalam badan. Tahap hormon yang mengawal selera makan berkait rapat dengan jumlah masa tidur. Ada kajian yang dibuat mendapati orang yang kurang tidur merasa cepat lapar dan lambat kenyang dan ini menyebabkan dia makan dengan kalori berlebihan. Percaya atau tidak, salah satu punca diabetes dan penyakit berkaitan kardiovaskular ialah kurang tidur. Perempuan lebih-lebih lagi perlukan masa tidur yang lebih panjang sebab tahap hormon perempuan lebih tinggi dari lelaki. 

Tapi selalunya perempuan yang paling lewat tidur untuk memastikan rumah dalam keadaan bersih dan kemas, baju sekolah anak-anak dah diseterika dan bahan-bahan bekal sekolah disediakan malam sebelumnya, betul tak? Jadi kita kena ubah rutin harian kita supaya kita boleh dapatkan tidur yang berkualiti, contohnya memastikan baju-baju untuk seminggu diseterika pada hujung minggu dan membuat meal prep untuk seminggu yang disejukbekukan dan sedia dipanaskan untuk bekal sekolah / bekal pejabat.


Kebanyakan kaum ibu ada masalah kurang tidur dan kurang rehat (sumber imej: pexels.com)

Apa kata kita ubah tabiat tidur kita dengan tips ni:

Amalan Rutin Untuk Tidur Yang Berkualiti

  • Pastikan persekitaran tidur yang selesa - cadar yang bersih, bilik yang wangi, suhu yang sesuai (tak terlampau panas dan tak terlampau sejuk), bilik mempunyai pengudaraan yang baik dsb.
  • Tetapkan waktu tidur yang konsisten dan pasang alarm di telefon untuk alert waktu tidur. Tidur sebelum jam 12 tengah malam. Kalau hendak bangun tahajud, tetapkan waktu tidur sekitar jam 9-10 malam, atau selepas Isya'.
  • Tutup lampu atau dim lampu katil 30 minit sebelum waktu tidur untuk menghantar isyarat kepada otak itu ialah waktu tidur.
  • Buat aktiviti merehatkan minda seperti membaca buku atau berbual dengan pasangan sebelum tidur. Berhenti melihat gajet atau telefon pintar sejam sebelum waktu tidur.
  • Elakkan scroll media sosial atau lampu dari gajet elektronik kerana ia merangsang otak untuk kekal aktif.
  • Sekiranya dalam keadaan stress, amalkan mandi air panas (hot shower) sebelum tidur. Buat meditasi dengan mendengar muzik yang menenangkan atau berzikir. Lebih baik mengambil wudu' dan mengerjakan solat sunat taubat 2 rakaat kerana dengan mengingati Allah hati akan tenang.
  • Berhenti makan 2-3 jam sebelum tidur, seelok-eloknya makan sebelum jam 7 petang. Tabiat ini bagus untuk mereka yang hendak menurunkan berat badan atau menghadapi masalah penghadaman seperti GERD, sembelit dsb.
  • Jangan minum berlebihan sebelum waktu tidur untuk mengelakkan berulang-alik ke tandas pada waktu malam dan menjejaskan kualiti tidur.
  • Amalkan minum teh chamomile atau lavender yang boleh membantu untuk tidur yang lebih lena.
  • Luangkan masa untuk bersenam sekurang-kurangnya 30 minit berterusan pada waktu siang supaya badan cepat penat dan lebih bersedia untuk tidur waktu malam.
  • Jangan tidur berlebihan pada waktu siang kerana ia mengganggu kitaran tidur pada waktu malam. Sekiranya badan dan otak perlu rehat, amalkan power nap atau qailulah pada waktu tengahari selama 15-30 minit sahaja untuk mengembalikan kesegaran otak.
  • Tips terakhir bukanlah amalan rutin tapi lebih kepada cadangan untuk mereka yang menghadapi masalah tidur seperti insomnia atau sleep apnea (berdengkur kuat) - berjumpa dengan pakar perubatan untuk mendapatkan bantuan profesional.

Diharapkan tips-tips ni membantu aku untuk dapatkan tidur yang baik supaya usaha mengurangkan berat badan berhasil.

18 comments:

  1. tqqq..
    Teringin nk kurus😁tp xtau la blh ikit ke tak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita cik nor, kejap yakin kejap tak yakin ni hahaha!

      Delete
  2. Tq info 👍
    Sy cemburu dgn orang yg mudah tidur .. letak kepala je lelap. Nikmat je :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita sis. Dah tutup lampu pun mata masih terkebil2 dlm gelap. Asben pulak jenis kepala cecah bantal je dah melayang ke alam mimpi. Jealous tgk dia tido hehe

      Delete
  3. Perkongsian yang bagus 👍🏽
    Sama-sama kita ambil ingatan.

    ReplyDelete
  4. nice info ni. betul tu sbnrnya tidur kena cukup dulu sblm nak terus ke tips kurus yg lain kan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, betul tu. badan kena cukup rehat utk berfungsi dgn optimum :)

      Delete
  5. baru semalam terbaca perkongsian dr. rizal. ya memang betul kualiti tidur yang baik dapat membantu menguruskan badan selain pengambilan makanan yg berkhasiat dan bersenam. lagi satu, baru saya tahu kalau ada berdengkur tu maknanya ada kaitan dgn penyakit... sy terlupa apa penyakit tu tp dr. minta kita buat pemeriksaan kesihatan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya anies, tidur yg cukup boleh kawal selera makan & buat badan rasa bertenaga untuk bersenam. Berdengkur ni selalunya sbb lemak kat bahagian leher sekat saluran pernafasan masa tidur. Tapi kat IG reel saya ada tgk doktor gigi kongsi senaman lidah untuk mengurangkan masalah berdengkur. tak cuba lagi tips tu.

      Delete
  6. Tq tips tok.. mudahan sama2 dpt kurus dan sihat 💪🏻 kmk mmg set bed time kol 10 pm tp ya lah bila dah pegang hp kol 11 juak tdo.. masih lom dpt x pegang hp sblm tdo.. mun x pegang hp mungkin dpt kali oo mata trs tdo

    ReplyDelete
    Replies
    1. kmk kinek tok paksa diri-sendiri simpan hp atas meja tepi katil & baca buku sebelum tido. mun hp di tangan ya mudah hanyut sampai pukul 12 baru tido hehe

      Delete
  7. tidur berkualiti buat kita segar bila bangun pagi...kekdg bila layan hp, tak sedar masa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hp tu kene simpan tepi katil jauh sikit supaya susah nak ambik hehe.

      Delete
  8. good tips...betul sgt semua tu, tapi tu la...ada yg jugak yg langgar je kan.. he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah tu, tapi kena pandai2 la disiplinkan diri kan hehe

      Delete
  9. oo patutlah mama tak kurus2, sebab mama suka tidur lewat huhu

    ReplyDelete
  10. nk dptkan tidur dr pukul 10 malam ke 6 pg tak pernah dpt! haih.. ada anak 2 tahun ni time nk tidur dia ajak main.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .