Bila ada anak dara ni, kulit bermasalah pun boleh buat aku naik risau. Yalah, kalau boleh taknak la anak dara aku kena ejek dan usik disebabkan masalah kulit macam yang pernah aku lalui semasa zaman remaja dulu. Kene ejek muka macam permukaan bulan, boleh goreng telur atas dahi (sebab muka sangat berminyak!) dan macam-macam lagilah yang aku kena hadap dulu!


Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Bila gatal je dia mulalah menggaru sampai meninggalkan parut di dahi. Belum masuk lagi masalah pori tersumbat sampai keluar jeragat-jeragat kecil di muka

Anak sulung aku Khayla ada satu masalah sejak dia menginjak usia remaja - kulit kering dan kusam. Disebabkan kulitnya juga sensitif, memilih krim muka yang sesuai menjadi satu cabaran buat aku. Ini kerana kebanyakan krim pelembap mempunyai tekstur yang berat atau tidak sesuai dengan kulitnya yang sensitif. Bila pakai je, mulalah dia gatal-gatal dan menggaru-garu sampai rosak kulitnya.

Baru-baru ni aku diperkenalkan dengan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream, pelembap muka water based yang mempunyai kuasa pelembapan yang tinggi (super deep moisturizer).


Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream pelembap muka water based memberikan kuasa super moisturizer

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream pelembap muka water based memberikan kuasa super moisturizer

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream pelembap muka water based memberikan kuasa super moisturizer

Apa yang menarik tentang Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream yang merupakan moisturizer water based ini ialah kesan 'water drop' sebaik sahaja disapu di permukaan kulit yang membolehkan krim diserap dengan pantas dan tidak menyumbat liang pori. Sangat sesuai dipakai dalam iklim cuaca di Malaysia yang panas dan sesuai juga dijadikan skincare untuk kulit berminyak tanpa risau pori kulit tersumbat.


Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Sebaik saja disapu pada kulit, gosok-gosok perlahan dan perhatikan kesan 'water drop' moisturizer yang tidak melekit dan meningkatkan kelembapan pada kulit yang kering. Pori besar pun kelihatan mengecil

Kebanyakan krim pelembap yang aku pernah cuba sebelum ni rasa melekit selepas dipakai dan menimbulkan rasa tak selesa. Sebaliknya bila memakai pelembap muka berasaskan air Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni bukan sahaja tidak melekit, malah kulit terasa segar, lembut dan kurang berminyak sepanjang hari.


Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream mempunyai tekstur krim yang ringan dan tidak melekit

Tekstur krim Aqua Whitening Cream yang tak melekit ni sangat ringan pada kulit dan senang untuk diratakan. Bila disapu pada wajah, krim ni cepat meresap dan tidak meninggalkan rasa berminyak pada kulit. Aku dapat rasa kulit liang pori tak tersumbat sebab pelembap muka water based ni memang betul-betul ringan. Malah kesan ‘water drop’ krim ni buat muka aku rasa lembap, jadi ianya moisturizer terbaik untuk mereka yang memiliki kulit kering atau kulit yang terdedah pada suhu kering.


Moisturizer Terbaik untuk Semua Jenis Kulit

Untuk memelihara kulit Khayla yang sensitif, aku sentiasa memastikan krim yang dipakainya tidak mengandungi bahan-bahan kimia yang merbahaya. Jadi penggunaan krim Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni sesuai untuk Khayla kerana ia bebas paraben, sulfat dan alkohol.


Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream moisturizer terbaik bebas dari bahan-bahan kimia yang merbahaya, sesuai untuk Khayla yang memiliki kulit sensitif


Apakah Bahan Utama yang Terkandung di dalam Aqua Whitening Cream?

Satu lagi yang menarik perhatian aku ialah krim ni mengandungi ekstrak dari 17 tumbuhan alami contohnya Camellia Japonica Seed Oil yang mempunyai fungsi seperti:

  • "Non-comodegenic" iaitu tidak menyumbatkan liang pori yang boleh menyebabkan blackhead, jerawat/jeragat
  • memerangkap kelembapan ke lapisan bawah kulit
  • merawat kulit merah dan sunburnt akibat terdedah kepada sinar UVB dari cahaya matahari yang terik dalam beberapa hari.

Niacinamide atau juga dikenali sebagai vitamin B3 juga terkandung dalam krim pelembap ni. Antara kebaikan yang terkandung ialah: 

  • mengatasi masalah penuaan kulit dan memudarkan garis-garis halus
  • mengecilkan liang pori
  • mencerahkan tona kulit tak sekata dan membaiki kulit yang kusam
  • membantu mengawal pengeluaran sebum dan minyak
  • melindungi dari kesan terdedah kepada matahari.

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream


Krim Muka untuk Kulit Berminyak

Hebat, kan? Kiranya dalam satu krim je boleh mendapat 5 manfaat penting untuk kulit kita iaitu melembapkan kulit, memulihkan kulit yang sunburnt akibat terdedah kepada cahaya matahari terik, mengatasi masalah kulit berminyak, mengecilkan liang pori dan bagi muka nampak glowing!

Pertama kali aku cuba Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni, aku rasa kagum sebab kesannya boleh dilihat serta-merta selepas dipakai.


Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Gambar sewaktu pertama kali pakai krim ni. Terus nampak efek kulit lebih halus dan mengecilkan pori-pori terbuka.

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream

Kulit aku jenis berminyak jadi aku memang elakkan dari memilih krim yang pekat dan berasaskan minyak. Bila aku mencuba pelembap muka berasaskan air Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni aku dapat rasakan yang kulit aku rasa lembap dan kurang berminyak sepanjang hari.

Oh ya, kadang-kadang ada pelembap muka yang baunya agak kuat. Buat sesiapa yang sensitif dengan bau kuat pasti tak suka krim yang baunya terlampau kuat, kan?

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni baunya lembut dan wangi, macam bau krim muka jenama mahal. Bila sapu di muka di sebelah malam, tidur pun terasa lebih lena sebab baunya memberi efek yang menenangkan. Serius tau!


Tips Penjagaan Kulit Muka – Bila Perlu Pakai Moisturizer?

Bila perlu pakai moisturizer?

Aqua Whitening Cream sesuai dipakai siang dan malam, jadi dekat sini dah jimat tak perlu beli krim muka berasingan untuk siang dan malam.

Pakai moisturizer berapa kali sehari?

Untuk mendapatkan kesan yang maksima, gunakan Aqua Whitening Cream dua kali sehari iaitu siang dan malam. Pakai moisturizer sebelum tidur pada sebelah malam secara 'double layer' supaya esok paginya bangun-bangun je muka terasa lebih lembap dan glowing. Apa lagi kalau tidur dalam aircond, wajib pakai pelembap supaya memelihara kelembapan kulit sepanjang tidur. Krim ni terbukti sebagai krim malam terbaik sebab bila aku bangun tidur je muka rasa lembap tapi tidak berminyak.

Krim Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni sesuai untuk semua jenis kulit iaitu kering, berminyak atau kombinasi, jadi bukan setakat Khayla je boleh pakai, aku pun tumpang sekaki pakai krim ni.

Berbalik kepada Khayla tadi, lepas beberapa hari memakai Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream, aku boleh nampak perbezaan kulitnya tampak lebih lembap, glowing dan jerawat-jerawat semakin mengecil.


Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Nampak tak muka Khayla glowing dan nampak licin je sebab jerawat-jerawat dah mengecil? Bukan setakat Khayla je nak pakai, dengan aku sekali nak pakai sebab krim ni best sangat

Kalau korang ada masalah kulit kusam, sunburnt, berminyak atau terlampau kering, boleh la cuba Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni.

Krim Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni boleh didapati dari laman web Hansaegee Nature. Bukan setakat boleh lihat produk-produk yang ada, malah korang jugak boleh mendapatkan tips penjagaan kulit, baca testimoni pengguna-pengguna lain dan mengikuti promosi-promosi yang ada.

Jadi apa tunggu lagi, jom kita serbu laman web Hansaegee Nature!


Brand: Hansaegee Nature

Website: www.hansaegee.com/shop
IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia


23 comments:

  1. Baguslah krim ni, both dewasa dan remaja pun sesuai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, impressed jugak masa cuba krim ni. tak melekit, jadi anak pun suka pakai. biasa dia malas nak pakai krim muka huhu

      Delete
  2. iyer kan...iris pun dah start dah pakai cream2 ni..tapi memang betul pun. dr remaja la kena jaga muka

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kagum dgn sorang influencer ni, mak dia jenis menitikberatkan kecantikan kulit jadi dari usia remaja dia dah didedahkan dengan pil2 vitamin, supplemen kolagen, krim muka, serum, face oil etc. skrg umur dia dah nak masuk 40 muka masih macam 20 tahun. Menyesal tak jaga kulit muka dari dulu haha

      Delete
  3. tp skrg ni kat tiktok ke ig ke dh ada filter leh buat muka jd muda jelitterr,. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu pakai filter lelaki pun boleh serupa perempuan wak :P

      Delete
  4. Pandainya, ada potensi jadi promoter ni. Acik pun nak muka berseri macam Khayla la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur selalu keluar berlari jadi kena pakai sekali sunscreen utk kekal berseri agituhh.. :p

      Delete
  5. Replies
    1. boleh beli kat website sis :) mmg best je rasa kulit lepas pakai.

      Delete
  6. Menarik! Akak kulit muka kombinasi, memang kena pakai jenis water based. Kalau tak, makin berkilat muka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita kak ujie. dekat kawasan t-zone mmg berminyak. baca tips klu minum byk air kurang sikit berminyak muka tu. pakai moisturizer water based jadikan kulit muka lembap tanpa berminyak.

      Delete
  7. Ini racun!! Ini racun!! hahaha... macam best eh sbb efek water drop ya... kmk pun bingong bila muka anak dara tubuh jerawat... biasalah miak nektok mudah nak down mun ada yg x dikenan... kelak kmk usha² aa... tq share

    ReplyDelete
    Replies
    1. racun bait apa salahnya hehe. kita kenak ajar anak dara utk jaga kulit sidak dari kinek tok. mun sik jadi kedak kita zaman mensia marek mala kenak ejek muka berlubang la, muka permukaan bulan la...

      Delete
  8. SA pun suka krim ni...bagus sangat dan sangat alami...suka time efek water drop tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa basah2 je muka masa sapu tapi sekejap je menyerap masuk kan SA.

      Delete
  9. bagus produknya, kena cari jg ni...akk muka berminyak..

    ReplyDelete
  10. kalau ada niaciamide mmg bgs. sy pn pd mula try n error smpi laa jumpa produk yg ada niaciamide. then terbaca kat mn ntah. pakar kulit ckp, jaga mkn pun kena jg. guna laa apa produk pn kalau mkn x jg x kn berubah kesihatan kulit muka. bedebushhh kena setepek kt sy😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, klu nak kulit betul2 cantik kena amalkan vitamin c dgn kolagen. tapi kita biasa ambik remeh je bab makan ni.

      Delete
  11. mama suka produk hansaegee tapi moisturiser ni x penah pakai lagi. confirm best jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. moisturizer ni best bagi saya. bau pun sedap. pakai muka rasa lembap tak berminyak.

      Delete
  12. Ich benutze die Aloe-Vera-Vital-Creme von Bio Allgäu täglich und meine Haut ist glatter und elastischer geworden.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .