Melawat Perpustakaan Kuala Lumpur
Haii... lately ni mood nak blogging ke laut pulak. Dah duduk depan laptop pun tapi otak macam kering idea nak menulis. OK la, bila datang mood malas ni, tak boleh nak dipaksa-paksa. Sudahnya minggu lepas aku lebih banyak meluangkan masa membaca buku, bersenam atau menonton Netflix.
Bercakap tentang membaca buku, teringat beberapa minggu lepas aku dan BFF Zura bawak anak-anak kiteorang ke Perpustakaan Kuala Lumpur di Dataran Merdeka.
Dari luar bangunan perpustakaan ni nampak cantik dan gah dengan rekabentuk melengkung.
|
Kemain Khayla dan kawannya berposing |
|
Selamat datang ke Perpustakaan KL |
Masuk-masuk je, sebelah kiri dah nampak bahagian bacaan kanak-kanak yang berwarna-warni ni.
|
Ruang masuk ke bahagian bacaan kanak-kanak |
|
Bangku tempat lepak-lepak sambil baca buku |
|
Budak ni paling gembira masuk perpustakaan dan jumpa buku kesukaan dia iaitu buku-buku Enid Blyton |
Di sebelah kanan, ada satu ruang dipanggil terowong masa KL. Dalamnya merupakan galeri sejarah pembangunan KL dari awal sampai sekarang dan pelan pembangunan KL akan datang.
Banyak fakta sejarah yang menarik yang aku baru belajar / teringat semula bila masuk ke terowong ni. Contohnya, aku baru tau Universiti Malaya dahulu ialah gabungan King Edward College of Medicine dan Raffles College di Singapura, sebelum ia berpecah kepada Universiti Malaya dan National University of Singapore.
|
Budak yang minat sejarah |
Lepas berjalan-jalan di Terowong Masa, kami tinggalkan beg di loker yang disediakan sebelum naik ke tingkat atas iaitu bahagian bacaan dewasa.
Bahagian bacaan dewasa ada 2 aras. Aras pertama menempatkan lebih banyak buku-buku tentang sejarah, lifestyle, ekonomi dan pelbagai lagi genre. Aras kedua lebih kepada tempat bekerja / belajar sebab ada banyak meja dan tempat duduk. Aku tengok ramai jugak pelajar yang datang ke situ belajar sambil menggunakan internet. Hish, terus rindu zaman belajar di library dulu-dulu.
|
Kena paksa posing sambil membaca di tengah-tengah rak melengkung ni hehe |
|
Pemandangan cantik di bahagian tangga |
|
Banyak sudut bacaan yang selesa untuk duduk-duduk sambil membaca buku di sini |
Kalau penat membaca, boleh rehatkan mata dan minda sambil menikmati pemandangan cantik bandaraya KL.
Agak menyesal sebab tak terus daftar sebagai ahli perpustakaan masa trip ke Perpustakaan KL ni. Syarat menjadi ahli ialah menetap di KL dan membayar yuran pendaftaran (RM6) dan yuran tahunan (RM10). Untuk kanak-kanak berusia 4-12 tahun boleh mendaftar dengan yuran pendaftaran (RM6) tanpa yuran tahunan. Ada juga yuran ahli seumur hidup sebanyak RM150 dibuka kepada dewasa berumur 21 tahun ke atas, jadi tak perlu bayar yuran tahunan. Menariknya, ahli perpustakaan boleh jugak meminjam buku elektronik dalam talian.
Perpustakaan Kuala Lumpur (Dataran Merdeka)
Alamat: 1, Jln Raja, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu operasi: Selasa - Jumaat: 10 pagi - 6.45 petang; Sabtu & Ahad ditutup 5 petang; Isnin ditutup
Seronoknya, teringin nak pergi tapi seumur hidup masih tiada yang nak bawakan! Hehe
ReplyDeleteKalau takde yang bawakan, apa kata bawa diri-sendiri je hehe.
DeleteSangat menarik tempatnya dan bagus bawa anak-anak.
ReplyDeleteKali terakhir akak pergi sini masa zaman U, seingatnya tak secantik gini.
Buku Enid Blyton…buku fav akak jugak masa zaman sek ren. Pinjam di perpustakaan sek edisi BM.
Skrg dah lawa perpustakaan KL ni Kak Ujie. Meh la singgah hehe.
DeleteBuku Enid Blyton ni yang buatkan saya minat membaca dalam BI & latih kemahiran BI saya :)
ada nampak tapi tk pernah singgah....cantik tatarias library ni, kemas..
ReplyDeletekalau ada masa boleh la singgah. buku2 di sini semua baru2 dan menarik. banyak tempat duduk yang selesa kalau nak membaca di sini.
DeleteBest lokasi untuk library.
ReplyDeletesaya pun rasa lokasi dia best, sbb kalau lapar boleh ke klcg bakery kat bangunan depan hehe
DeleteHey menarik...boleh masuk wishlist la..boleh ajak Dania pi sini...mesti best...
ReplyDeleteSila2x... boleh jalan kaki je dari LRT Masjid Jamek. Buku2 kat sini nampak baru2.
DeleteKacak eh perpustakaan negara.. x pernah ke sia.. kali musim blogging ke laut nektok kali oo.. kmk pn sama.. kenak kah??
ReplyDeleteperpustakaan kl tok kakmim, bukan perpustakaan negara hehe.
Deleteyalah, kali diembak monsun timur laut ke laut mood blogging tok. maka dah masuk dalam azam tahun baru juak mok lebih rajin blogging.
Oh, ingat sama tek... perpustakaan negara wujud x? hahaha
Deleteada, perpustakaan negara di jalan tun razak dekat dgn tasik titiwangsa.
Deletelepak lelama kat sini mmg syok... sesambil cuci mata. membaca tak sangat hehehe laa ni bayak ke PNM je...sbb kat situ byk buku2 rujukan sy...
ReplyDeleteoo.. tu la haritu sibuk cuci mata sambil ambik gambar anak dara banyak2 posing kat serata sudut library ni hehe. PNM tak penah lagi jejak kaki ke sana.
DeleteLamanya tak datang sini. Malas nak pergi sorang sebab parking susah. Boleh ni pergi cari bahan bacaan. Asyik tengok tv je
ReplyDeletesetuju, susah nak parking. Kami naik lrt je ke sini, turun di stesen masjid jamek lepas tu jalan kaki 10minit macam tu dah sampai :)
Deletewah..bestnya...cantik plak tu
ReplyDeletememang cantik library ni MA. Budak2 suka la ruang kanak2 tu sebab ceria.
DeleteTak pernah sampai sini.. bestnya.. nak kena bawa juga anak-anak nie..
ReplyDeletemesti ralit klu Sha ke sini sbb buku2 nya boleh tahan menarik.
Deleteooo baru tahu dalam ni macam mana. haritu sempat ke klcg sebelah tu. parking kt dataran merdeka bawah tu and mmg nampak library ni. next time boleh singgah!
ReplyDeleteport lepak yg sesuai untuk ulat buku hehe. belah atas ramai je student yg dtg belajar kat sini
DeleteBaru tahu, ada perpustakaan di Dataran Merdeka.
ReplyDeleteDulu, saya ahli Perpustakaan Negara di Jalan Tun Razak tu. Ish, lama betul tak jejak kaki sana.
Perpustakaan Negara tak jejak lagi padahal dekat je dgn rumah huhu..
Deletecantik, bersih dan cozy laa
ReplyDeleteperpustakaan moden, semua nampak baru dan selesa.
Delete