Louis Jumpa Kawan Baru di Kafe Mesra Kucing @ Meraki Jelatek
Sabtu lepas kami bawak keluar Louis untuk bersosial dengan kucing-kucing lain di sebuah kafe mesra kucing. Kafe ni terletak di Jelatek, kalau ikut lebuhraya DUKE dalam 10 minit je dari rumah kami.
Kami sampai hampir-hampir pukul 6 petang. Tak susah untuk dapatkan tempat letak kereta sebab kami dapat parking betul-betul di depan kafe.
|
Meraki Jelatek |
|
Deko menarik di luar kafe
|
|
Pertama kali menjejakkan kaki ke kafe mesra kucing |
|
Belum masuk kafe lagi dah terpersona dengan ID cafe ni |
|
Tempat duduk di luar |
Kedatangan kami disambut oleh kucing-kucing residen kafe. Semua pandang Louis semacam je. Agaknya dieorang tengah fikir - eh, siapa si chonky ni? 😹 *gelak dalam kucing*
|
Bahagian dalam kafe |
|
Tak lepas-lepas mata memandang si Louis |
|
Louis: Jom la kita berkawan. Oyen: Kau sapa? Sambil nak mencakar Louis. Oyen memang gangster sikit |
Tak ramai pelanggan dalam kafe ni, mungkin sebab dah petang kot. Kami ke kaunter melihat menu yang ada. Makanan berat seperti pasta dan chicken chop antara menu yang ditawarkan, tapi kebanyakannya habis. Yang tinggal cuma beef lasagne. Akhirnya kami decide untuk minum petang je memandangkan selepas pukul 6 petang, pastri dan kek dijual separuh harga.
|
Toffee Caramel Latte dan Cappuccino |
Untuk minuman frappe, beli dua harga jadi RM10 satu.
|
Chocolate Frappe |
|
Vanilla Salted Caramel Frappe |
|
Danish Pain Au Chocolat |
|
Coffee cake dan Oreo Cheesecake |
Di belakang, ada ruang untuk duduk santai dan bermain games seperti Jenga, congkak, foosball dan chess, atau membaca buku-buku yang ada. Melihat tiffin atau mangkuk tingkat yang comel-comel belaka, geram je rasa nak beli satu. Tapi kat rumah dah ada tiffin dan jarang guna pun hehe. OK, aku batalkan hasrat.
|
Ruang santai. Salah satu kerusi ni tempat lepak kucing yang paling gebu kat sini, lebih gebu dari si Louis! |
|
Botol Coca-Cola mini yang comel |
Hiasan dalaman kafe ni memang cantik dan sesuai untuk Instagrammers yang suka berposing ambil gambar.
|
Khayla pun nak bergambar |
Back to Louis. Mula-mula dia menyorok bawah rak tiffin je sambil perhati kucing-kucing kat sini. Yang lain-lain (kecuali yang tengah lepak tidur atas kerusi tu) pun datang dekat nak tengok kawan baru. Oyen je la sombong taknak kawan.
Sedang kami menikmati minum petang, tiba-tiba seekor kucing berlari ke meja kami sambil dikejar oleh Louis. Kucing tu pun melayan jugak la berlari sana-sini kejar-mengejar dengan si Louis. Amboi, seronoknya dia dapat kawan baru!
Sambil menunggu si Louis bonding dengan kucing-kucing di sini, kami pun meluangkan masa family bonding dengan bermain congkak. Kesimpulannya bukan setakat mesra kucing, malah kafe ni juga mesra keluarga. Pekerja dan owner kafe ni pun friendly dan melayan Louis, siap bagi makan wet food! Bertambah-tambah seronok la Louis sebab jarang-jarang dapat treat wet food ni. Kami cuma bagi wet food 2 minggu sekali tu pun lepas dia mandi sebab taknak dia terbiasa sampai reject kibbles. Lagipun kalau kerap bagi wet food, kucing boleh berisiko kena penyakit buah pinggang dan diabetes.
Overall, aku rasa konsep kafe mesra kucing ni menarik dan patut diketengahkan sebab boleh la sekali-sekala kami bawak Louis bersosial dengan kucing lain. Walaupun kucing bebas berkeliaran dalam kafe ni, tapi takde bau kucing langsung dengan penggunaan beberapa penapis udara dalam kafe ni. Eh, tetiba terasa nak ada penapis udara jugak di rumah sebab kat kafe ni tak nampak langsung bulu kucing atas kerusi. Kat rumah kami, fuhhh... kalau tak vakuum setiap hari, memang merata-rata je la bulu Louis!
Meraki Jelatek
Alamat: 3, Jalan Jelatek 1 Jelatek Business Park AU1, 54200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Masa Operasi:
9 pagi - 8 malam (Isnin-Khamis)
9 pagi - 9 malam (Jumaat & Sabtu)
9 pagi - 6pm (Ahad)
wah!! best juak konsep tok... baruk juak pernah dgr cafe mesra kucing... mun salu kucing jalanan ya biasa juak lepak di kedei nunggu org berik mkn.. tok nang kucing diembak dr umh lepak sama dgn pusak lain.. hehehe... kiut pun ada juak
ReplyDeleteDi KL tok nang dah macam2 ada. Mun di Sarawak ada juak mesti best :D
Deletebagus nya ada cafe mcm ni....leh bawak kucing jenjalan jugak kan... nice concept... and the coffee pun, nampak menariks..emmm.. he he he
ReplyDeletebawak Louis pegi playdate sambil orang gaji minum2 kopi hehehe
DeleteMasa kat korea kemain kita msk catccafe...kat msia tak tergerak nak jejak cat cafe..hehe adoiyai..kita tgk frappe tu menariknyaaa hehe
ReplyDeletehahaha! kat korea senang nak jumpa cat cafe. kat sini kena drive jauh sikit baru jumpa.
Deleteleceh gak nk jaga kucing2 comey camni., hehe
ReplyDeletehehe. bila dah sayang, tak rasa susah sangat wak :D
Deletelouis ada berkenan ke dgn mana2 awek? kalau nak meminang nnt roger2 laa yek...lama tak mkn nasi minyak hahahahaahha
ReplyDeleteLagipun kalau kerap bagi wet food, kucing boleh berisiko kena penyakit buah pinggang dan diabetes.
maknanya betullah cara sy buat selama ni...
semua jantan kat sana hehehe
Deletealaa... punah harapan. 😁😁😁
Deletesblh vet setiawangsa tu kan. Baru lg ni. ada jga nmpk kat IG. custemer vet dpt diskaun.
ReplyDeleteBagus jga pencinta kucing blh santai dgn kucing2
aah ciknur, hujung sekali ada klinik haiwan. perasan jugak ada promo utk customer vet.
Deleteseronok majikan ye orang gaji bawa keluar kupi-kupi...
ReplyDeletekann.... hahaha!
DeleteSA x pernah pi cafe mesra kucing ni...menarik...wah seronok la Louis ada kawan baru..frappe tu nampak sedap betul...teus teringin..eh..nanti la dulu...baru je minum starbucks hari tu..hahaha
ReplyDeletehahaha! ada jugak mintak rasa sikit drp anak2, sedap frappe kat sini. nanti SA ajak la encik tunang ke sini.
DeleteSaya sukaa kafe kucing, karena memang saya penyuka kucing sangat. Tapi di jakarta belum ada kafe kucing yang membolehkan tamu membawa kucingnya juga. Jadi visitor hanya datang utk main2 dengan kucing di kafe, tapi tak boleh bawa kucing sendiri.
ReplyDeleteMakanya saya Amazed juga kafe meraki ini betul2 ramah dengan kucing tamu
Di KL ni pun baru lagi konsep kafe pet-friendly. Ada jugak hotel yang pet-friendly tapi cuma boleh bawa kucing. Mungkin tak lama lagi Jakarta pun akan ikut ada jugak :)
Delete