'Abang, dah lama kita tak dating. Tak ingat bila kali terakhir kita keluar berdua je.'
Suami Terchenta seperti biasa ada je jawapannya, 'Kan hari-hari dating depan TV.' (Sebab anak-anak memerap dalam bilik je, so kami berdua je tengok TV kat ruang tamu) 😐
Tapi Selasa lepas, kebetulan anak-anak taknak ikut ke pasaraya untuk beli groceries jadi cuma kami berdua je keluar. Selesai beli groceries, tiba-tiba dia ajak makan kat Nando's. Wah, bukan selalu dia yang ajak makan kat luar 😍
Kekok pulak dah lama tak keluar dating ni kan hehe |
Cantiknya dekor restoran ni |
Sekarang ni nak pesan makanan kat Nando's guna apps atau scan QR code atas meja. Punya lama tak makan kat Nando's sampai apps tu dah uninstall sendiri. Bila dah install dan login, baru nampak rupa-rupanya ada rewards chicken meal percuma. Wah, lagi jimat ni, beli satu set je chicken meal. Macam biasa, quarter chicken with 2 sides, Mediterranean rice dan char-grilled veggies menjadi pilihan. Level kepedasan kami ambik mild sebab dua-dua tak makan pedas. Sos pun kami selalu ambik mild atau garlic.
Mula-mula ambil ais dulu |
Lepas tu pilih minuman |
Char-grilled veggies so far dekat Nando's paling sedap pernah aku makan. Teringin jugak nak tau camane dieorang buat grilled veggie yang sangat sedap.
Oleh sebab aku ambik set ayam percuma cuma ada satu side dish, jadi kami berkongsi grilled veggie. Lagi pun Suami Terchenta tak boleh makan brokoli lepas dia buat pembedahan tukar injap jantung beberapa tahun lepas, sebab risiko darah jadi pekat. Jadi brokoli tu aku seorang yang bolot hehe.
Dapat bahagian peha ayam kesukaan aku |
Jumlah harga semuanya RM44.70. Mungkin lain kali nak beli sos Nando's dan cuba perap sendiri ayam di rumah. Kalau sama rasanya dengan ayam di restoran Nando's, boleh la jimat buat sendiri di rumah. Tapi... nanti Suami Terchenta tak ajak keluar dating kat Nando's lagi la jawabnya! 😂
Romantik gitu!
ReplyDeleteSaya kali terakhir makan Nandos pertengahan Disember 2022. Itu pun sebab Abang Farid belanja. Saya tak reti sangat nak order pakai aps segala. Hihihiii... sib baik Abang Farid urus semuanya. Dapatlah makan Nandos anak beranak.
Tak sangka dia ajak makan berdua di Nando's hehe. Kat KL dah biasa order makanan guna hp je kak amie. kebanyakan restoran akan pamer QR code atas meja untuk kita order & bayaran makanan terus :)
Deletedating suami.isteri tambah mengeratkan
ReplyDeleteRomantik gitu
dah masuk 40an ni tak reti nak romantik2 ciknur :P tapi rasa seronok sangat bila en suami yang ajak keluar makan walaupun setakat ke kedai mamak. selalu kita yang kena ajak dia keluar makan hehe
DeleteSayapun lama makan Nando's.
ReplyDeleteTidak tahu pula ada sayur panggang. Hehe sos Nando's boleh tahan harga.
Aah sayur panggang Nando's sedap, faveret saya dan asben.
DeleteWah Nando's!
ReplyDeleteLama giler' PH tak masuk Nando's...
Sama la PH, last sekali ke Nando's lepas kita berjumpa di Sri Gombak tu ;)
Deletesuka nando's.... bday Ian jumaat ni pun plan nak ke nando's je
ReplyDeleteNando's restoran feveret kiteorang tapi tu la, tak selalu dapat pergi sebab anak2 tak gemar Nando's.
Deletebila dah lama tak keluar berdua sesekali keluar tiba2 jadi malu kan...hahaha
ReplyDeletebukan malu, tapi kekok hehehe. balik2 bercerita pasal anak2 :P
Deletesedapnya Nando's👍👍👍 lps covid ni mcm2 perubahan da... termsk lah harga😁
ReplyDeletehidup perlu diteruskan hehe.
DeleteDah lama tak dating, eh silap, dah lama tak makan Nando's. Suka lah deko dia ala-ala South Africa tu
ReplyDeleteAda jugak pengalaman dating di Nando's ke Sal? Hehe. Aah, Nando's ni asal dari South Africa sebab tu deko pun ambil inspirasi dari negara asal.
DeleteLmk juak dh x mkn nandos... teringin alu nangga gambar.. haha
ReplyDeleteLast makan tahun lepas..eh..thun ni tak makan lagi la
ReplyDelete