Salam tahun baru semua,

Pagi-pagi lagi aku dan Suami Terchenta bersiap-siap untuk ke pasar. Asalnya Suami Terchenta mengajak ke Pasar Selayang iaitu tempat biasa kami membeli barang-barang basah tapi aku mencadangkan pergi ke Pasar Chow Kit je. Lagipun sepanjang 2 tahun kami duduk di Sentul, kami tak pernah lagi menginjak kaki ke Pasar Chow Kit. Pasar Sentul ada jugak cuma kami lebih suka ke Selayang sebab lebih besar dan selesa. Pernah jugak kami ke pasar sayur dalam bangunan UTC Sentul yang lebih dekat dengan rumah tapi oleh sebab ada banyak lipas berkeliaran, itulah kali pertama dan terakhir aku ke sana. Lipas kat sana pun nampak macam otai, silap-silap hari bulan boleh terbang ke muka tak ke naya!

Pasar Chow Kit sebenarnya tak la jauh sangat, jaraknya kurang dari 5km dari Sentul kalau ikutkan Google Maps. Kalau nak kesini eloklah gerak awal dalam pukul 7pagi supaya dapat cari parking yang lebih dekat. Tak pun naik motor lagi senang. Memandangkan kami gerak pukul 8 pagi, kami decide untuk naik motor je.


chow kit market
Suasana dalam Pasar Chow Kit

Di Pasar Chow Kit semuanya ada, kiranya one-stop market untuk membeli daging, ayam, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan. Pasar memang sesak dengan orang ramai yang memiliki tujuan yang sama dengan kami. Satu perkara yang aku puji tentang warga KL ialah kesedaran memakai pelitup muka bila berada di kawasan padat dan sesak, sebab rata-rata yang membeli-belah di sini memakai pelitup muka. Cuma segelintir peniaga je yang tak mengenakan pelitup muka.

chow kit market
Bahagian ayam

chow kit market
Daging segar dengan kepala lembu sebagai bukti agaknya

Sebenarnya aku nak ambik lebih banyak gambar tapi disebabkan keadaan yang sangat sesak dan berhimpit-himpit jadi aku cuma ambik gambar di bahagian-bahagian yang kurang sesak.

Sempatlah kami singgah di gerai buah-buahan membeli anggur kesukaan anak-anak, rambutan, nangka dan jagung. Kemudian membeli beberapa sayur-sayuran, 2 jenis ikan, udang dan daging segar. Ikutkan hati nak beli ayam jugak tapi Suami Terchenta kata beg yang dibawa dah terlalu berat takut tak muat pulak atas motor. Lagipun daging ayam ada lagi dalam freezer di rumah, jadi aku batalkan hasrat membeli ayam.

Itulah perangai kaum isteri bila diajak ke pasar, memang rambang mata. Nampak ikan kembung, dah terbayang nak masak ikan kembung goreng masak asam ini. Nampak udang dah berangan-angan nak buat udang masak kunyit. Nampak daging terus plan nak buat sup daging. Nasib baik Suami Terchenta ingatkan aku yang kami naik motor je ke pasar, kalau naik Exora agaknya jadi boros berbelanja! Hehe.

29 comments:

  1. Seronoknya dapat pergi pasar, nikmat bagi orang pompuan hehe...
    PH ni takat pasar SG aje la rajin pergi pun :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan PH, bila pegi pasar ni lagi seronok dari pegi shopping mall hehe. klu dpt nak borong semua ikan, ketam, udang, sotong :P

      Delete
  2. Beli barang basah di pasar best, segar-segar belaka. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dgn Nur, tu yg jadi geram semua benda rasa nak beli sbb segar2 semuanya haha

      Delete
  3. oo..byk lipas erkk..selalu beli kt pasar utc je..mmg rambang mata gi psr chow kit..buah² murah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah nohas. Pegi waktu pagi. Lipas berkeliaran sana-sini, sikit pun tak heran dgn manusia. Saya masuk sekejap je beli sayur terus lari keluar hehe

      Delete
  4. Perempuan kalau shopping groceries memang tak beringat kan. Hehe

    ReplyDelete
  5. Pegi pasar mcm tok mana yg xda dlm list pun tetiba pandei ada.. sama mun pegi ke supermarket.. happy new year ktk & en jun sekeluarga!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. pandai beranak shopping list ya hehe. happy new year juak dgn kitak sekeluarga kakmim :)

      Delete
  6. Kenapa time uncle pegi tak nampak cantik bumbung pasar ni? Dalam gambar ni cantik pulak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin uncle tgk dgn takde perasaan kot hehe

      Delete
  7. Suami Kak Sue selalu juga ke pasar Selayang tu, beli barang niaga. Lamanya tak ke pasar Chow Kit, rasanya dah puluhan tahun dah kut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu duduk di gombak mmg selalu ke pasar selayang sebab luas dan besar. tapi dah duduk sentul ni mcm jauh pulak ke sana.

      Delete
  8. alhamdulillah bagus yg pakai facemask . yelah virus di mana-mana, baik beringat awal kan kak.. org pompuan mmg lupa daratan bila membeli hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik datang ke pasar naik motor, klu naik kereta agaknya lagi banyak yg diborong sampai penuh peti sejuk hehe

      Delete
  9. wah bestnya gi pasar, lama giler x gi pasar kat sini.

    ReplyDelete
  10. Pasar besar gini memang jadi seronok nak membeli sebab banyak pilihan dan segar semuanya. Rasa lebih bersemangat nak memasak 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dgn Kak Ujie, tgk bahan segar dah terus terbayang menu apa nak masak ;)

      Delete
  11. penah lalu je tak penah sggh lg pasar ni...

    sy fahammmm org pompuan kannn kalu membeli😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. asben siap remind kiteorg ni datang naik motor. sila kawal nafsu sikit hahaha

      Delete
    2. 😂😂😂😂 sik baik naik motor. kalau suh jln kaki habis laaa...😁😁

      Delete
  12. Hati-hati disitu. Masa sesak2 akan ada yang toreh beg. Saya pernah kena. Tapi purse selamat sebab dalam beg ada beg plastik ikea. Double layer. Tu pun berkepit kat ketiak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, mmg sentiasa berhati2 kat tempat sesak. Phone saya pegang kat tangan / kepit bawah ketiak. Dompet mmg tinggal di rumah cuma bawak ic selit belakang phone, dompet asben dia letak di kocek depan.

      Delete
  13. happy new year carneyz, cantik2 gambar carneyz amik

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mama. ambik gambar cepat2 sbb kena bergerak takut menghalang jalan pulak. lepas balik baru edit :)

      Delete
  14. lamanya tak memborong di pasar.. kalau dgn emak, boleh sehingga 2 jam

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2... klu pegi dgn mak mungkin memborong sampai tak perasan masa hehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .